Jatuh Cinta Dengan Susu Kambing Nufael | Assalamualaikum dan salam ceria buat semua pembaca apekinah.com. Hari ni kinah nak share dengan korang semua tentang satu produk susu kambing yang kinah amalkan sekarang iaitu Susu kambing Nufael. Kalau korang perasan sebelum ni kinah pernah berkongsi dengan korang mengenai susu Nufael ni. Entri untuk kali ni kinah cuma nak fokuskan pengalaman kinah sepanjang mengamalkan susu kambing ni sehingga Jatuh Cinta Dengan Susu Kambing Nufael.
Mengapa Susu Kambing Nufael Menjadi Pilihan
Jatuh Cinta Dengan Susu Kambing Nufael |
Kalau korang pernah baca entri kinah sebelum ni mesti korang akan tahu kenapa kinah memilih susu kambing ni sebagai rutin harian kinah. Kalau dulu kita selalu minum susu lembu tapi sejak tahu lebih banyak khasiat susu kambing ni, terus bertukar ke susu kambing. Iyela sungguhpun kita dah besar, kita perlu minum susu untuk kekuatan tulang dan gigi kita. Entah-entah kinah sakit gigi disebabkan kekurangan kalsium. Ohhh tobat lepasni kena minum susu. Gigi dan tulang ni nak pakai lama lagi.
Boleh Baca Di Sini - Susu Kambing Nufael Pilihan Ibu Bapa Masa Kini
Mostly, susu kambing di pasaran susah nak telan sebab bau hamis masih ada lagi. Tapi tidak dengan susu Nufael. Bau hamis memang tak ada, rasanya pun tak terlalu manis sebab zero gula.
Jatuh Cinta Dengan Susu Kambing Nufael |
Setiap malam sebelum kinah tidur, kinah akan bancuh 170ml air suam beserta 3 scoop susu. Air suam ye bukan dengan air panas, nanti hilang khhasiat susu tu pulak. Teksturnya pun halus dan mudah dilarut. Susu ni kinah je yang minum Thahirah tak nak sebab bukan citarasa dia. Dia pun sekarang dah pandai memilih nak yang mana, susu yang mana. Dia nak susu dia jer. Jadi, Susu kambing Nufael ni hak milik mutlak kinah jer la.
Jatuh Cinta Dengan Susu Kambing Nufael |
Jangan korang tak tahu, susu ni semua golongan boleh minum tau. Daripada kanak-kanak seawal 2 tahun hinggalah ke warga emas. Semua boleh minum. Oh ye untuk yang tengah hamil tu elok sangat la korang amalkan susu kambing terutamanya susu Nufael ni. Kenapa la masa kinah pregnant dulu takde susu ni, kalau tak memang susu ni la je la kinah minum tau. Ehh jangan korang tak tau minum susu kambing masa hamil dapat membantu mengurangkan risiko jaundice pada anak tau. Thahirah dulu jaundice tinggi. Sampai kena admit ward, kesian la pada anak dan diri korang tu. Sekurang-kurangnya kita ikhtiar.
Jatuh Cinta Dengan Susu Kambing Nufael |
Oh ye anak yang ada masalah selera makan pun boleh cuba susu ni. Mana tahu dengan bantuan susu ni selera makan anak bertambah, ibu pun senang hati.
So far, selama kinah minum susu kambing ni, alhamdulillah badan ni rasa ada tenaga nak buat kerja rumah, selalunya lemau je nak buat kerja. Bukan malas tapi tenaga kurang. Kalau dulu kinah selalu tidur tak tentu. Sekarang ni, asal letak kepala je nak pejam. Kiranya waktu tidur tu dah cantik la.
Kat mana dapatkan susu ni?
Untuk sebarang pembelian korang boleh terus ke website mereka
Untuk Maklumat Lanjut
Web
https://nufaelsusukambing.com
Facebook
https://www.facebook.com/Nufael-Susu-Kambing-HQ-1790720354540391
Instagram
https://www.instagram.com/nufaelsusukambing.hq
No telefon
0168404932
Alamat
No 9, Jalan Keluli, AK7/AK, Seksyen 7,
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
6 Comments
k.fiezz pun tengah amalkan susu nufael ni jugak, kina..k.fiezz suka sebab dia tak manis..
ReplyDeletebagus ni..kna cuba jgk ni..:)
ReplyDeleteBagus lah susu Nufael ni banyak khasiatnya
ReplyDeleteterbaik untuk kesihatan
ReplyDeletenak try nnt susu ni, ada yg bgtau boleh buat milkbooster...
ReplyDeletetry masa dia kasi pek percubaan memang sedap. ^^
ReplyDelete