Susu Fernleaf UHT 100% Susu Dari New Zealand

Susu Fernleaf UHT 100% Susu Dari New Zealand  | Sebut je pasal susu teruja betul kinah mencuba susu Fernleaf UHT yang terbaru ni, emmmmm sedapnyaaa terutama susu UHT perisa coklat ni.  Korang patut cuba perisa coklat ni. Kalau tak silap dari zaman kinah sekolah dulu lagi dah ada susu ni. Ish lama tak lama jugak la. Kiranya legend jugak la susu Fernleaf ni. Susu lembu seperti mana yang kita ketahui begitu sinonim dengan New Zealand.  

Susu Fernleaf UHT 100% Susu Dari New Zealand

Susu Fernleaf, Susu lembu, Susu, susu uht
Susu Fernleaf UHT 100% Susu Dari New Zealand

Mengapa Susu Fernleaf UHT Menjadi Pilihan

Sebut je New Zealand, umum dah ketahui New Zealand merupakan negara pengeluar tenusu terkemuka di dunia. Kalau korang nak tahu, susu Fernleaf merupakan 100% susu dari New Zealand yang mana lembu tenusu Fernleaf telah dijaga dengan penuh dedikasi. Malah mereka turut mengusahakan ladang secara semula jadi iaitu, memberi kebebasan kepada lembu tenusu untuk meragut di padang rumput yang subur. Hasilnya,  susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan kita.
Susu Fernleaf, Susu Lembu, Susu, susu uht
Susu Fernleaf UHT 100% Susu Dari New Zealand
Tengoklah tu cik Thahirah kita gambar sebelah kanan tu baru bangun tidur. Bangun tidur je dah cari susu Fernleaf ni. Sekarang ni susu Fernleaf dah jadi susu kegemaran dia. Susu lain tak nak dah.

Bila bercerita mengenai susu, haish kan best kalau dapat lihat sendiri bagaimana mereka memproses susu, tengok  di depan mata lembu-lembu di sana meragut rumput yang segar dan melihat keindahan bumi New Zealand yang terkenal dengan tanahnya yang subur, kadar taburan hujannya yang baik, dan terima cahaya matahari yang banyak. Elehhh macam la kat Malaysia ni takde lembu!! Hmm kalau korang nak tahu lembu di sini berbeza tau dengan lembu-lembu yang ada di New Zealand. 
Susu Fernleaf, Susu Lembu, Susu, Susu UHT
Susu Fernleaf UHT 100% Susu Dari New Zealand
Apa yang bezanya? Perbezaannya ialah lembu di New Zealand menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, untung lembu-lembu ni dapat meragut rumput-rumput yang segar dengan iklim cuaca yang baik dan secara tak langsung susu yang dihasilkan pun kaya dengan vitamin D berbanding dengan lembu yang hanya terkurung saja di dalam kandang. Bila tahu betapa bagusnya kualiti susu ini, setiap pagi kinah akan minum segelas susu Fernleaf tau. Jangan ingat kita dah dewasa ni tak perlu minum susu, bila dah berumur la lagi kena minum susu untuk kekuatan tulang dan gigi.
Kini tiada alasan lagi untuk tidak mahu minum susu kerana susu Fernleaf kini disediakan dalam bentuk pek UHT yang mana ianya lebih mudah di bawa ke mana sahaja dan boleh minum susu pada bila-bila masa. Susu UHT Fernleaf boleh didapati dalam tiga pilihan iaitu, susu Fernleaf Penuh Krim, rendah lemak dan coklat dalam set iaitu 4 kotak masing-masing 200ml dan pek 1 liter bagi memenuhi keperluan citarasa keluarga korang.

Haaaa jangan lupa yer minum susu Fernleaf pada waktu pagi dan malam untuk membantu kita menguatkan lagi tulang dan gigi kita. Ingat ni.... ingat Fernleaf sedapnya 100%Mmmmm...


Post a Comment

23 Comments

  1. setuju susu ni kena amal selalu untuk dapatkan kalsium yg secukupnya..

    ReplyDelete
  2. Susu fernleaf ni dah lama kan kinah. Dr zaman kita kecik2 dulu. Bezanya skrg dah dalam pek sedia di minum so lg mudah nk minum dekat mana2 je. Susu coklat dia tu fav Syafi. Sehari 2 3 kotak dia boleh habiskan. Hehe

    ReplyDelete
  3. susu ni bgs utk tulang..bdk2 kalo ada perisa coklat sure akan minum..jrg nk minum yg perisa original yg putih

    ReplyDelete
  4. Anak² nina pun minum Fernleaf yang full cream. Sedap!
    Alhamdulillah depa suka. Kalau yang jenis tepung tu harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  5. ramai suka minum susu fernleaf ni. sedap kan!

    ReplyDelete
  6. Akak boleh minum susu choc je..susu fernleaf fernleaf ni memang pilihan ramai kan..sekarang sekarang dh ada ppack yang sedia diminum so sennag sikit ..100%Mmmmm

    ReplyDelete
  7. Banyak lembu lalu lalang di timeline kita hihihi gudluck k .. fernleaf sedap gak susu dia

    ReplyDelete
  8. Kite mmg fav susu jenama fernleaf lagi2 chocolate flavor. Sedap! Susu import paling best kot so far. Minum dgn careal buat sarapan pagi best.

    ReplyDelete
  9. Memang susu Fernleaf susu pilihan kitaorg sekeluarga. Selalu simpan stok dalam peti ais. Rasa dia yang buatkan susu fernleaf jadi pilihan...sedappp

    ReplyDelete
  10. saya tak bukak lagi beg fernleaf saya. tak sabar rasanya nak explore apa yg ada dalam tu. tapi yg pasti, tahu akan kewujudan cermin mata tu. unik betul straw cermin mata tu.

    ReplyDelete
  11. Kalau susu jenama fernleaf, emi suka yg perisa coklat. Selalu jugak minum susu fernleaf utk sarapan dengan cereal.

    ReplyDelete
  12. AM pun suka minum susu fernleaf.. sedap sgt.. anak2 AM lagi la.. pantang tgk dlm freezer ada susu fernleaf.. senyum memasing...

    ReplyDelete
  13. Akak suka rasa susu fernleaf ni..sedap kot..rasa mcm fresh milk ja..nnt nk wean off anak ingat nak bagi dia try susu fernleaf yang ni..senang

    ReplyDelete
  14. Susu fernleaf memang fav SR! Hehe lagi2 flavour chocolate!

    ReplyDelete
  15. Susu fernleaf ni mmg dah jadi kegemaran anak2 sejak dulu lagi. Rasa dia mmg sedap giler

    ReplyDelete
  16. Susu fernleaf ni memang sedap rupanya. Dulu takut takut nak minum. Tapi bila dapat rasa yang coklat tu, terus jatuh hati. Memang kena beli stok lagi la lepas ni nampaknya.

    ReplyDelete
  17. memang sedap... anak-anak i pun suka sangat minum fernleaf UHT milk ni.. yummy! 100%Mmmmm.. hehehehehe~~

    ReplyDelete
  18. seronok dia dapat minum susu fernleaf ye..

    ReplyDelete
  19. Ika pun suka juga susu Fernleaf ni. Especially susu coklate. Sedap di minum semasa sejuk. Lagi best di minum sebagai breakfast.

    ReplyDelete
  20. i pun dapat jugak set fernleaf ni. sedap kan susu dia :D

    ReplyDelete
  21. Haaaa susu fernleaf tgh viral..sedap btl susu fernleaf no,kak mmg dah lama minum susu fernleaf yg stepping,skrg dah ada fernleaf UHT lg senang nk minum

    ReplyDelete
  22. Feveret yg coklat tu, Kinah.. Hat tu habis dulu kat rumah k.fiezz..haha

    ReplyDelete