Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif | Siapa antara korang yang mempunyai kulit sensitif? Susah kan nak cari skincare yang betul-betul sesuai dengan kulit kita, ditambah pula kandungan skincare yang kita biasa guna, rupanya dalam diam mengandungi bahan terlarang yang kita sendiri tak sedar. Seriau pulak dengar. Kinah pun sekarang tak boleh nak pilih sebarangan skincare bukannya apa, takut nanti bila tersalah pilih skincare yang menanggungnya nanti kita jugak.
Jadi hari ni kinah nak kongsi dengan korang satu produk yang sesuai dengan kulit sensitif. Bagi mereka yang berkulit normal pun boleh juga guna rangkaian ni. Lagipun jenama ni dah lama bertapak di Malaysia dan dipercayai. Masa kinah sekolah dulu pun jenama ni jugak yang serasi dengan kinah.

Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif |
Memperkenalkan Rangkaian Safi Dermasafe bagi mereka yang berkulit sensitif. Di dalam rangkaian Safi Dermasafe ini ada 5 item tau antaranya ialah:
- Safi Dermasafe Gentle Care Mousse Cleanser
- Safi Dermasafe Mild & Gentle Gel Cleanser
- Safi Dermasafe Hydrate & Refresh Booster Mist
- Safi Dermasafe Soothe & Hydrate Day Moisturiser
- Safi Dermasafe Rehydrate & Recover Night Moisturiser
Apa yang menariknya dengan rangkaian ni, ianya bebas daripada bahan-bahan berbahaya, tanpa pewarna, pewangi dan tidak diuji ke atas haiwan.
Rangkaian Safi Dermasafe Gentle Care Mousse Cleanser
Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif |
Rangkaian Safi Dermasafe Mousse Gentle Care adalah pembersih lembut dan ringan yang menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam saja. Ianya diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile, iaitu dapat membantu membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk keselesaan pada wajah kita.
Formulanya yang tidak mengeringkan kulit dan anti-pencemar ini dapat membantu melindungi kulit kita daripada pencemaran alam sekitar (Anti-PM2.5) sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar dan bermaya. Kebiasaanya kinah guna pada waktu pagi.
Cara Guna: Pam jumlah yang memadai ke tapak tangan dan urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Kalau kinah, kinah selalu pam dua kali je. Suka sangat bila tengok banyak buih ni.
Rangkaian Safi Dermasafe Mild & Gentle Gel Cleanser
Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif |
Rangkaian Safi Dermasafe Mild & Gentle Gel Ceanser juga seperti mousse cleanser yang mana ianya juga diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile yang dapat membantu membersihkan kulit wajah kita secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada wajah untuk keselesan kulit disamping membantu mengekalkan kelembapan keseimbangan pada kulit agar kulit lebih sihat dan berseri.
Cara Guna: Hanya picit ke tapak tangan dan gosok dengan sedikit dengan air sehingga berbuih, urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Kalau korang nak tahu, gel cleanser kinah akan guna sebelum tidur.
Rangakaian Safi Dermasafe Hydrate & Refresh Booster Mist
Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif |
Dah cuci muka tu, korang jangan lupa pulak sembur muka tu dengan Safi Dermasafe Hydrate & Refresh Booster Mist. Booster Mist ini untuk pengetahuan semua ianya diperkaya dengan ekstrak Likouris dan juga Chamomile yang mempunyai kebaikan 2 dalam 1 iaitu dapat mengekalkan kelembapan pada wajah sambil memperkuat struktur, serta melindungi kulit daripada pencemaran dan paling best, solekan kita akan kekal lama tau. Alaa booster mist ni lebih kurang macam toner jugak, tapi bezanya yang ini kita cuma spray je. Haa kan mudah kerja korang. Korang yang bekerja tu, bila waktu tengahari confirm akan rasa tak bermaya, lemau je. Cuba la spray sekali muka tu dengan booster mist ni. Haaa baru segar sikit.
Cara Guna: Pejamkan mata dan sembur ke muka 1 – 2 kali dan biarkan ia kering dengan semulajadi.
Baru guna sekali, kinah dah jatuh cinta dengan Soothe & Hydrate Day Moisturiser ni. Teksturnya langsung tak berminyak, dan mudah serap pada kulit menjadikan kulit kinah sentiasa lembap sehingga 24 jam tau. Serius moisturiser ni best.
Cara Guna: Oleskan ke muka dan leher yang sudah dibersihkan. Urut perlahan -lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum. Baru nampak kesannya.
Selepas cuci muka dengan mousse cleanser atau gentle gel cleanser, jangan korang lupa oleskan sedikit Rehydrate Recover Night Moisturiser sebelum tidur. Ianya diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang mudah meresap ke dalam kulit dan membantu merawat kulit muka tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika kita sedang tidur.
Cara Guna: Oleskan ke muka dan leher yang bersih. Urut perlahan-lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum.
Rangkaian Safi Dermasafe Soothe & Hydrate Day Moisturiser
Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif |
Cara Guna: Oleskan ke muka dan leher yang sudah dibersihkan. Urut perlahan -lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum. Baru nampak kesannya.
Rangkaian Safi Dermasafe Rehydrate & Recover Night Moisturiser
Rangkaian Penjagaan Kulit Safi Dermasafe Sesuai Bagi Mereka yang Berkulit Sensitif |
Cara Guna: Oleskan ke muka dan leher yang bersih. Urut perlahan-lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum.
Rangkaian produk SAFI DERMASAFE ini boleh didapat pada harga RM19.90 – RM48.90 di WATSONS atau rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri terbesar di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut
laman sesawang rasmi SAFI
www.safi.com.my
Facebook
www.facebook.com/SAFIMalaysia
Instagram
www.instagram.com/SAFIMalaysia
3 Comments
wow bestnya safi dermasafe
ReplyDeleteHarganya agak murah.. 😍 Packaging dah la lawa tu kak kinah. Geram pulak
ReplyDeletecute betul design dekat produk tu..
ReplyDelete