Makan Malam Di Restoran Sakura Cabin Batang Kali| Malam kelmarin ayahnya bermurah hati belanja kami makan di luar. Alhamdulillah moga murah rezeki ayahnya. Sebenarnya dah lama dah nampak restoran ni. Cuma nak singgah tu belum ada kesempatan lagi.
Makan Malam Di Restoran Sakura Cabin Batang Kali
Tengok dari luar nampak macam best je sebab kereta sentiasa penuh di restoran ni. Tapi semalam takde la ramai sangat orang mungkin sebab baru lepas hujan petang tu.Sampai-sampai je, kami terus cari meja yang sesuai. Kinah pilih meja bulat dan uniknya meja dan kerusi ni dibuat daripada tong drum.
Sementara tunggu order siap, kitorang selfie, welfie dulu hihi. Meh kinah belanja gambar kitorang di Restoran Sakura Cabin.
Ikan Pari Bakar |
Kalau korang nak tahu, ni la nasi bakar. Lain sangat rasa nasi bakar ni dan korang jangan risau nasi bakar ni nampak je sikit tapi sebenarnya banyak jugak. Memang puas makan. Kalau korang tengah plan nak makan kat mana bolehlah singgah ke Restoran Sakura Cabin di Batang Kali. Restoran ni tepi jalan je.
7 Comments
ambient dia nampak menarik tu..dan yg pasti bila suasana cantik, makanan sedap.perut pun kenyang kan Kinah
ReplyDeleteMenariknya restoran ni kina. Tempat duduk dr tong drum lagi. Makanan semua nampak sedap. Nasi bakar tu pun unik.
ReplyDeleteWow..lampu2 cntik..unik...nasi bakar? Xpernah rasa lagi tuu
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam isnin dari saya. Boleh tahan mewah makan di cabin tu ya. Hiasan dalaman memang umph
ReplyDeleteIkan pari bakar tu nampak sedap lah puan.
ReplyDeleteUniknya menu nasi bakar tu 😍
ReplyDeleteWahhh sakura...akk igt menu Japanese hehe..unik lah..ehh tong drum tu kan...kreatifnya
ReplyDelete