EUCERIN® PROACNE SOLUTION A.I. CLEARING TREATMENT - Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu Dengan Formula Terbaharu| Assalamualaikum semua. Hari ni kinah nak kongsi dengan korang satu produk khusus untuk merawat jerawat. Semua orang mengalami masalah jerawat ni.
Tipulah kalau muka langsung takde jerawat kan. Mesti ada sebijik dua yang sesat. Bila ada jerawat, kalau yang kecik tu bolehlah kita cover lagi, macam mana kalau jerawat batu, dah la sakit, keyakinan pun tiada. Lepas ni tak payah risau lagi sebab EUCERIN® PROACNE SOLUTION A.I. CLEARING TREATMENT kan ada.
EUCERIN® PROACNE SOLUTION A.I. CLEARING TREATMENT - Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu Dengan Formula Terbaharu
Apabila berdepan masalah jerawat dan radang kulit, pengguna kebiasaannya akan mencuba pelbagai produk untuk menghapuskannya. Namun, ada sesetengah produk boleh menyebabkan kulit kita menjadi kering dan mengakibatkan kerengsaan.
Bagi menangani masalah ini, Eucerin®, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja dapat menyuburkan kulit malah dapat membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.
Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori-pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit.
Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada:
●Sepuluh peratus Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asidglikolik), BHA (asidsalisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bacteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati;
●Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah;
●Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.
Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada regim lengkap penjagaan kulit pada waktu malam, pengguna melaporkan terdapat perubahan selepas dua minggu dan dalam masa lapan minggu, kulit wajah menjadi lebih mulus. Sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak.
Keputusan yang memberangsangkan ini, pengguna di Malaysia boleh mencuba pelembap terbaharu untuk kulit berjerawat ini dalam Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin® 14 Hari melalui dua langkah mudah:
●Langkah Pertama: Ambil gambar kulit anda pada Hari Pertama dan Hari Ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari
●Langkah Kedua: Poskan gambar “sebelum dan selepas” anda dan kongsi pengalaman anda menggunakan produk ini di halaman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE
Pemenang berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin® bernilai RM5,000, manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang produk Eucerin® bernilai RM2,000. Lima Pemenang Bertuah pula akan memenangi produk bernilai RM1,000 setiap seorang.
Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang. Dapatkannya di farmasi seluruh Negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui.
Kinah nak berkongsi dengan semua pengalaman kinah sepanjang menggunakan produk Eucerin ProACNE ni. Lihatlah hari pertama kinah menggunakannya. Nampak dengan terang dan jelas jerawat tengah naik. Sakit tau. Gambar yang kinah ambik ni tak ada sebarang filter apa ye kecuali tambah watermark tu je la.
Selama 2 minggu kinah sahut cabaran ni, alhamdulillah jerawat di muka ni dah mula berkurangan. Kalau yang baru naik tu, kinah cepat-cepat sapu biar jerawat yang kembang dengan mekar tu cepat surut. Happy nya rasa. Korang yang ada masalah jerawat tu bolehlah cuba produk Eucerin ni. Bagus sangat.
Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®,
log masuk ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY.
21 Comments
Alhamdulillah... serasi dengan kulit...
ReplyDeletebagusnya eucerin ni, nampak kulit pun lebih cerah n pores pun macam xnmpak sgt dah
ReplyDeletelicin kulit pasniii
ReplyDeletewaa baguslah produk ni, ramai bagitau mmg berkesan untuk jerawat ek, good for you too! boleh buat stand by ni in case ade jerawat nanti ke kan heheh. Good sharing!
ReplyDeletenampak beza kulit kinah..kulit after 14 days glowing dan kurang berminyak lepas pakai eucerin
ReplyDeleteEucerin ni sesuai jugak dgn kulit sensitif. Sy pun suka produk ni.
ReplyDeleteBagus eyh eucerin ni. Boleh buat standby bila jerawat menyerang...hehe. Bab tak keringkan kulit tu paling saya suka. Ada sesetengah produk memang mengeringkan kulit bila pakai so sangat tak sesuai dan selesa lepas tu
ReplyDeleteKita pakai juga eucerin ni..best kan..bagus jugak utk buang2 sel kulit mati kat muka..pastu.muka jadi cerah sket..hihi
ReplyDeleteComel jer jerawat tu hehehe tapi kita tengok orang perempuan banyak produk kecantikan ni memang senang sekarang ni cuma kena tengok kesesuaian dengan kulit...
ReplyDeletewah magik dah hilang hahahahahaha...
ReplyDeletebaguslah pemakaian krim ni mampu menghilangkan jerawat dengan cepat
Woah.... Read a lot about this and this is good and worth to try. I actually bought this for my friends too and they Love it....
ReplyDeleteSusah nak jumpa produk yang effective mcm ni. Paling best, nampak org cuba sendiri.
ReplyDeleteJerawat ni kalau naik pasal hormon, normal je kan? Mommy ada ada gak seketui dua. Cuma xsuka bab parut dia sahaja. Boleh cuba ini nanti
ReplyDeleteAkak akan tumbuh jerawat bila time nak period tau.jadi stress tapi lepas sapu eucerin memang best.jerawat hilang,parut jerawat pun tak ada
ReplyDeleteBestnya eucerin ni
ReplyDeleteAirah pun tgh diserang jerawat tak tau nak beli acne cream apa boleh la try eucerin lepas ni
Eucerin ni memang best. Dari dulu memang bagus. Nama pun macam nama sains kan. Hehe. Bagus produk macam ni bila dia bg jerawat cepat masak. Hahaha. Fuh lega dapat picit.
ReplyDeletewahhhhh kurang dah jerawat selepas guna. kerlas gitohhh. btw menarik juga kalau join contest . kot menang cash. byk cashhh tu hehee
ReplyDeleteRamai dah cuba Eucerin ProACNE ni, termasuklah anak buah kak..mmg baguskan?
ReplyDeleteTertiba nak check muka sendiri depan cermin. Wowww dah tua2 pun ada jerawat lagi nie... adakah ini dinamakan jerawat gatal?
ReplyDeleteBestnya dah jumpa produk sesuai dengan kulit. Eucerin antara produk boleh dipercayai kan.
ReplyDeleteThis is a good brand for sensitive skin also, i m using their anti aging line. I can see there are improvements on your skin after 14 days.
ReplyDelete