Bawak Thahirah Mandi Swimming Pool di Sentul

Pada minggu lepas, tak tahu nak buat aktiviti apa kami bertiga menghabiskan masa bersama di swimming pool di Tamarind Condo di Sentul. Kehadiran kami ke sini atas kebenaran pak sedara suami yang tinggal di Singapore. Baru-baru ni beliau ada datang ke Kuala Lumpur dan beri kebenaran kepada kami untuk guna kemudahan swimming pool di kondo beliau. Katanya, bayar maintanance setiap bulan tapi tak guna langsung facilities yang ada terasa rugi pulak. Alhamdulillah rezeki Thahirah. 
Bawak Thahirah Mandi Swimming Pool
Sebenarnya kinah dah lama stop segala aktiviti air untuk Thahirah sejak musim tengkujuh hari tu. Biarlah kita sentiasa beringat malang tak berbau. Bila dia dapat tau nak bawak pergi mandi suka bebenor orang Perak kata hehe. Hari tu masa di Krabi ada juga dia mandi tepi pantai, tapi sekejap je la. Jadi la buat lepas hajat. Sampai je kat situ tukar baju dan mandi sikit, apa lagi dua beranak tu terjun pool la. Kinah tak join pun mandi haha. Jadi pemerhati je kat tepi pool tu. 

Sebelum dua beranak tu terjun pool, suami pakai kan Thahirah life jacket, kalau korang nak tahu life jacket tu kitorang beli dekat Krabi. Punya la jauh belinya haha😅. Ngam ngam pulak tu dengan saiz Thahirah. Harganya tak berapa ingat tapi dalam lingkungan ratus Baht jugak la. 
Bawak Thahirah Mandi Swimming Pool
Orang depan tu tengah feeling mandi kolam orang dewasa
Agak lama jugak dua beranak tu berendam dalam pool ni. Lagipun masa tu orang pun takde, time weekdays kot. Kitorang je yang ada kat situ. Kalau korang perasan kat pool tu ada daun kering, nak buat camne tepi kolam tu ada pokok jadi bila datang je angin, daun-daun kering tu masuk ke pool. Takpe anggap macam mandi bunga je la haha.
Dekat Zohor baru naik dua beranak tu. Itupun Thahirah nak berendam lagi tu. Haish nak tak nak kena jugak usung makcik bedah tu pergi bilik salin dan mandi, matahari dah atas kepala kot. Lepas habis mandi semua dan siap-siap nak keluar Thahirah bising ngantok. Nak tidur la tu penat mandi. Masuk je kereta dan minum susu  terus zzzz hahaha. Senang kerja den. Thahirah dah tidur kitorang nak balik rumah pun awal lagi, Thahirah pun tido nampaknya kena pusing-pusing dulu la jawabnya. Haaa itu jelah aktiviti kitorang minggu lepas bila ayahnya off day. 

Post a Comment

3 Comments

  1. wah seronok betul dia. budak2 mmg suka main air kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah jumpa air tak ingat apa dah dia tu mamapp

      Delete
  2. best la, kinah.
    dpt mandi pool situ.
    ye la kan. byr tanpa guna.
    baik la thahirah manfaatkannya.

    ReplyDelete