Singapore Trip: Merlion Park | Maaf ye lambat pulak update pasal percutian ke singapore aritu sebab kena edit gambar sikit. Walaupun percutian kami ke Singapore hanya satu hari saja, banyak juga tempat-tempat menarik yang kami kunjungi antaranya ialah Merlion Park iaitu merupakan destinasi utama yang perlu dilawati bila ke Singapore.
Kami sampai ke Merlion Park lebih kurang pukul 10.00 pagi kalau tak silap la. Menurut pemandu kami Encik Salleh, kalau nak ke Merlion Park sebaiknya pada awal pagi, kalau pergi tengahari atau petang, waktu tu tengah panas dan orang pun semakin ramai. Kami gerak dari JB pun dah pukul berapa kan. Nasibla...
Sampai-sampai je ke situ, kinah mula cari tandas. Gagau mencari tandas dan tanya sekuriti yang ada kat situ. Siap bawak duit lagi kot kot la kena bayar. Kinah pun ikut la arah yang sekuriti bagitau. Dah tak tahan sangat kot, masuk satu pintu ni, memang ada singnboard kat situ. Kinah ingatkan dekat la tandas tu, entah macam mana kinah ingatkan satu sudut tu ada tandas, dengan confident nya tu tandas kinah terjah la, dentum ingatkan ruang nak pergi tandas rupanya itu dinding. Cehhh malu kot sempat juga pandang kiri kanan, nasib takde orang masa tu kalau tak memang malu haha.
Rupanya tandas tu terletak jauh ke dalam dan kena naik tangga. Okay la nasib boleh tahan lagi dan takde pun orang collect duit nak masuk tandas. Nampak je tandas dengan confident nya ingatkan ada paip air. Rupanya tak de. Hanya ada tisu je. Kat Singapore ni kalau ke sini bawaklah botol air ke apa untuk mencuci. Kebanyakan kat sini tandas takde paip air yer. Ingat tu. Sori la buat iklan sekejap😅
Selesai urusan ke tandas kinah pergi semula tempat suami, anak dan adik kinah tunggu. Masa kinah ke tandas tu, ada la beberapa gambar mereka sempat ambil buat kenang kenangan di situ.
Selepas tu, kitorang pun bergerak ke tempat ada singa muntah air tu. Waktu tu matahari dah naik atas kepala dah dan terik sikit. Orang pun tak payah cakap la memang dah ramai masa tu. Masing-masing tak lepaskan peluang nak bergambar dengan singa muntah air tu.
Akhirnya, impian nak bergambar dengan singa tu tercapai.
Habis je bergambar dengan singa muntah air, kami jalan kaki sikit melalui jambatan yang menghubungkan Merlion Park ke Esplanade Theatre. Sikit tak sikit pecah peluh jugakla sebab panas rembang kot masa tu.
Sukanya dia dapat lari kat sini. Haaa kalau nak tahu Jubilee Bridge ni la yang Thahirah duk lari sana sini. Tak terkejar dia tu. Nasib "anken" dia ikut hehe
Ni la Esplanade Theatre yang kinah ceritakan tadi. Unikkan seni binanya.
Kat sini takde ada pun yang menarik cuma tertarik dengan seni binaannya. Pada masa kitorang datang ni pun takde sebarang event berlangsung. Tapi kalau korang nak masuk boleh je. Free of charge. Tapi bila ada event korang kena bayar la bila nak tengok heee
"Mana arah tuju kita lepas ni bang" |
Sementara tunggu pemandu kami sampai, (kesian dia pusing-pusing kawasan sekitar sebab takde tempat parking) kami tengok dulu papan kenyataan ni mana la tahu ada petunjuk kemana hala tuju kami lepas ni.. Haa itu kena tunggu kinah update seterusnya.
Terima Kasih kerana membaca Singapore Trip: Merlion Park
Terima Kasih kerana membaca Singapore Trip: Merlion Park
9 Comments
Seronoknya anak dara tu brlari sana sini ha..cantik2 semua gambar..
ReplyDeleteTula. Kawasan lapang lagi laju dia lari. Tak terkejar kak. Oo gambar ni semua adik kinah yang tangkap
Deletecantiknya.. teringain nak amil gambar kat sini
ReplyDeleteInsyaAllah suatu hari nanti mesti mamapp akan ke sini juga
DeleteBestnya... Gambar sangat cantik. Suka gambar Thahirah tersengeh berlari. Comel je dia 😊
ReplyDeleteHihi terima kasih fiza linolie
DeleteBestnya dah jejak kaki ke sana! I will, one fine day :)
ReplyDeletelenne | blog
InsyaAllah Aminn
DeleteSeronok anak kinah berlari2 tu hihihi..
ReplyDelete