Terjebak Layan Drama Cinta Non Grata

Terjebak Layan Drama Cinta Non Grata | Dalam banyak-banyak drama yang ditayangkan di tv, drama ni je yang kinah layan. Drama lain kurang nak melayan haha. Tertarik dengan jalan cerita Cinta Non Grata yang diterajui oleh Raja Afiq DFKL dan Amelia Henderson. Nampak kat situ ada keserasian, orang putih kata chemistry hehe.
Cinta Non Grata

Drama bersiri Cinta Non Grata 20 episod arahan Feroz Kader, terbitan Orangetree Production. Dibintangi oleh Raja Afiq, Amelia Henderson, Mona Allen, Edika Yusof, Adeline Tsen dan ramai lagi telah mula disiarkan sejak 20 Mac 2019 lalu dan ditayangkan pada setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

WATAK PELAKON 

Amelia Henderson sebagai Darlina
Raja Afiq sebagai Hakim
Edika Yusof sebagai Datuk Marzuki
Mona Allen sebagai Zatul
Maria Farida sebagai Datin Jannah
Wilma Muhammad sebagai Ramlah
Esma Dainal sebagai Abdullah
Radhi khalid sebagai En Malik
Zaefrul Nordin sebagai En Sahar
Susan Manen sebagai Hasnah
Adeline Tsen sebagai Kartini
Sara Amelia sebagai Sarah
Jay Iswazir sebagai Fendi
Idzham Ismail sebagai Aziz
Hadi Nawawi sebagai Jeff
Ramli Saleh sebagak Pak Idris
Jasper Supayah sebagai Wawa
Nur Ezzanie sebagai Dayana
Qara Lyana sebagai Irene
Hafiz Bahari sebagai Haikal
Faez Nick sebagai Danial

Sinopsis

Mengisahkan seorang gadis bernama Darlina yang begitu aktif dan mengejar populariti dengan sosial medianya. Berbeza pula dengan Hakim yang lebih optimistik dan mahu mengubah nasib orang sekelilingnya sehingga dapat memberi pengajaran dalam hidup mereka.

Hubungan cinta antara Hakim bersama Kartini yang dahulu telah memberi kesan pada diri Hakim sendiri. Dia tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti adiknya, Haikal yang begitu kecewa akibat ditinggalkan Darlina dan bertindak membunuh diri. Sejak dari itu, Hakim bertekad untuk mengenali Darlina dengan lebih dekat dan secara tak langsung ingin membalas dendam atas kematian adiknya itu. 

Abdullah, bapa Hakim merupakan seorang pembantu peribadi kepada Datuk Marzuki. Hakim akan menjadi pengganti tempat bapanya jika Abdullah tidak dapat bekerja. Datuk Marzuki mempunyai seorang isteri, Datin Jannah dan seorang anak perempuan Zatul. Mereka berdua ni bersikap tidak ambil tahu apa yang dilakukan oleh Datuk Marzuki, asalkan mereka dapat duit untuk berbelanja dan hidup mewah.

Memiliki wajah yang tampan dan mempunyai gelaran Datuk sepertinya, membuatkan Datuk Marzuki sentiasa mahu mencari gadis yang lebih muda darinya. Apabila bertemu Darlina, dalam satu majlis, Datuk Marzuki tertarik dengan kejelitaan Darlina dan mahu Darlina menjadi isterinya. Impian Datuk Marzuki ingin memperisterikan Darlina menjadi nyata, apabila ayah Darlina meminta pertolongan daripada Datuk Marzuki bagi menyelamatkan syarikatnya yang hampir bankrap. Dari situlah Datuk Marzuki meluahkan hasratnya untuk berkahwin dengan Darlina. Demi membantu keluarganya, Darlina bersetuju untuk mengahwini Datuk Marzuki. Darlina menyangkakan bahawa hidupnya akan lebih senang lenang namun Datuk Marzuki telah menetapkan beberapa syarat iaitu dia hanya akan memiliki harta Datuk Marzuki jika dia tidak meminta cerai dalam masa setahun.

Semakin lama hidup bersama dengan Datuk Marzuki, Darlina mulai rimas dengan hidupnya yang sentiasa dipantau oleh Datuk Marzuki. Nak jumpa kawan baiknya, Sarah pun tak dibenarkan. Hakim yang diupah oleh Datuk Marzuki sebagai jurugambar yang mengawasi Darlina menjadi tempat luahan Darlina. Daripada situ, Hakim mula mengenali sisi Darlina yang berlainan dengan sangkaannya. Hakim mula goyah dan mempersoalkan hatinya kerana dia cemburu melihat Datuk Marzuki bermesra dengan Darlina dan pada masa yang sama hasratnya ingin membalas dendam.

Isteri Datuk Marzuki dan anaknya, Zatul pula merancang untuk menyingkirkan Darlina daripada kehidupan Datuk Marzuki. Apa akan jadi seterusnya kepada Darlina? Adakah Darlina akan terus mengejar impiannya untuk mendapatkan harta Datuk Marzuki walaupun hidupnya bagai dalam sangkar emas? Adakah Hakim tewas dengan soal hatinya? Semua tu akan terjawab bila korang menonton drama ni.

P/s: Episod Jumaat lepas, ayah Darlina tengah bengang kerana ditipu oleh Rahim. Dia ditipu untuk pembelian tanah bernilai RM1.25 juta di Sepang. Kesian pulak dengan Encik Malik tu, dah la tanah tak dapat, habis la nanti semua aset tu kena tarik dengan ah long. Dengar sangat cakap si Sahar tu padahal dia bersekongkol dengan si Rahim tu.

Sekarang ni menjadi tanda tanya, apa kaitan Aziz dengan ibu Darlina, Ramlah. Aziz mintak sejumlah wang untuk menutup mulut supaya Aziz tidak membongkarkan siapa Ramlah sebenarnya. Aishhh tak sabar pulak nak tunggu episod seterusnya. 

Post a Comment

7 Comments

  1. cinta yang ni mcm tak pernah tgk lg tp drama melayu lain mmg selalu khatam lah hehe

    ReplyDelete
  2. kalau mam tgk sure terjebak juga nanti

    ReplyDelete
  3. aduh menarik pulak cerita ni. Nak tengok lah nanti :D

    Fatina Mudz || The Infinity Words

    ReplyDelete
  4. Baca sinopsulis macam menarik tapi tak sempat nak tgk dramanya..

    ReplyDelete
  5. makin menyampah tengok perangai bapak Darlina. eeee nyampah~

    ReplyDelete