Alhamdulillah, syukur sangat masih lagi dipanjangkan umur. Korang .... baru-baru ni kinah pergi jumpa dentist. Korang bayangkan last jumpa doktor masa zaman universiti dulu. Itupun sebab cuci gigi je sebab dah bayar dengan yuran sekali. So rasa sangat rugi la dah bayar tapi tak manfaatkan. Yer dak, lagipun bukannya ada masalah pun. Itu tahun bila? Lama dah kot. Tapi bila umur dah nak menginjak ke 29 tahun tak lama lagi ni, nampaknya terpaksa ucapkan selamat tinggal pada gigi geraham bongsu belah kiri ni. Dia dah mula dah buat hal. Hal yang boleh merosakkan mood selama beberapa hari. Kata suami, nampak sangat awak ni dah pangkat makcik-makcik dah. Grrrr
Pengalaman Cabut Gigi Geraham Bongsu Part 1
Sebenarnya, gigi ni baru je berlubang. Lubang pun kecik je tak besar mana. Cadangnya nak ajak suami pergi klinik lepas dapat gaji hujung bulan ni. Alih-alih lepas dapat gaji je gigi tu dah berlubang besar, tempat yang berlubang tu dah jadi sumbing. Entah bila masa jadi pun tak tau. Bila rasa dengan lidah, tajamnya. Suruh suami tengokkan, dia kata kalau doktor tengok ni, suggest cabut jer. Whattt? Tak pernah kot cabut gigi dengan doktor, seriau pulak rasanya. Sebabnya sebelum ni pernah teman suami pergi cabut gigi, pening, bengkak semua ada. Makan pun bubur jer. So, set masa hari Khamis tu nak pergi. Cabut awal nanti takut kita yang tak lalu. Sakit kot cabut gigi. Rasanya sakit beranak pun tak macam ni. Hari Rabu tak boleh nak pergi sebab dah janji dengan Thahirah nak pergi Farm In The City. Janji mesti ditepati. Jangan korang tak tau, dia dah pandai menuntut janji komer. Jangan ler berjanji sebarangan dengan dia.
Baca Juga Di Sini - Pengalaman Meneroka Di Farm In The City Seri Kembangan
Sebelum hari Khamis tu, gigih la google dan tengok video kat youtube pasal cabut gigi geraham bongsu ni. Ada yang kena bedah, ada yang cabut jer dan ada juga terbaca pasal komplikasi yang akan berlaku. Tawakkal jer la. Kinah ni kena bedah ke atau cabut jer? Itu korang kena baca sampai habis.
Okeh dijadikan cerita, bangun pagi Khamis tu rasa sakit kepala. Jadi buat keputusan pergi hari Isnin pulak. Isnin lepas suami balik kerja, bergerak la kami ke Klinik Pergigian Cahaya Suria di UTC Kuala Lumpur. Dulu klinik ni beroperasi di Kotaraya. Sekarang ni dah pindah. Suami suggest ke sana je sebab situ ada pakar, tambah pulak gigi yang problem ni gigi geraham bongsu. Nak tak nak kena la serah diri, daripada menanggung sakit.
Masa kinah sampai tu, tak ramai pun orang. Jadi, tunggu no giliran tu takde la lama. Sebelum nak cabut gigi ni, kena periksa tekanan darah dulu. Tak periksa, takut jadi kes lain pulak. Ikut je la prosedur tu. Tak tau la kenapa bila sampai klinik je berdebar-debar, jantung pun punya la laju mengepam darah. Bila periksa tekanan darah mak aih tinggi kot. Kinah cuba la tenang dan relaks tapi entahla tekanan darah tu masih jugak tinggi.
Bila nombor giliran doktor panggil, pergi je la masuk dalam bilik yang disediakan. Ada banyak bilik, bilik untuk kinah hujung sekali. First time kot masuk bilik macam ni. Bila jumpa dengan doktor, kurang sikit dah berdebar tu. Doktor check gigi, ya gigi ni memang kena cabut, tak boleh tampal dah sebab lubang tu dah sampai ke gusi. Doktor ketuk gigi geraham tu tiga kali. Doktor tanya sakit tak? Memang tak sakit. Doktor kata tandanya kuman belum kacau saraf lagi. Dia pun tak berani nak cabut gigi kinah ni sebab pulse jantung tinggi. Doktor bagi tarikh untuk cabut gigi iatu hujung bulan ni. Harapnya lepas ni takde la berdebar macam ni lagi.
Tunggu cerita part 2 pulak yee
Bila nombor giliran doktor panggil, pergi je la masuk dalam bilik yang disediakan. Ada banyak bilik, bilik untuk kinah hujung sekali. First time kot masuk bilik macam ni. Bila jumpa dengan doktor, kurang sikit dah berdebar tu. Doktor check gigi, ya gigi ni memang kena cabut, tak boleh tampal dah sebab lubang tu dah sampai ke gusi. Doktor ketuk gigi geraham tu tiga kali. Doktor tanya sakit tak? Memang tak sakit. Doktor kata tandanya kuman belum kacau saraf lagi. Dia pun tak berani nak cabut gigi kinah ni sebab pulse jantung tinggi. Doktor bagi tarikh untuk cabut gigi iatu hujung bulan ni. Harapnya lepas ni takde la berdebar macam ni lagi.
Tunggu cerita part 2 pulak yee
9 Comments
all the best tau ... relax tau.
ReplyDeleteharitu pergi check, doktor suruh cabut jugak gigi geraham bongsu sebab takut effect gigi sebelah lagipun dah lari allignment tapi sampai sekarang tak berani nak cabut
ReplyDeleteCT paling takut cabut Gigi...I is seram 😂
ReplyDeleteSelamat mencabut gigi. Pengalaman cabut gigi bongsu kena belah dua sebab akar gigi senget...perghh sakit paling azab.
ReplyDeletebab cabut gigi ni memang ngeri..bukan tu je..kalau nak ke dentist utk check atau cuci gigi pun dah seram sejuk hehehe
ReplyDeleteSaya tak takut sangat cabut gigi, tapi tampal gigi memang betul-betul scary, nak-nak bila dentist drill gigi kita.
ReplyDeletebulan lepas k.fiezz pi klinik gigi cabut gigi bongsu ni..memang pasrah pi klinik sensorang sebab tak tahan sakit sangat gigi tu..duk berdenyut2...rela menyerah diri ke klinik..nasib baik dr cabut je..duk seriau ingatkan kena operate..bila dr duk cuba cabut, gigi tu boleh dicabut tanpa sebarang masalah..tpi bekas cabut tu masih terasa smpai la ni..hehe
ReplyDeleteseram gila sakit gigi ni
ReplyDeletealamak excited baca ni haa.. sampai ke bawah ada part 2 rupanya .. huhuu
ReplyDeletesakit gigi geraham bongsu ni memang tak terkatalah sakitnya ,boleh buat mood kita kelaut haa