Permulaan Hari yang Kuat Bermula dengan Susu Dutch Lady Pure Farm | Bila cakap pasal sarapan ni, kebanyakan di antara kita sering mengabaikan sarapan pagi. Iyerlah kadang-kadang tu tak sempat nak sarapan pagi disebabkan bangun lambat, nak kejar masa lagi dengan nak hadap jammed di jalan raya, nak hantar anak ke sekolah dan macam-macam hal lagi. Iyer kinah faham sangat tentang tu, tapi sekurang-kurangnya korang kena jugak ambil sarapan walaupun hanya segelas susu. Untuk memulakan hari yang lebih cergas, kita memerlukan permulaan yang mantap. Memandangkan susu adalah salah satu minuman yang bernutrisi daripada alam semulajadi, susu Dutch Lady Pure Farm kini menjadi pilihan kami sekeluarga kerana rasanya yang lazat dan lebih berkhasiat.
Kalau korang nak tahu, badan kita ni memerlukan lebih banyak khasiat terutama selepas kita tidur semalaman. Sebab itulah, sarapan bernutrisi tu penting untuk permulaan hari yang lebih kuat kerana dengan sarapanlah dapat membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian.
Haa panjang lebar kita bercerita betapa pentingnya pengambilan sarapan pagi ni
Pada 19 Oktober yang lepas, kinah terima surprise breakfast daripada pihak Dutch Lady Malaysia. Terima kasih Dutch Lady for this delicious breakfast.
Selama 5 hari kinah sahut cabaran sarapan pagi bersama susu Dutch Lady. Gigih tau memikirkan nak buat sarapan apa setiap pagi.
Hari Pertama Nasi Lemak + Segelas Susu Dutch Lady
Pada hari pertama Dutch Lady Breakfast Challenge ni kinah mulakan dengan sarapan Nasi Lemak. Special delivery daripada Dutch Lady. Terima kasih Dutch Lady hantar breakfast untuk kinah. Rasa nasi lemak ni cenggini ha 👍👍👍. Umum mengetahui bahawasanya, nasi lemak merupakan sarapan utama masyarakat Malaysia. Dalam seminggu tak pekena nasi lemak rasa tak lengkap pulak hidup ni haha. Dalam banyak-banyak nasi lemak yang kinah pernah makan nasi lemak yang dijual masa kinah sekolah dulu. Setiap pagi arwah opah kinah hantar nasi lemak ni. Rasa dia memang tak boleh lawan dengan nasi lemak lain. Nak dapat nasi lemak sesedap macam tu sangat susah sekarang. Ehh nasi lemak yang Dutch Lady hantar ni ada rasa sikit tau dengan nasi lemak favourite masa sekolah dulu. Kalau la pihak Dutch Lady boleh share kat mana diorang order kan best😉.
Hari Kedua Roti Telur+ Segelas Susu Dutch Lady
Permulaan Breakfast Challenge pada hari kedua pula kinah buat yang simple aje. Suami yang request mintak buatkan roti telur macam ni. Kenyang ko makan roti telur ni. Teringat pulak roti telur mak buatkan untuk kami adik beradik. Memang takkan cukup punya. Berebut kami nak makan roti telur ni. Kekadang tu nak tukar selera kinah cicah dengan sos cili. Tapi selalu makan macam tu je pun sedap jugak. Walau simple mana sekalipun sarapan kita jangan lupa minum segelas susu ye. Dah tua-tua ni la kena minum susu haha😂😂. Ni umur dah 29 tahun dah hilang gigi sebijik. Insaffff!!!
Hari Ketiga Cucur Ikan bilis + Segelas Susu Dutch Lady
Pada hari ketiga pulak kinah cuma goreng cucur ikan bilis. Guna tepung yang instant cap tut. Cucuq orang utagha gelarkan. Ni pun suami request jugak sebab kinah dah blur nak buatkan sarapan apa. Lastnya guna je apa yang ada kat dapur tu. Janji perut kenyang ye dak.
Hari Keempat Roti Canai + Segelas Susu Dutch Lady
Hari keempat kinah gantung kuali. Suami balik dari kerja dia belikan roti canai kat kedai bawah rumah ni. Kedai orang kita. Jadi, bila hari gantung kuali, kita ngorder roti canai dengan kuah dhal. Sedap komer makan banjir peeghhh. Dah kenyang makan roti canai minum la segelas susu. Dah selesai janganlah menyandar tak jadi kerja nanti. Settle sarapan, terus buat kerja rumah apa yang patut, bakar kalori yang kita makan tadi heheh😁😁
Hari Kelima Benjo + Segelas Susu Dutch Lady
Yeayy berjaya jugak kinah menempuh hari kelima breakfast challenge ni. Hari ke lima ni kinah buat benjo jer. Goreng telur letak sos kemudian telangkupkan dengan roti. Tak pandang kiri kanan dah komer. Mudah sesangat breakfast macam ni. Budak-budak mesti suka.
Kebaikan Minum Segelas Susu Pada Waktu Pagi
Kalau korang nak tahu, minum segelas susu Dutch Lady PureFarm terutamanya pada waktu pagi setiap hari memberi banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu korang memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah.
Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm yang penuh dengan khasiat dapat membekalkan badan kita dengan nutrien -nutrien penting seperti:
•Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik
•Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif
• Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja
•Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein
•Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.
SERTAI SEKARANG PERADUAN SARAPAN PAGI #dutchlady breakfastchallenge
Mulakan hari korang bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! dan lupa untuk menyertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi korang bersama susu Dutch Lady PureFarm. Peraduan ini bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia
atau
9 Comments
asalam..menarik catatan tentang minuman ni...good luck
ReplyDeletemeriah sarapan pagi dia..:)
ReplyDeletesarapan dengan susu dutch lady setiap hari memang best.. kat rumah dilah kena sentiasa ada stok susu dutch lady ni tau..
ReplyDeletesedap menu dia gabungkan dengan susu.
ReplyDeleteSusu favorite kak ana dgn syafi. Sedap dan berkhasiat.
ReplyDeleteTetiba rasa nak minum dutch lady lak
ReplyDeleteMemang best makan sarapan bersama susu dutch lady..
ReplyDeleteSusu Dutch Lady Pure Farm mengandungi sumber nutrien . susu pilihan ccl tiap kali nak breakfast
ReplyDeleteBest sarapan bersama dutch lady milk ni.
ReplyDelete