Review Novel ~ Kita Kahwin Koboi

Review Novel ~ Kita Kahwin Koboi | Alhamdulillah tamat sudah novel yang kinah baca baru-baru ni. Novel ni pemberian dari seorang kenalan di Facebook. Ada dua buah sebenarnya. Jadi kinah mulakan dengan Kita Kahwin Koboi karya Mia Kiff terbitan Gede Book. Sejujurnya novel ni banyak bermain dengan emosi terutama apabila dua pasangan iaitu Khalish Aqimie dan Aufa Dhiya berumah tangga.

Review Novel ~ Kita Kahwin Koboi

Review Novel ~ Kita Kahwin Koboi
Review Novel ~ Kita Kahwin Koboi
Pertemuan mereka berdua disebabkan satu kemalangan yang tidak disengajakan antara mereka. Disebabkan kemalangan itu, mereka sering saja bertembung antara satu sama lain. Disebabkan pertemuan itu, Khalish Aqimie telah jatuh cinta pandangan pertama pada Aufa Dhiya. Tetapi Aufa Dhiya sebaliknya. Namun, kerana satu peristiwa hitam yang hampir merosakkan hidup Aufa telah memberi jalan kepada Khalish Aqimie untuk memperisterikan Aufa dan mereka pun kahwin koboi atas restu keluarga masing-masing.

Mereka pun berkahwin walaupun tanpa ada cinta. Tapi tidak pada Khalish Aqimie. Dia sangat mencintai Aufa tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyatakan cinta pada isterinya. Isterinya dilayan bagaikan hamba. Tetapi Aufa tetap patuh dengan arahan suaminya walaupun hatinya memberontak. Apa yang berlaku pada Khalish Aqimie ada cerita disebaliknya. Dia jadi begitu disebabkan dia tidak mahu Aufa menjadi seperti ibu kandungnya.

Rumah tangga mereka semakin goyang apabila Khalish Aqimie, seorang pelakon popular seringkali dikaitkan dengan seorang artis baharu, Liyana. Kiranya dalam cerita ni Liyana la yang jahat tau. Sakit hati bacanya. Kesian Aufa, dahlah tengah sarat mengandung tapi suami dia si Khalish tu macam nak tak nak layan je. Aufa mengidam nak makan steamboat pun dia kata mengada-ngada. Hish orang macam ni pun ada. Kesian sangat dengan Aufa selalu makan hati. Ehhh tak nak la cerita lebih-lebih nanti tak syok la. Kalau nak tahu apa kesudahannya korang kena baca. Serius memang best. Berair juga mata ni membacanya.

Baca juga - Review ~ Novel Abang King Control

Pengajaran yang ada dalam Kita Kahwin Koboi
Moral of the story dalam cerita ni, suami isteri perlu ada komunikasi. Dalam cerita ni, si Khalish dan Aufa ni jarang berkomunikasi. Kalau ada pun selalu berlaku salah faham. Masing-masing ego dan ikut kepala sendiri. Walaupun dah ditegur dan dinasihat, masih juga sama. Jangan nanti bila ada hati yang dah terluka dan pergi jauh bawa diri, masa tu baru rasa penyesalan. Menyesal tak sudah. Kalau cinta katakan cinta. Jangan simpan je. Pasangan tu bukannya tukang tilik yang boleh tahu isi hati kita. Ok lah. Itu aja. Jangan lupa baca novel Kita Kahwin Koboi. Bye Bye

Post a Comment

12 Comments

  1. Baca sinopsis pun dah terjentik di hati....

    ReplyDelete
  2. Memang baca novel ni sakit hati dekat liyana tu.. Geram dekat khalish hahaha buat aufa macam2 la

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan salam jumaat dari saya. SInggah blogwalking :)

    Kawn koboi ni elok elak jauh jauh. Langkah kanan orang kata

    ReplyDelete
  4. Salam hujung minggu dari Ibu, Semoga keluarga sihat dan dilimpahi rahmat.

    Besar nikmat. Kahwin kahwin biar buat ikut sunnah

    ReplyDelete
  5. Mama singgah blog walking. Semoga sihat sis kinah

    ReplyDelete
  6. Mama singgah blog walking. Semoga sihat sis Kinah

    ReplyDelete
  7. Ish geram baca! Cinta, buat isteri mengandung, tapi buat mcm hamba, cissss. Nasib novel, hehe

    ReplyDelete
  8. Setuju dengan Kinah.. Komunikasi memang penting dalam perkahwinan..

    ReplyDelete
  9. Kalau baca novel msti terikut2 emo hihi

    ReplyDelete
  10. Salam sejahtera

    Terima kasih kerana sertai Review Blog April 2018.

    Senarai Peserta : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-peserta-review-blog-april-2018.html
    Senarai Pemenang : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-pemenang-review-blog-april-2018.html

    ReplyDelete
  11. haaa...akk pun ada buat review tapi tak sempat publish...hehehe

    ReplyDelete
  12. rajinnya review novel...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #34. maaf, baru sempat nak blogwalking ni.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2018/03/senarai-url-blog-34.html

    pemenang akan diumumkan pada malam ini... gud luck!

    ReplyDelete