Kenapa Badan Sakit Selepas Urut?

Kenapa Badan Sakit Selepas Urut? | Badan ni bila lama tak berurut mula la sakit sana sini. Sejak berubah musim ni kaki ni mula sakit. Pantang sejuk sikit mula la rasa nak cramp. Jadi, nak kurangkan rasa sakit tu sapu minyak panas. Itu pun ok sekejap je lepastu jadi balik. Tiap malam adui saja. 

Kenapa Badan Sakit Selepas Urut?

Kenapa Badan Sakit Selepas Urut?

Nak mintak tolong suami urutkan, masyaAllah sakitnya. Biasa la orang lelaki bila urut, tangan diorang ni keras. Pagi tadi suami ajak pergi urut kat tempat biasa. Sampai je tengok akak yang biasa urutkan tu tak ada. Sedih pulak. Dia urut sedap, relaks je rasa. Bila dia takde, yang urutkan badan ni aunty cina. Dia urut ok, cuma tak tahannya dengan dia dia urut kuat sangat.  Walaupun kita dah bagitau tapi still kuat jugak. Nak nangis rasanya bila kena urut, tambah bila dia urut tempat yang sakit. Nak tak nak hadap je la satu jam setengah tu.

Habis urut macam biasa la, balik rumah. Bila balik rumah, boleh tahan jugak sakit lepas kena urut dengan aunty tu. Thahirah pulak mula la nak menempek kat kita ha. Tak tahannya bila dia pegang tempat kena urut rasa macam nak tampor orang je haha. Sakit kot. Nampaknya kena tahan sakit la dua tiga hari ni. 

Haa meh sini kinah kongsikan sedikit kenapa badan kita sakit lepas kena urut.

[ LEPAS URUT BADAN SAKIT??? BACA NI ...]
Ada diantaran kita yang selalu merasa sakit badan selepas urut badan, namun ada juga yang badan rasa segar lepas kena urut.

1. RASA SAKIT-SAKIT BADAN
Semasa urutan, tubuh kita sedang mengalami proses penyembuhan dan juga mengalami rangsangan semulajadi. Rasa sakit-sakit pada tubuh badan selepas urutan adalah normal kerana tubuh kita sedang memberikan tindak balas kepada sentuhan dan ianya adalah rasa sakit sementara dan tubuh akan merasa segar dan sihat selepas itu.

2. PENING KEPALA
Rasa pening kepala selepas urutan adalah perkara biasa kerana perjalanan darah yang telah lancar setelah proses urutan dilakukan.

3. RASA MENGANTUK
Tubuh merasa relaks dan mula memberikan tindak balas dengan rasa mengantuk kerana tubuh berada dalam keadaan yang tenang dan selesa semasa atau selepas urutan

4. SUHU BADAN MENINGKAT
Suhu badan mungkin naik semasa proses urutan atau selepas urutan ini adalah reaksi normal kerana tubuh sedang berinteraksi dengan urutan. Jika suhu badan meningkat mendadak genggam ibu kaki pelanggan dengan tangan bersilang (perawat) ia membantu menurunkan suhu badan

5. KERAP KENCING & AIR KENCING KERUH 
Sesetangah orang kerap ke tandas selepas urutan dan air kencing kelihatan keruh. Ini normal kerana badan sedang mengeluarkan toksin melalui air kencing. Ini adalah baik bagi dan digalakkan meminum air putih bagi menggalakkan pembuangan air kecil.

Ini adalah sebahagian tindakbalas atau reaksi yang mungkin dihadapi seseorang semasa atau selepas urutan.

Sumber: Facebook Indah Sari Beauty & Spa

Post a Comment

9 Comments

  1. kin dah lama x berurut.. banyak angin dah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kinah pun sama kin. Ni baru urut balik. Urat pun dah keras. Bila ada free nanti pergilah urut.

      Delete
  2. i dont really prefer pegi berurut unless dengan certified people or doctors. i'm kinda scared actually sbb melibatkan our body kan.

    ReplyDelete
  3. Lama dh x berurut...bestnya kalau dapat urut satu badan kan

    ReplyDelete
  4. Baca psl urut ni kan...dah lama rasanya x berurut ni...
    ni urat dah keras ni..nnt urut mesti org tu kata urat dah keras..hehehe

    ReplyDelete
  5. Adoi.. lama tak gi urut nie.. dapat urut, sedap nie..

    ReplyDelete
  6. First time berurut masa dekat Bangkok. Haha mau tercabut kaki tangan depa urut. sakit haha. tak tahan.

    ReplyDelete
  7. Memang betul apa yang awak cakap tue Kinah, bila badan kita sakit-sakit memang ada proses penyembuhan berlaku dalam badan kita tapi jika kita masih lagi sakit-sakit badan, mungkin ada terjadinya kecederaan pada urat tue sendiri.. Urutan atas urat nie memang menyakitkan sikit jika dibandingkan dengan urutan biasa ataupun urutan lepas bersalin ataupun urutan buang angin..

    ReplyDelete