Teringin Dimsum Masa Bercuti Ke Thailand

Entah kenapa tetiba je teringat dim sum masa ke Thailand dulu. Rasa menyesal pulak bila beli sikit haha. Lepastu mula la teringat je. Bila dah teringat ni, mula la suarakan pada suami. Bolehnya diajaknya kita pergi ke Thailand balik. Takkan nak pergi Thailand semata-mata nak beli dim sum je. Ate dia ingat Thailand tu macam pergi Kuala Lumpur. Jauh kot hahahaha bukannya dia tak tahu. Macam la kat Malaysia ni takde orang yang jual. Nak tunggu Karnival Makanan Thailand entah bila pulak kan.

Dimsum Halal

Orang perempuan ni., bila dah teringin asyik teringat-ingat je. Tak boleh jadi ni. Kena cari jugak. Korang jangan kata Thahirah nak dapat adik pulak ye. Kosong je ni.

Kinah pun google la kot kot la ada orang jual sebijik macam kat Thailand tu. Senyum lebar bila nampak ada yang jual sama macam kat Thailand. Rupanya kat shopee pun ada jual. Tapi ni dim sum yang halal ye. Homemade punya dan orang kita juga yang jual. Dia jual sekali dengan sos. Kinah ambik yang sekilo punya. Sekilo dalam RM35.00, kiranya ada dalam 60 bijik haha. 

Teringin Dimsum Masa Bercuti Ke Thailand

Suami kata haaaa makan puas-puas sekilo tu. 

Bestnya tengahari kinah order, petang tu dah dapat notification untuk diterima. Cepat betul servis dia. Kurier yang dia guna pun J&T Express. Memang cepat la.

Dimsum ni sampai tengahari.. Cepatkann. Bila sampai je dimsum kinah simpan dulu dalam freezer..

Malam tu baru kukus. Lapar sebab baru balik pergi urut badan. Kukus dimsum ni pun tak lama dalam 10 minit gitu dan boleh makan.

Haaa jemput la makan😋

Dimsum Halal
Kitorang berdua menyicah malam-malam haha. Gambar menyicah tak sempat nak ambik sebab dah lapar sangat.

Boleh tahan sedap. Nanti boleh order lagi ni. Terima kasih seller

Post a Comment

19 Comments

  1. i love dimsum too ! tp xde la smpi nak pergi bercuti thailand. but it is hard finding one that is really good. there's a certain place je yg jual that is worth the try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu gurauan saja. Ye tak dinafikan begitu sukar nak cari dimsum yang betul-betul sedap. Kalau adapun semuanya mahal dan rasa pun kurang. Mujurlah ada juga yang jual di shpoee

      Delete
    2. kannnn ade je jmpe tp rasa dye tu tak berapa memuaskan la haha. but there are people yg snggup pergi thailand semata-mata utk makan certain thing. not to mention tmpt lain jugak haha XD

      Delete
  2. Ooo...boleh order kat shopee ye? Tak pernah makan la...hahaha...peghak betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye boleh order je di shopee. Cuba search dimsum halal. Hari ni order esok dah sampai. Sesekali cuba apa salahnya kan

      Delete
  3. sedap erk? nakorder jugak la.. tak pernah makan lagi dimsum thailand..

    ReplyDelete
  4. sekarang dah senang kan nak makan dimsum. ramai yg boleh cod. hehe. mudah sangat ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sekarang semua dah senang. Teringin nak makan, order je hehe

      Delete
  5. Teringin juga nak jual.. Macam menarik pula bila Kinah kata sedap.. hehehe

    ReplyDelete
  6. wow terkejut jugak kat shopee ada jual, ni makanan forzen ok ke post kinah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat yang kinah terima ok je. Hari ni kita order esok dah sampai. Masa sampai tu masih sejuk lagi. Tapi jangan terus kukus. Simpan dulu dalam freezer

      Delete
  7. tak pernah makan dimsum lagi... taw jer nama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu krena try dulu cik Ash. Sekali dah try mesti nak membeli lagi hehe

      Delete