Review J Suites Hotel Kuala Terengganu Masa di Kuala Terengganu bulan lepas, kami menginap di sebuah hotel. Kami booking hotel melalui booking.com. Selalunya kalau nak booking hotel, kinah akan baca dulu review tentang hotel tu. Ok ke tidak hotel tu? Kawasannya macam mana, memang semua tu kinah akan baca dulu. Tapi entah macam mana hotel yang ni kinah tengok sekali lalu dan tanya suami ok ke tidak hotel ni, bila suami kata ok terus je booking tanpa baca review. Kehkeh confident betul.
Review J Suites Hotel Kuala Terengganu
Sumber:Google |
Sampai je Kuala Terengganu, masa tu awal pagi. Nak masuk hotel berehat belum time check in lagi. Jadi, kitorang pusing-pusing dulu bandar Kuala Terengganu. Nampak signboard muzium kitorang singgah muzium dulu. Tok tek tok tek dah sampai masa check in. Jadi kitorang pun check in la di J Suites Hotel. Selalunya bila time check in ni, suami yang uruskan sementara kitorang tunggu dalam kereta. Kebiasaannya, sekejap je nak check in. Tapi kali ni lama pulak. Beberapa minit kemudian suami datang ke kereta dan ajak naik masuk bilik dengan muka kelat.
Sumber: Google |
Rupanya, masa check in tu suami cerita hotel ni ada peraturan. Peraturannya, tidak boleh merokok di dalam bangunan hotel. Dilarang sama sekali. Jika langgar kena denda, kiranya deposit tu hangus la. Huhu. Walaupun bilik korang ada balkoni tetap juga tak boleh nak merokok. Nak merokok di luar bangunan hotel. Patutla suami muncung je. Itu satu hal, satu lagi parking kat situ terhad. Kira konsep "first come first served". Sebenarnya ada je parking berbayar di depan hotel tu. Berapa tak pasti pulak. Biasalah dah ada kemudahan parking free siapa nak park kereta di parking berbayar.
Masa tu tak jangka pulak ramai yang menginap di hotel ni. Jadi, balik je pusing-pusing pada malam tu, tengok parking dah penuh. Alahai garu kepala. Mana nak parking. Nak parking dalam basement yang disediakan pun dah penuh. Last kitorang parking dekat staf punya parking. Haha nasible. Kalau kereta tu boleh lipat, lama dah lipat simpan dalam poket.
Sumber: Google |
Hmm satu lagi, kalau korang nak tahu bilik yang kitorang dapat ni agak sempit jadi tak ada ruang untuk solat dalam bilik. Jadi, bila nak solat, kena ke surau yang disediakan. Ni la bilik kitorang aritu. Takde tingkap macam ni je la rupanya. Deko pun cantik. Satu lagi, bila orang diluar bercakap, kita yang di dalam ni boleh dengar orang bersembang kat luar. Kiranya "no sound proof". Hmm bilik yang kitorang dapat ni tak setanding dengan apa yang kitorang bayar.
Rupanya, bukan kami sahaja yang mengeluh. Ada la beberapa pasangan lagi yang mengeluh sebab hotel ni terlalu strict. Strict pun, tapi kebersihan so so je la. Bilik pun ada bau kepam. Bila baca balik review tentang hotel ni kebanyakannya bagi bad review. Ada je yang ok. Mungkin rezeki diorang la. Aish macam mana la boleh terlepas pandang. Takpe la menginap kat situ kiranya first and last je. Next time, bila datang sini kitorang dah aim Felda Residence. Menghadap laut lagi tu.
Lokasi hotel ni sebenarnya dekat la jugak dengan town. Kalau lapar kedai makan di sebelah je. Lain ok, receptionist pun ok, wifi laju. Cuma tahap kebersihan, parking dan amaran dilarang merokok tu je la. Tujuan kinah tulis kat sini bukanlah nak burukkan hotel tu, cuma mintak pihak pengurusan baiki apa yang kurang.
4 Comments
pernah nak check in tapi adik dah cr hotel lain..
ReplyDeletekena perbaiki lagi baruorg akan dtgkan..
Tetiba rs rindu nk tdo hotel
ReplyDeleteMasa nak daftar UMT pun mula-mula nak check in kat bandar, bila pusing tengok parkir terhad, last-last check in homestay berdekatan UMT. Lebih selesa.
ReplyDeleteHope that in future akan perbaiki la apa yang kurang. Pihak hotel kena banyak baca review pasal hotel depa so that depa tahu apa customer complain.
ReplyDelete