Mee Kicap Kedai Makan Ayah Din | Ni cerita pagi tadi, ayahnya ajak makan kat luar. Saja tukar angin, asyik beli kat kedai bawah rumah tu je. Kinah pun iye kan je la. Orang nak belanja, sebesar stadium kita tadahkan hihi.
Kebetulan hari ni hari Sabtu, memang kena sangat la dengan satu kedai makan ni. Special nya kedai makan ni, hanya hari Sabtu, Ahad dan Isnin je ada menu ni. Hari lain kalau korang datang memang takde ye. Dah lama sebenarnya nak cuba Mee Kicap Kedai Makan Ayah Din ni, tapi asyik cuti je. Tapi hari ni kalau dah namanya rezeki. Dapat juga merasa mee kicap yang terletak di pekan Tanjung Malim.
Mee Kicap Kedai Makan Ayah Din
Kalau korang nak tahu, kitorang sampai tadi pun nak kata lewat tu, takla jugak. Biasalah, kan dah mula cuti sekolah jadi jalan agak sibuk jugak la hari ni. Orang berpusu-pusu nak balik kampung. Tak terkecuali Kedai Makan Ayah Din. Agak ramai juga hari ni. Jenuh la jugak menunggunya. Nasib la Thahirah behave hari ni. Semua orang menunggu mee kicap. Ayahnya siap order air segelas lagi haha. Overall la mee kicap ni, kalau ikut tekak kinah sedap. Orang lain tak tau la. Korang bila turun Tanjung Malim nanti bolehlah cuba.
Ada satu lagi dish istimewa di Kedai Makan Ayah Din ni ialah Kuih Chang. First time kinah try makan kuih Chang ni. Kuih tradisional orang Cina. Tapi ni yang halal ye. Ramai juga orang memborong kuih ni tadi. Termasuklah kitorang.
Dah kenyang makan mee kicap, Thahirah tertarik dengan mural kartun di dinding. Kalau korang nak tahu, sepanjang dinding kedai ada je mural lukisan kartun. Jadi, kaki selfie tu bolehlah tangkap gambar kat sini. Thahirah pun tak terkecuali. Dia pun nak jugak bergambar dengan Tok Aba Kokotiam.
16 Comments
Sedapnya mee tu...hehe
ReplyDeleteMmm sedapnye heheh
DeleteSelamat berhujung minggu dari https://theathra.blogspot.my/
ReplyDeleteSelamat berhujung minggu juga ain
Deletesedapnya mee tu! Tak pernah tahu pulak pasal kuih chang ni
ReplyDeleteKinah pun baru first time try kuih chang tu
DeleteKinah, mee kucap tuh dia guna mee kuning ke atau mee lain.sebab tgk mee dia lain jer bentuknya dari mee kuning
ReplyDeleteKak mimi,mee kicap ni dia guna mee sanggul kak.
DeleteBlogwalking here.. jemput singgah blog sy ye :)
ReplyDeletehttps://asyiqin89.blogspot.my/2018/03/muka-lebih-bersih-dengan-teknik-double.html
InsyaAllah nanti kinah singgah sana pulak ye
DeleteYeah!! Kinah dah singgah.. Memang mee dia sedap..
ReplyDeleteYes memang sedap. Ada satu lagi mee kicap @ mee wantan sedap kat Ipoh. Nanti kinah balik sana kinah up entri ;-)
DeleteAlahai tempting nya, teringat manager tempat kerja, chinese, selalu makan mee dan kuih tu, nampak sedap sgt..must try ni....
ReplyDeletekalo mee kicap gitu mmg jue tabur cili padi banyak2 hahaha
ReplyDeleteaduiii sedapnya tengok mee kicap tu lebih2 lagi dgn cili kicap tu dan sup..sup wantan kan? terliur2 dh nii
ReplyDeleteWah. Nmpak sedap mee kicap dia
ReplyDelete