Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti | Dulu kinah ni agak setia dengan satu jenama rempah ratus ni. Iyelah selalu ikut mak pergi ke kedai dan ke pasar confirm beli jenama tu je la. Kite yang anak ni ikut je, apa yang mak beli. Tapi sejak dah kawin ni, kinah suka nak mencuba sesuatu yang baru. Asyik pakai rempah tu je, sesekali nak juga tekak ni try jenama lain. Apa jenama kinah tak cuba semua dah try dah. Tapi entahla, bila try jenama Rempah Ratus Mak Siti  ni terus jatuh cinta.

Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Kinah kenal dengan jenama Rempah Ratus Mak Siti ni pada expo MAHA beberapa tahun yang lepas. Saja nak ke sana tengok pameran tu. Bila sampai ke booth Rempah Ratus Mak Siti, masa tu tengah ada offer. Beli satu pek yang dah diorang packing hanya RM20.00 je, kalau tak silap la masa tu. Benda dah lama huhu. Dalam packing tu, ada pelbagai rempah seperti sup, soto, sup bunjut, kari, rendang. Dah alang-alang sampai sana, rembat satu packet besar. Tak sangka berbaloi betul beli satu packet besar tu. Sedap rupanya Rempah Ratus Mak Siti ni. Sejak dari itu, kinah cari Rempah Ratus Mak Siti je la. Harganya pun takdela mahal sangat. 

Mungkin ada di antara korang yang pernah dengar jenama Rempah Ratus Mak Siti ni kan, terutamanya orang Johor. Baru kinah tahu rupanya dah 40 tahun dah jenama Rempah Mak Siti ni.
  

Di Sebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

Kata orang disebalik kejayaan sekarang, banyak ujian pahit dan manis yang perlu ditempuhi oleh Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya, Tuan Mohd Hafizan Yusoff untuk menaikkan jenama Mak Siti. Pada asalnya perniagaan Mak Siti ni dijalankan secara kecil-kecilan saja bagi menyara keluarga ketika itu. Pada masa tu, hanya orang kampung dan bandar-bandar kecil saja yang tahu kewujudan Mak Siti ni. Lama-kelamaan Mak Siti telah mula dikenali.
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Menjadi pengasas sesuatu produk atau jenama terkenal menjadi idaman setiap orang. Tapi ramai yang tidak pasti dengan langkah pertama yang perlu diambil, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi, bagaimana mereka perlu menempuhi semua cabaran itu serta menempuhi pelbagai halangan tersebut sehingga mereka berjaya. Menjadi anak kepada pengasas kepada sesuatu produk atau jenama bukanlah berada di tempat yang selesa, tak ramai yang tahu betapa mereka perlu bekerja dengan lebih keras lagi untuk mengembangkan perniagaan yang sedia ada milik keluarga mereka ini.
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Dahulu, Puan Siti sering tertekan kerana di bahunya terpikul beban dan harapan untuk memajukan perniagaan mereka sedangkan beliau tiada pengalaman untuk mengendalikan perniagaan mereka. Selepas beliau tamat belajar dan ceburi perniagaan keluarga, perniagaan tersebut mengalami masalah di mana berlaku penyelewengan dalam kalangan pekerja dan ramai juga pekerja yang tidak yakin dengan kemampuannya.
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Terdetik dalam fikirannya, mengapa Rempah Mak Siti tidak mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama lain yang ada di pasaran Malaysia mahupun antarabangsa. Meneruskan legasi perniagaan turun temurun bukan satu tugas yang mudah lagi-lagi untuk memastikan perniagaannya akan terus bertahan dan menjadi legasi suatu hari nanti.

Ladang Dan Kilang Rempah Mak Siti

Pada awalnya kilang Mak Siti diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Di atas lot kedai tersebut keluarga ini meneruskan kehidupan mereka sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang dan malam kerana disitu perusahaan rempah dan disitu juga tempat tinggal mereka.

Pada tahun 2000, apabila perniagaan mereka semakin berkembang, keluarga ini membuat keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor. Di sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar dan menjalankan pelbagai aktivti seperti perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalah pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 spesis rempah ratus dan herba.

Ladang dan kilang yang terletak di Batu 12, Jalan Muar - Pagoh, Johor, juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “The Largest Herbs & Spices Plantation" oleh The Malaysia Book of Records (MBR).

Restoran Mak Siti

Selain daripada mengusahakan ladang Rempah Ratus Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah) atau lebih dikenali sebagai Mak Siti turut mengusahakan sebuah restoran Melayu yang sememangnya terkenal dengan nilai dan elemen tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. Bahan-bahan masakan yang sering digunakan seperti cili, serai, ketumbar, santan kelapa dan rempah ratus dilihat terus kekal hingga hari ini dan membuatkan rasa serta keenakannya tidak banyak berubah. 

Produk Rempah Ratus Mak Siti

Kalau korang nak tahu, Rempah Mak Siti adalah produk semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan juga sesuai mereka yang vegetarian. Antara produk utama Rempah Ratus Mak Siti ialah serbuk rempah kari daging, serbuk rempah kari ikan, serbuk rempah sup, serbuk rempah sup soto, serbuk rempah rendang, sup tulang, sup punjut, sup soto, dan raja sup. 
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Kini, syarikat telah mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan rempah dalam botol seperti emping cili (chili flakes), serbuk cili, daun limau purut, serbuk daun limau purut, serbuk kayu manis, serbuk halia, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, dan serbuk kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS pada tahun 2017 dan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pengguna.

Mengapa Rempah Ratus Mak Siti Menjadi Pilihan

Pertama kali mencuba rempah Mak Siti ni kinah dah jatuh cinta. Sebabnya rasa rempahnya lain dari yang lain dan masakkan kita jadi lebih sedap. Satu lagi, harganya pun murah. Nak dapatkan rempah ni pun mudah sebab kinah tinggal dekat je dengan TESCO. Habis je stok mintak suami pergi belikan.

Di Mana Nak Dapatkan Rempah Ratus Mak Siti Ni

Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti 
Korang boleh dapatkan Rempah Ratus Mak Siti ni di TESCO, Mydin, Jusco, AEON BIG dan Giant. Ada juga kinah dengar dekat kedai Eco pun ada dijual. Kinah dah dapatkan stok Rempah Ratus Mak Siti yang dah nak habis kat dapur tu. Korang bila lagi?
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

Untuk Maklumat Lebih Lanjut
Twitter : 
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UChxWo-JlDGsXLERsPo4xMFQ
Whatsapp :
017-3309330

Tags/Kata Kunci
Rempah Mak Siti, Rempah Ratus, Mak Siti

Post a Comment

4 Comments