Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf | Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, umat islam digalakkan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah dan melakukan amal kebajikan. Selain berkongsi kenikmatan bersama golongan yang kurang bernasib baik, ganjaran yang diterima adalah berlipat ganda berbanding pada bulan lain.
|
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf |
Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur juga tidak melepaskan peluang menghulurkan sumbangan dan berbuat kebajikan pada Ramadan yang penuh keberkatan ini. Ancasa Hotel telah menganjurkan
Program Berbuka Puasa dan pemberian sumbangan kepada Anak-anak Yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Kasih Murni dan sekaligus melancarkan Buffet bertemakan 'Kampong Boy'.
Jom kita tengok antara sebahagian hidangan yang disediakan.
|
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf |
|
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf |
|
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf |
|
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf |
Program ini merupakan agenda tahunan Ancasa Hotel dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik sekaligus menceriakan anak-anak yatim dalam menyambut Ramadan dan Hari Raya tidak lama sahaja lagi. Pada tahun ini, Ancasa amat bertuah kerana ADABI telah sudi berkolaborasi dalam menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta menyumbangkan barang-barang keperluan asas anak-anak yatim untuk kegunaan mereka sepanjang bulan puasa.
|
Sebahagian anak-anak yatim yang diraikan |
Program ini telah bermula seawal jam 10.00 pagi dengan acara bergotong-royong memasak bubur lambuk. Kakitangan Ancasa Hotel bersama-sama dengan wakil dari ADABI berganding bahu menyediakan 5 periuk bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam berhadapan Ancasa Hotel & Spa termasuklah pejalan kaki serta pemandu yang melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock. Pengarah Urusan Kumpulan UDA Holdings Berhad (UDA), YBhg, Datuk Ahmad Abu Bakar diiringi oleh Pengurusan Kanan Ancasa Hotel telah mengagihkan bubur lambuk kepada orang awam.
Pada hari Isnin yang lepas kinah sekeluarga dijemput berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Kasih Murni. Terima Kasih Ancasa Hotel atas jemputan tersebut. Untuk pengetahuan semua, Ancasa Hotel turut menceriakan 35 orang anak-anak yatim dengan membawa mereka membeli pakaian dan baju raya bernilai RM150 setiap seorang di JAKEL MALL, Kuala Lumpur serta sumbangan duit raya bernilai RM50.00 setiap seorang sebagai tanda keprihatinan pihak Ancasa Hotel dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada masyarakat setempat.
|
Jaafar Onn turut hadir |
Menurut Pengurus Kanan Bahagian Hospitaliti iaitu Encik Shah Azam Khan, "
Ancasa Hotels & Resorts mengambil pendekatan dengan mengadakan program ini adalah untuk menghargai pelanggan-pelanggan Ancasa serta mengeratkan lagi hubungan di antara pihak pengurusan dengan warga kerja Ancasa Hotels & Resort. Ianya juga merupakan wadah terbaik untuk menzahirkan program kemasyarakatan Ancasa kepada golongan kurang berkemampuan. Ancasa Hotel juga amat berharap dengan sumbangan ikhlas ini akan membawa keceriaan kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba." Beliau juga menyeru semua pihak yang diberi kelebihan oleh Allah S.W.T agar tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama sekali kepada pihak ADABI kerana sudi berkolaborasi dengan pihak Ancasa Hotel pada kali ini dan dengan terlaksana program ini sedikit sebanyak akan meningkatkan ibadah kita pada bulan Ramadan.
|
Ramadan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf |
Kepada yang ingin merasakan masakan bercitarasa kampung persis masakan ibu, boleh dapatkan baucer Ramadan Buffet bertemakan
Kampong Boy yang berharga
RM68.00 untuk dewasa manakala
RM40.00 untuk kanak-kanak. Tempahan boleh dibuat melalui talian
03-20266060 untuk dapatkan kadar yang terbaik.
26 Comments
Sedapnya makanan tuu
ReplyDeletememang sedap erni. Terlampau banyak pilihan sampai tak tahu nak makan apa
Deletenot bad jugak menu di ancasa ni ek...memacam ada, harga pun tak de mahal sangat. sesuailah untuk level2 kita ni kan
ReplyDeleteNampak tua dah Jaafar On..wah Kinah makan besar la kat sini..semua makanan nampak menarik ha..x pernah lagi pi Ancasa Hotel nyer buffet..mesti sedap dan harga pun berbaloi kan..
ReplyDeletenampak ada pelbagai menu menarik kat buffet ni..mesti anak-anak yatim & asnaf gembira bila ke sini..semoga semua dirahmati oleh-NYa
ReplyDeleteBagus nya hitel ni..x byk hotel yg buat event utk anak yatim mcm ni..siap bg sumbangan bajuraya lagi..gn lauk pauk yg nmpk menyelerakan mmg x putus2 rezekinowner hotel tu kan
ReplyDeleteGood CSR project done by Ancasa for the orphanage. The food here also looks delicious and I want to try it out too.
ReplyDeleteBanyaknya jenis desserts yang ada - memang kegemaran Rawlins adalah desserts kalau pergi ke hotel. Menu dia pun menarik tu.
ReplyDeletemurah je rupanya buffet ramadhan dekat Ancasa ni ye.. berbaloi
ReplyDeleteSalam Jumaat & selamat berpuasa Mama ucapkan pada sis Kinah. Dah launching hotel baru masa ramadhan ya. Syabas
ReplyDeleteoooh ini ke kampung boy yg dorg ckp tu.tengokkan pada menu-menu dia memang marvellous! nanti nak ajak lah kawan-kWan makan sini
ReplyDeleteSeronoknya dapat berbuka puasa bersama-sama ank yatim, Bonde pernah join tahun lepas penganjuran yang sama di Ancasa Hotel PD makanan memang tidak mengecewakan! semua sedap..
ReplyDeleteTgk dessert dia tersusun cantik lun dah terliur.. byk food sedap2 je... lg seronok dan bermakna sbb meraikan juga anak2 yg kurang bernasib baik kan...
ReplyDeletebest yer menu buffet ramadan dengan tema kampung boy ni. Nak terjah sini juga la berbuka puasa
ReplyDeleteancasa ni tak pernah mengecewakan. variasi lauk pauk dia semua nampak hebat dan sedap. dah lama tak pergi review dia hheeheh...takpe kita pergi utk berbuka puasa la pulok
ReplyDeleteseronok melihat wajah2 comel budak2 tu dpt makan sedap dan duit raya. Rasa sebak pon ada. Syukur dgn nikmat yg dikurniakan pd kita. Moga adik2 nie mnjadi insan yg berguna satu hari nanti dan terus sukses
ReplyDeleteBanyak menu yang disediakan. Dessert tuh tak menahan tengok. Seronok dapat peluang berbuka puasa dengan anak anak yatim. Akak belum pernah lagi merasa makan di ancasa ni
ReplyDeleteSedapnya menu lauk Kampung kat sini memang sesuai dengan tema kampung boy . Tengok susunan dessert tu sedapnya & banyak pilihan .
ReplyDeleteSuka event macam ni. Dapat raikan anak yatik yang kurang bernasik baik. Harapannya bukan bulan puasa pun ada la jugak event macam ni.
ReplyDeletethe food look so delicious there. plus the price is not too bad. good for the whole family to enjoy a scrumptious meal there
ReplyDeleteThe Ramadhan Buffet really attractive and got rending and grilled lamb. I like the dessert corner as it colorful and tasty. And the price is reasonable and everyone can enjoy the Ramadhan food.
ReplyDeleteTahniah Ancasa kerana menganjurkan majlis seperti ini untuk anak-anak yatim and those needy. Dessert tu nampak menarik kakak di pagi bulan ramadan ini!
ReplyDeleteBerbuka kat Ancasa memang best..hidangan utuk tahun ni memang tak mengecewakan. Terasa nak repeat berbuka kat sana
ReplyDeletewow
ReplyDeleteada J.Onn
hahaha
sedap makanan kat AnCasa ni dan harga pun sangat murah kan..
ReplyDeleteBukan nak kata apa, hahaha terliur pulak tgk gmbr gmbr ni smua. makanan nampk sgt sedap
ReplyDelete