Travel Trip Ke Singapore Part 1

Travel Trip Ke Singapore Part 1 | Phewww baru je settle cerita balik dari Thailand, kinah nak story pulak trip ke Singapore pulak. Balik je dari rumah mak dah kena gerak ke Johor sebab kalau ikut plan suami dia nak habiskan cuti ganti dia yang ada dengan bercuti. Penat tak habis lagi kot berjalan kat Thailand aritu dah ke Singapore pulak.  Ikutkan saja la. Sebelum ke Thailand lagi dah roger dengan adik yang ada di Parit Raja. Ajak dia jalan sekali. Bila dah confirm nak ikut sekali bagi dia duit untuk buat passport sendiri. 

Travel Trip Ke Singapore Part 1

Travel Trip Ke Singapura
Travel Trip Ke Singapore Part 1

Kami gerak dari rumah mak ke Parit Raja dalam tengahari macam tu la. Jangka sampai ke Parit Raja dalam pukul 10.00 malam macam tu. Masa dalam perjalanan nak ke sana, kinah baru nak deal dengan seorang kenalan bapa saudara suami, katanya kawannya boleh bawak kami pusing-pusing Singapore. Tapi sayangnya dia tak dapat nak bawak kami sebabnya dia bercuti (siapa suruh deal last minit😅).

Walaupun begitu, dia dah pass job tersebut pada kawannya. Pheww lega. Mengikut kata bapa saudara suami, seeloknya kami sewa kereta bersama pemandu untuk ke Singapore sebabnya bila kami bawa kenderaan sendiri takut susah nak dapat parking kereta. Memang sungguh pun susah nak dapat parking kat sana. Parking sebarangan pun tak boleh, silap haribulan dapat surat saman. Naya oiii.

Lepas ambik adik di rumah sewanya di Parit Raja, kami terus gerak ke Johor Bahru pada malam tu. Perjalanan dari Parit Raja ke JB lebih kurang sejam lebih jugakla. Sampai je JB kami check in hotel di Bagus City Hotel betul-betul berdekatan dengan Komtar JB. Lepas check in semua, kinah pun hantar location kepada pemandu kami untuk pick up di hotel.

Kalau ikutkan janjinya suruh datang ke hotel pukul 7.00 pagi, betapa bagusnya beliau sebelum pukul 7.00 dia dah sampai. Itu yang seeloknya. Kami jemput beliau bersarapan dulu di hotel kami menginap sambil tu beliau mengisi white card untuk kami. Pada masa tu beliau bercerita serba sedikit mengenai Singapore. Haaa nak tahu destinasi pertama yang kami tuju semasa di Singapore kena tunggu part 2 pulak ye.

Post a Comment

8 Comments

  1. Bestnya baca experience sis.. Enjoy your day :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda telah menang segmen yg abam kie anjurkan. Untuk maklumat lanjut dan cara menuntut hadiah, sila layari http://www.zukidin.com/2019/02/keputusan-bloglist-exchange-segment-by.html. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa =D tak sabar nak tunggu part 2! ^^ lagipun dah lama tak holiday huhu T^T

    ReplyDelete
  4. Wow, you had a fantastic time.
    I Can't Wait For Part 2

    www.okcheori.com

    ReplyDelete
  5. Wah bestnya.. Tak sabar nk baca part 2

    ReplyDelete
  6. wah. kinah. nanti share lanjut lanjut ye.
    aida memang nak ke spore privately.
    malas nak join rombongan bas dgn travel agency.
    if naik privately, mudah skit perjalanan nak berjalan ke spore.

    ReplyDelete
  7. Salam semua :) jika berminat bole Dapatkan "SG City Tour 1-Day Package" from JB serendah RM99 dengan sis / beli any Tiket Masuk Singapore (USS,GardendByTheBay, SEA Aquarium dll) All at %Discount Price! bole hubungi saya WHATSSAPP +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB *Contact: +6012-7760219, let's visit SG soon :) #LoveTravel lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete