Promosi "Back To School" Bersama Sunfeet International Rehabilitation Centre | Cuti sekolah baru saja bermula. Bila sampai je musim cuti sekolah ni, mesti ibu-ibu dan ayah-ayah ada plan yang best untuk anak-anak kan?. Mana tak nya inilah masa yang ada untuk mereka menghabiskan masa bersama seperti pergi bercuti. Selain pergi bercuti, ada juga parents yang dah mula membuat persiapan awal untuk anak-anak mereka sebagai persediaan untuk memasuki persekolahan untuk tahun depan, advance tu.
Siapa kat sini pernah dengar Sunfeet?
Kalau nak tahu lebih lanjut kena baca sampai habis ye.
Bila kita bercerita mengenai persiapan untuk musim persekolahan tahun depan, ni kinah nak kongsi dengan korang tentang pemilihan kasut sekolah khusus untuk anak-anak kita. Kalau korang nak tahu, pemilihan kasut sekolah yang tidak betul sebenarnya mempengaruhi tahap kesihatan kita. Haa jadi sejak dari kecil ni la kita nak trace sama ada kaki anak kita ni ok ke tidak.
Bagi kita yang dah dewasa ni agak sukar nak dirawat tapi dengan pemilihan kasut yang sesuai dengan keadaan kaki kita mungkin dapat membantu mengurangkan rasa sakit yang kita alami.
Baru-baru ni kinah berpeluang ke Sunfeet International Rehabilitation Center di Petaling Jaya. Seronok sebenarnya bila cuci mata kat sini. Menariknya di sini korang bukan saja sekadar pilih dan beli kasut kemudian terus balik tapi korang juga digalakkan untuk memeriksa kaki korang sama ada tapak kaki kita ni dalam keadaan normal ataupun sebaliknya. Anak-anak lagi digalakkan buat test ni, jika ada masalah dari kecil kira-kira dalam linkungan umur 4 hingga 14 tahun ni la kita boleh rawat menggunakan rawatan orthotic. Bila dah berumur ni susah la sikit.
Bila ke sini, barulah kinah tahu, rupanya ada pelbagai jenis kaki yang mungkin sebelum ni bagi kita nampak macam biasa je tapi sebenarnya itulah punca kita selalu sakit lutut, sakit belakang, sakit pinggang dan pelbagai lagi masalah lain. Jadi, kita kena bijak memilih kasut yang sesuai dengan kita, bukan hanya nampak cantik saja. Antaranya jenis kaki yang kebanyakannya dialami oleh orang kita ialah severe flat, flat, normal, severe high arch, pronated dan high arch. Hmm kaki korang jenis yang mana? Haa kalau korang nak tahu jenis kaki korang kena la buat test ni dulu.
Dah alang-alang ke sini, kinah pun buat screen test tapak kaki kinah ni sama ada normal ataupun tidak. Hasil test tersebut rupanya tapak kaki kinah ni ada la sikit tak normal. Tapi masih kira ok lagi la. Belum tahap yang serius. Barulah tahu punca kinah selalu back pain rupanya disebabkan tapak kaki. Selain tu, korang juga boleh tahu saiz kasut sebenar untuk kaki korang tu. Macam kinah, disebabkan kinah ni takde la tinggi mana jadi saiz kasut kinah 34 dan 35.
Kebetulan pada hari tu, ada talk daripada Dato Dr. Edmund Lee. Banyak kinah dapat informasi daripada beliau betapa pentingnya penjagaan kaki bermula daripada peringkat kanak-kanak lagi. Nampaknya lepas ni kena lebih pantau kaki Thahirah tu dan kena pilih kasut yang sesuai untuknya nanti.
Antara pengisian talk dari Dato Dr Edmun Lee yang menarik perhatian kinah ialah mengenai keburukan duduk posisi W. Cuba periksa anak korang suka tak duduk posisi W tu. Kalau ada, mintak sangat-sangat jangan benarkan mereka duduk dalam keadaan begitu. Hal ini kerana bila anak kita duduk dalam posisi sebegitu masalah postur anak akan timbul di kemudian hari. Bila selalu amalkan duduk posisi W ni, akan menyebabkan kekerasan otot yang serius. Kaki pun akan menghadapi masalah juga nanti. Mintak dijauhkan semua tu.
Thahirah dulu pun suka duduk posisi W, tapi sejak jiran kinah beritahu betapa bahayanya duduk dalam keadaan macam tu, asal nampak je dia duduk macam tu kinah akan tegur dan suruh dia duduk bersila.
Menurut cerita jiran kinah, pada masa tu anaknya terpaksa dimasukkan ke wad kanak-kanak, jiran katil sebelah anaknya baru saja menjalani pembedahan, kinah tak ingat apa nama prosedur tu tapi reason pembedahan tu disebabkan posisi duduk W tu la. Haaa bahaya tak bahaya. Kesiankanlah anak kita ni. Kalau boleh biarlah mereka membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah seperti ini.
Oh ya terlupa pulak tajuk utama kita, sempena cuti sekolah ni, pihak Sunfeet juga ada buat promosi "Back To School". So, parents yang ada plan nak cari kasut sekolah dan beg sekolah yang khusus untuk kegunaan anak bolehlah datang ke sini. Mungkin ada sesetengah individu tu rasa, mahalnya tapi kesannya untuk masa depan anak kita juga.
Antara pilihan kasut yang ada dijual di sini ialah
Terima kasih kepada Dato Dr Edmund Lee atas perkongsian yang cukup berinformasi kepada kami sebagai ibu bapa ni. Berpegang dengan tagline Healthy Feet, Healthy Kids.
Buka setiap hari, 7 hari seminggu
masa : 10 pagi- 7 petang.
Alamat
Sunfeet International Rehabilitation Centre
Blok C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19,
46300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
No telefon
013-5283939 / 013-9122939
Website : www.sunfeet.com.my
Facebook : www.facebook.com/sunfeetinternational
24 Comments
wah..bagusnya sunfeet ni..:)
ReplyDeleteteringin jugak nak check tapak kaki sha ni normal ke apa sebab selalu jugak sakit haha. kawan sha dulu selalu duduk bentuk W tu, sha takmampu sebab berisi tapi mmg ngeri tengok cara duduk macam tu.
ReplyDeletebtw kak typo tu, school bukan scholl hehe
ReplyDeleteAdeii nasib sha tegur. Tak perasan pulak. Thanks sha
Deleteairah memang dah jatuh hati dengan koleksi diaorang ni. semua cantik tapi nak beli untuk anak, anak kecik lagi.untuk adik2 dah besar sangat pulak hahahha
ReplyDeletewaaa..bgs la dia..
ReplyDeleteMenarik jugak ni..nanti kalau ada masa turun kl boleh la singgah ke sunfeet ni utk test kaki.. Kdg2 kaki zaza ni asyik kebas2 je..
ReplyDeleteDalam Malaysia ni setahu Qiya tak banyak specialist untuk custommade cushion kasut ikut bentuk tapak kaki. Masa Qiya kerja part time promoter kasut dulu memang ada sorang Chinese customer ni bagitau ada satu specialist dekat PJ tapi Qiya tak tanya details specialist tu maybe Sunfeet la kot. Customer tu cakap anak dia memang kena custommade cushion kasut untuk dapatkan bentuk arch yg menyokong tapak kaki anak dia sebab shape dia tak normal. Dia sedar yg anak dia tu mempunyai bentuk tapak kaki yg tak normal bila anak dia kerap mengadu sakit pinggang dan lutut. Bayangkan la budak kecil 5-6 tahun da pandai mengadu macam tu mesti ada sesuatu sangat kan. So kita yg dewasa ni la kena bawa diorg buat pemeriksaan so that kesan tu tak jadi melarat.
ReplyDeleteDulu masa selalu join office open booth selalu jumpa booth sunfeet ni. Tapi baru tau boleh custom cushion kasut ikut bentuk tapak kaki.
ReplyDeletewaa bagus jugak tu yea sebab dpt check dulu betul2 jenis kaki, dan kesesuaian yang tepat dengan kaki kita before nk pilih kasut yg sesuai tu kan. next week qeela plan nak belikan kelengkapan sekolah unt my daughter ni nnt bolehlah tengok2 info yg ada 😊
ReplyDeleteBulan 12 ni bulan ibu bapa sibuk dengan persiapan persekolahan anak- anak kan....dah boleh dah cari kelengkapan..akak tunggu sihat sikit nak pergi belikan keperluan Dania...eh bagus la sunfeet ni...boleh check kesesuaian kaki anak kita sebelum beli kasut...
ReplyDeleteSelalu jugak nampak sunfeet ni tapi tak pernah terfikir nak pergi check tapak kaki. biasanya kalau beli kasut, memang check saiz je. tak ada nak check sesuai atau tidak dengan kaki saya. nanti boleh cuba jugak check dekat sini. takut la ada problem dengan kaki kan
ReplyDeleteAwalnya promosi back to school hehehe tengok ada buat ujian terhadap kaki tu yang bagus kita sendiri tak pernah uji dan tahu tentang struktur kaki yang sesuai dengan kasut jenis apa..
ReplyDeleteBagus ada inisiatif mcm ni sbb kt Malaysia kite masih tak aware sgt pasal kesihatan kaki ni. Alhamdulillah dah dptkan cek kaki disini dan dah dptkn juga consultation dari Dr. Btw faries dah ad satu kasut dari sunfeet. Mmg selesa taw. huhuhu
ReplyDeleteWah banyak betul pilihan kasut dekat sunfeet ni. Bestlah budak2 pun pakai kasut baru dengan pilihan yang ada kat sini. Boleh check kaki sekali .
ReplyDeleteKalau dekat, Rawlins dah bawa anak-anak saudara Rawlins datang untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan kasut yang sesuai untuk mereka.
ReplyDeleteEhhh bagusnya ada pemeriksaan utk kaki sebelum beli kasut & lain2.. Yela sbb skrg kan kita dh nk naik sekolah.. Budak2 tme cuti suka sgt duduk sembrono ye.. Bila pakai ksut xsesuai salahkan kasut.. Hihi.. Bguslah sunfeet ni....
ReplyDeleteTak pernah dengar tentang diorang. tapi bagus diorang ni, menitikberat keadaan customer. Nanti nak check kasut2 diorang. beg2 diorang pon cantik. nak recommend dekat kawan hehehe
ReplyDeleteBaru tau macam-macam jenis tapak kita ni ye. Tengok macam sama je kanla cuma nampak beza saiz je..hehehe.bagus sunfeet ni, lepas ni boleh rekemen saudara dekat anak2 dia guna sunfeet ni. Pakai kasut kene betul baru tak sakit bila kita jalan lagi utk, anak. Duduk w tu ramai kata tak bagus. Memg kene ajar anak cara betul duduk
ReplyDeleteAyu mmg suka pg sini sebab blh tahu secara spesifik masalah kaki. Banyak yg ayu belajar dan ini membantu ayu untuk memilih tapak kasut yg sesuai
ReplyDeletebest kat sini boleh dapatkan kasut ikut ukuran sebenar tapak kaki kita.. dan TB tertarik tentang topik posisi duduk W tu.. alamak.. harraz kadang duduk macam tu jugak.. anak2 sedara pun kadang TB nampak diorang duduk macam tu.. kena elakkan lepas ni
ReplyDeleteBagus lah promosi ni untuk students yang bakal masuk sekolah. Untuk yang tak masuk sekolah macam Bella pun, perlu jugak ke sini rasanya. Kaki Bella lately ada problem bila pakai sesetengah kasut - sakit dan kurang selesa. Maybe kena kesini juga untuk belajar tentang kaki sendiri dan kasut yang sesuai?
ReplyDeletePemilihan kasut yg salah dan tidak sesuai dgn bentuk kaki memang boleh mengundang bahaya.begitu juga dgn bentuk kaki yg normal atau tak, adalah mempengaruhi kepada kemampuan seseorang itu dalam melakukan aktiviti lasak.
ReplyDeleteBoleh check kaki ye.. bolehlah Sha cuba kalau jumpa nanti..
ReplyDelete