Althea | Milk Peel Cream Mask Review

Kinah baru je post mengenai baby Althea yang terbaru iaitu Althea Petal Velvet Sunaway, tup tup mai satu lagi keluaran baru Althea iaitu Milk Peel Cream Mask. Walaweh barangan dari Althea tak pernah mengecewakan semuanya best-best. Haah macam biasa bila dapat je parcel ni dari kurier berbunga-bunga hati ni weh. Macam mana la  rupanya Milk Peel Cream Mask ni jom baca review kinah di bawah.

Althea | Milk Peel Cream Mask Review

Jom kita tengok apa yang ada dalam kotak pink yang comel ni

Jeng jeng ni dia
Althea Milk Peel Cream Mask

Althea | Milk Peel Cream Mask Review

Excited kome nak mencubanya, kenapa? Sebabnya ada ekstrak susu. Nyummy rasanya tak pernah lagi jumpa mask seumpama ni. Mungkin ada di antara korang pernah dengar, tapi bagi kinah ni first time kinah dengar mengenai mask ala-ala bubble ni. Baunya semestinya bau susu. Rasa nak makan pun ada hahaha. Amaran keras ye ini bukan susu untuk diminum tau, ni untuk ditepek dimuka. Nak lawa, nak comel kan???

Kalau korang nak tahu, Althea Milk Peel Cream Mask teksturnya agak pekat dan berkrim seakan-akan tanah liat yang lembut dan semestinya ianya mengandungi susu yang mana dapat membantu mengeluarkan sel-sel kulit mati yang ada dimuka kita. Sejujurnya, kinah rasa teruja mencuba peel mask seperti ni, tengoklah packaging dia, comel je. Korang bila nak guna, cuma tekan je. Tak payah susah hati takut tumpah ke ape, memang tak akan tumpah dan korang kalau nak pergi travel tu jangan lupa masukkan sekali peel mask ni ke dalam beg travel tu hihi.

Althea | Milk Peel Cream Mask Review

Haaa ni nak habaq mai kandungan yang terdapat dalam Milk Peel Cream Mask. Wajib kena ambik tahu ni.

Mengandungi formula dengan Protein susu, AHA & BHA yang dikatakan dapat membantu merawat, mencerahkan, dan memberi kelembapan kepada kulit. Manakala Kaolin pula dikatakan dapat membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati diwajah kita yang dikatakan penyebab liang pori kita tersumbat.  

Nak guna pun mudah. Nahhhh kinah dah sediakan video simple macam mana nak pakai Milk Peel Cream Mask dari Althea ni

Sila abaikan muka yang sememeh tu ye

Dah tengok ke belum video kinah tu? 

Sebenarnya, mudah je nak guna, korang cuma picitkan mask tu dan sapu di seluruh muka. Ikut suka korang la nak sapu tebal ke nipis boleh je (kinah sapu nipis je sebab rasa sayang pulak) hahaha.

Althea | Milk Peel Cream Mask Review

Sementara nak tunggu dalam 30 saat - 1 minit tu, korang akan rasa seperti geli-geli, tapi korang relax je buat macam takde apa-apa yang berlaku. Haaa kalau korang nak tahu masa korang rasa geli-geli tu la cream tadi bertukar menjadi bubble. Jika, dibiarkan lebih lama lagi, bila sentuh seolah-olah macam whipped cream. Haaa macam tu lah (bak kata Thahirah)


Dah cukup time jangan lupa bilas dengan air suam ye sehingga bersih. Guess what lepas tu kulit muka korang soft je macam kulit baby dan wangi susu tu. Disarankan guna 2 kali dalam seminggu je. Jangan guna hari-hari pulak ye. *kesannya mungkin berbeza mengikut kulit

Best ke tidak??? BESSTTT korang kena cuba yang ni, tak cuba tak tahu.

Berat untuk sebotol Milk Peel Cream Mask 50ml dan harga hanya RM36.00 sahaja. . 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Post a Comment

8 Comments