Bisness Yang Ingin Saya Mulakan

Bisness Yang Ingin Saya Mulakan | Bercerita mengenai bisness pada masa dulu macam-macam bisness yang kinah buat. Masa di universiti dulu pun kami dah diterapkan dengan bisness. Iyalah dah namanya kokurikulum siswaniaga memang berniaga la kerja kami. Pada masa semester pertama kalau tak silap la, kami diberikan tugas di dalam kumpulan. Jadi setiap kumpulan perlu ada satu bisness dan kebetulan pada masa tu nak raya. Jadi bisness kami mestilah ada kaitan dengan raya. Setelah buat perbincangan bisness apa kami nak buat, akhirnya kami sebulat suara untuk menjual kuih raya. Haaa memang laku keras kot kuih raya kami.

Bisness Yang Ingin Saya Mulakan

Nak berjaya perlukan pengobanan. Begitu jugalah kami. Terpaksa berkorban waktu rehat kami untuk berniaga di booth yang telah disediakan. Pelbagai promosi kami jalankan, seperti iklankan kuih raya kami di sekitar papan kenyataan kuliah, dalam facebook dan promote dengan kawan-kawan. Nak berjaya, malu nak bercakap, malu nak panggil pelanggan itu kena letak tepi dan yang penting bisness kami jalan.

Tamat je universiti kinah mula berjinak-jinak ambil order untuk seller. Kiranya jadi dropship jugakla. Pada masa tu kerja sebagai dropship selain ambil order, promosi pun kena jalan. Kalau takda promosi macam mana nak ada pelanggan. Tak gitu? Haaa kalau baca dari mula, kinah bermula daripada bawah tau bukan terus jer jadi bisnesswoman. Sekarang ni, kinah ada plan nak jual tudung. Ya memang sekarang dah ramai yang jual tudung. Tapi apa salahnya jual tudung sebab majoriti rakyat Malaysia kita beragama Islam. Jadi, target utama kinah mestilah kaum wanita, remaja dan sebagainya. Semestinya tudung yang akan kinah jual semestinya, yang selesa, mematuhi syarak dan yang penting mestilah berkualiti.

Nak berniaga ni, plan hari ni esok dah boleh mula berniaga, Ehh bukan macam tu. Kita kena ada rancangan yang rapi supaya, bisness yang kita jalankan tu akan terus maju dan bukannya gagal di tengah jalan. Perkara pertama yang perlu kita ambil tahu, mana nak dapatkan pembekal dengan harga yang lebih berpatutan. Haa daripada sinilah kita kena buat research, kaji dari semua aspek. Kalau kena dengan modal yang kita bolehlah kita ambil pembekal tu. Takut nak ambil risiko? Takut kain yang kita dapat tu tak seperti yang diharapkan? Haa itu sebabnya kena buat research dulu. Tak boleh main tangkap muat je.

Bila dah settle hal pembekal, sekarang kena tentukan nak jual di mana? Sekarang dah banyak option yang boleh kita pilih, secara atas talian ataupun online, bukak booth di  mana-mana ekspo ataupun sewa di tapak pasar malam. Kalau kita nak jimatkan kos tak nak bayar sewa tapak, boleh pilih berniaga secara atas talian. Lagi mudah, jimat masa dan tenaga. Cuma kita akan keluar ke pejabat pos untuk hantar barang pelanggan. Oh ye kalau tak dapat nak keluar ke pejabat pos, sekarang ni dah ada pick up services. Sekarang ni semuanya dah mudah tinggal nak tak nak je buat.

Bila dah ada regular customer, siapa yang tak suka kan. Kalau kinah la, sebagai menghargai pelanggan, kinah akan bagi free gift kepada pelanggan seperti pin tudung ke. Ikutlah dan bergantung kepada bajet. Fuh panjang berjela ok lah kalau nak lebih lagi info mengenai usahawan apa kata luangkan sedikit masa untuk ke website The Usahawan. Macam-macam info lagi yang boleh kita dapat.


Post a Comment

9 Comments

  1. semoga impian kinah termakbul :D

    ReplyDelete
  2. Trime kasih, kinah kerana join contest kami. Bagi rakan blogger yang lain, join skali jom. Matlumat contest ble dpt di sini:
    https://theusahawan.com/theusahawan-blogger-contest

    ReplyDelete
  3. Semoga impian Kinah menjadi realiti dan berjaya...

    ReplyDelete
  4. moga kinah berjaya menjadi usahawan kelak.

    ReplyDelete
  5. Semoga impian kinah tercapai..

    ReplyDelete
  6. Good luck kinah...👍👍👍

    ReplyDelete
  7. good luck..moga tercapai impian

    ReplyDelete
  8. All the best :) Smoga apa yang sis kinah hajati tercapai

    ReplyDelete