Itinerary Trip ke Thailand Part 2|Kita bersambung di bahagian 2 pulak. Selepas saja tukar duit dan simcard Thailand jenama Ais di Danok, kami pun bergerak ke Songkhla nak check in hotel yang dah kami booking. Perjalanan dari Danok ke Songkhla memakan masa dalam satu jam lebih jugak la. Fokus utama kami masa tu nak check in hotel dan mandikan Thahirah dulu sebabnya masa di Changlun tu kami tak mandi kan dia pun sebab dia masih tidur lagi.
Dalam pukul 9.00 am akhirnya kami sampai ke Wansiri Mansion, Songkhla. Lepas check in kat situ mandikan Thahirah dan loading barang, suami ajak pergi Krabi pulak. Katanya saja nak jalan-jalan kat situ. Kinah pun rasa alahai, tapi takpe dia yang drive bukan kinah hehe. Tugas kinah masa tu cuma setting maps nak ke Krabi.
Sepanjang perjalanan kami ke Krabi, macam-macam yang kami nampak depan mata kami. Salah satu antaranya ialah lori pick up terbalik sebab terlebih muatan. Diorang kat Thailand ni, apa yang kinah nampak la selagi boleh tau diorang bawak barang hmm kalau kat Malaysia tu confirm dah kena tahan dengan JPJ. Tapi diorang rileks je hehe. Struktur jalan mereka pun sangat cantik. Kebanyakan jalan diorang bersimen.
Perjalanan ke Krabi tu lama la jugak. Tengok dalam maps tu dekat 5 jam. Sampai tertidur kinah, tapi suami steady lagi. Thahirah tak usah cakap la dia memang excited kalau bawak jalan-jalan. Elokla tu biar dia teman ayahnya. Lama dalam kereta perut dah berkeroncong. Suami ajak makan dulu, sebab jauh lagi nak sampai Krabi.
Jadi, kami singgah la ke Khao Pubpa iaitu kedai makan halal di situ. Kalau korang nak tahu , kedai ni terletak bersebelahan dengan Trang Andaman Gateaway. Cadang nak singgah situ dulu tapi pada masa tu hari tengah hujan tak dapat nak turun. Sementara tunggu hujan reda, kami isi perut dulu. Kat kedai ni, kinah order nasi bersama paprik ayam, gambar tak sempat nak ambik sebab perut dah keroncong lapar sangat. Dah kenyang makan, korang juga boleh ambil gambar pemandangan di sekitar kedai Khao Pubpa ni.
Acara makan dah selesai, Thahirah dah bising nak tengok gajah. Gajah tu bukanlah gajah sebenar, gajah tu cuma gajah yang diperbuat daripada batu. Mujurlah hujan dah reda, bolehlah kami turun semula ke Trang Andaman Gateway dan mujurlah dekat saja. Sampai saja di bawah Thahirah dah rambang mata, banyak kot gajah yang ada kat situ.
Nampak macam gajah betul pulak |
Habis bergambar di sini, kami pun meneruskan perjalanan kami ke Krabi. Ingatkan dah tak jauh dah, rupanya jauh lagi kot. Tapi kinah dah tak tidur dah masa ni sebab hujan agak lebat masa tu. Kami sampai ke Pekan Krabi pun dah petang sangat. Kinah bagitau pada suami, takkan la datang ke Krabi ni pusing-pusing je lepastu balik Songkhla, jauh kot nak patah balik. Suami kata, apa susah kita cari je hotel kat sini dan tidur semalam. Adeiii
Kita yang menurut perintah ni pun mencari la hotel yang berdekatan. Syarat utama suami dia nak hotel yang ada spa dan urut. Dia nak pergi berurut sebab penat drive. Okey kinah mencari la hotel yang ada spa dan urut kebetulan dekat la jugak dengan pekan. Apa nama hotel tu kinah tak ingat, mujurlah kami tak booking sebab hotel tu dah tak buat spa dan urut dah. Ish masa tunggu suami tanya, masa tu jugakla nak ke tandas. Lepas suami kata, cari hotel lain pulak.. kinah mintak izin nak ke tandas.
Ni nak habaq ni tandas guest kat hotel tu bukannya ada paip air ye. Puas la kinah belek kot kot la ada punat ke apa. Hmm haremmm ada. Last nya terpaksa jugak la kite ni lap je dengan tisu. Adeh memang tak selesa la. Settle je urusan tandas, kami gerak ke Ao Nang Beach. Haaa kat situ ada banyak hotel yang menawarkan spa dan urut. Suami pun pergi tanya hotel Baan Ban Dalay namanya. Rezeki kami ada bilik kosong dan terus je check in tanpa banyak soal dan berehat untuk membersihkan diri. Mujurlah luggage kami angkut sekali😁
Cuma lecehnya dekat kawasan hotel kami ni parking sangat terhad. Kereta kami parking di hotel yang berhadapan dengan hotel kami. Aktiviti malam tu aktivti bebas. Lagipun dah malam kan penat tak habis lagi. Suami turun kejap beli makanan dekat situ dan bungkus bawak balik ke bilik untuk makan.
Kebetulan bilik kami ada balkoni siap ada bangku meja lagi. Kami makan la tiga beranak kat situ sambil hirup angin malam Krabi. Dah plan siap-siap nak pergi ke pantai esok pagi. Lagipun tak jauh pun jarak hotel dengan pantai. Nak tahu apa aktiviti kami seterusnya tunggu bersambung part 3 pulak ye hehe
7 Comments
cantik thailand :)
ReplyDeletebila la kak liez nak smp sana..
ReplyDeletememang ada dlm perncangan nak ke sana jalan2 tapi berdua je dgn cik abang hihihi..konon la..hihihi
Wahh ! Seonoknya kak kina dah sampai thailand , semoga wani ada rezeki sampai di situ juga . Dalam keluarga adik ipar dah pergi dulu dengan kawan kawan .
ReplyDeletewah bestnya.. nak ikuttt
ReplyDeleteSinggah sat :)
ReplyDeletebolehlah mama jadikan panduan kalau satu hari nak ke sana nanti
ReplyDeletewah. nice nyer. amik gambo anak2 kat gajah tu confirm menarik, kinah.
ReplyDeletedrive ke sana. aida lom pernah. and tak berani plak, kinah.
thailand kan. byk baca ketidakselesaan nyer masuk sendiri.
ramai kawan2 kena perkara yg tak brape best.
teringin nak ke krabi. maybe naik bas pelancong jer kot.