Wow Sangat Althea Make Up Ni

Wow Sangat Althea Make Up Ni | Kalau dapat call dari kurier ni, hati ni mesti berbunga riang, bukannya apa, dah tau dah siapakah gerangan yang menghantar parcel jauh nun dari Korea tu. Tak lain tak bukan Althea la. Sampai orang kurier pun dah kenal hehe. Okeh mesti korang tak sabar dah kan nak tahu kandungan dalam kotak edisi Lunar Box sempena Tahun Baru Cina ni kan kan iya kan (ahh sudah terjebak pulak dengan si Nopal)

Wow Sangat Althea Make Up Ni

Wow Sangat Althea Make Up Ni
Wow Sangat Althea Make Up Ni

Tadaaaaaaa ha ni lah dia isi kandungan Lunar Box. Menarikkan.

Wow Sangat Althea Make Up Ni
Wow Sangat Althea Make Up Ni

Maaf tau, video unboxing tak dapat kinah nak share sebab video tu terdelete. Hmmm my mistake.

Hahaaha memang menarik, tapi kalau korang nak tahu, kali ni kinah kena buat tutorial make up menggunakan barangan Althea ni. Korang rasa on ke tak on? Jadi ke idak make up kinah tu.? Haa tu kena nantikan di akhir entri ni (tengok tau video tu)

Sebelum korang tonton video tu, kinah nak kongsikan dengan korang make up yang kinah guna sepanjang dalam tutorial tersebut. 

Eyeshadow Palette Sunrise & Moonrise by BCLxAlthea

Wow Sangat Althea Make Up Ni
Wow Sangat Althea Make Up Ni

Bukak kotak pink ni paling menyerlah sekali eyeshadow ni. Mana taknya, tengoklah kotaknya cantik kot. Siap ada bunga lagi. Bukak je palette ni mak aiihhh cantiknya warna. Ada glitter lagi. Mempunyai 8 warna yang memikat dan pastinya akan menjadikan hasil yang sangat wowww dan ianya mudah digunakan.

Kalau korang nak tahu, eyeshadow Sunrise & Moonrise ni merupakan kerjasama Althea bersama dengan penyanyi terkenal di Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL). Haaa siapa yang tak kenal dengan BCL ni. BCL merupakan ikon kecantikan dan fesyen yang terunggul di Asia Tenggara.


Flawless Creamy Concealer

Wow Sangat Althea Make Up Ni
Wow Sangat Althea Make Up Ni

Selalunya concealer ni kita cuma guna di bawah mata untuk menutup kesan lingkaran gelap di bawah mata. Tapi flawless creamy concealer keluaran Althea ni, sesuai juga digunakan dibahagian lain. Ada 4 pilihan warna yang berbeza iaitu Mocha, Honey, Ginger dan Vanilla. Serius kabor, kinah dah jatuh cinta dengan concealer ni. Dahlah murah, dia cover pulak tu bahagian parut jerawat yang ketara tu. Lagi satu, senang nak blend pulak tu. Kinah yang tak berapa nak pandai makeup ni pun dah rasa macam makeup pro pulak (perasan betul).

Satu lagi yang kinah suka dengan concealer ni, tengoklah packaging dia, simple dan kita boleh tahu isi sampai takat mana kerana bekas yang digunakan adalah transparent. Haa best kan.

Wow Sangat Althea Make Up Ni
Wow Sangat Althea Make Up Ni


Watercolor Cream Tint

Wow Sangat Althea Make Up Ni
Wow Sangat Althea Make Up Ni

Watercolor Cream Tint paling teruja kinah nak guna. Ada 4 pilihan warna antaranya ialah
❤ Marron Cream
❤ Plum Cream
❤ Strawberry Cream
❤ Peach Cream

Kalau korang tanya mana satu favourite kinah, semestinya kinah suka Marron Cream. Warna dia memang kena sangat dengan jiwa ni ha. Bau tint pun best, bau buah-buahan. Serius best.

Wow Sangat Althea Make Up Ni
Wow Sangat Althea Make Up Ni

Kalau korang nak tahu Watercolor Cream Tint ni mengandungi asid hyaluronik dan squalene yang berfungsi melindungi bibir kita daripada kering dan mengelupas. Selain tu, berusnya yang tajam dapat membantu membentuk bibir dan pastinya liptint ni tahan lama di bibir kita.


Sportlight Eye Glitter

Wow Sangat Althea Make Up Ni
Wow Sangat Althea Make Up Ni

Haahhh jangan korang tak tahu, Althea pun dah ada sportlight eye glitter okeh. For those yang tengah cari eye glitter boleh cuba yang ni. Ada dua pilihan sama ada
❤ #01 Gold Light
❤ #02 Pink Light

Warna dia cantikla. Aduiiii lepasni, bila pakai eyeshadow bolehlah sapu sikit dengan sportlight eye glitter ni. Confirm merelip kelopak mata korang tu hehe. Harganya RM24.00 sebotol.


Skin Relief Spot Film Gel

Wow Sangat Althea Make Up Ni
Wow Sangat Althea Make Up Ni

Jika korang ada jerawat, tak kisahla jerawat jenis apa, sedikit sebanyak akan merosakkan penampilan bila kita pakai makeup. Skin Relief Spot Film Gel mungkin dapat membantu melindungi dan merawat jerawat tersebut. Hanya sapuan nipis saja dah mencukupi untuk melindungi dan merawat.

Dah melindungi jerawat, jerawat pun cepat kecut bila guna skin relief spot film gel ni. Mengandungi ekstrak daun teh hijau, Centella Asiatica Extract dan Pine Leaf Extract.


Seperti yang dijanjikan, ni kinah kongsi dengan korang tutorial guna makeup Althea. Alaaa mudah je nak gunakannya.


Tadaaaa inilah hasilnya kinah makeup guna produk Althea.

Wow Sangat Althea Make Up Ni

Best sangat bila guna makeup Althea ni. Terima kasih Althea dan tahniah diucapkan kerana berjaya mengeluarkan produk makeup yang berkualiti dan super best ni. Korang yang berminat nak dapatkan produk Althea bolehlah ke website utama Althea sekarang 

Post a Comment

2 Comments

  1. cantik kinah.macm anak dara..hihi

    ReplyDelete
  2. kak liez suka sgt concealer sbb mmg creamy je..then skin relief tu best giler.. jerawat cepat kecut je..

    ReplyDelete