Resepi Cucur Kentang Simple Ikut Bahan Yang Ada Di Dapur

Resepi Cucur Kentang Simple Ikut Bahan Yang Ada Di Dapur | Bila anak jenis memilih makanan, kita sebagai ibu ni memang susah hati. Macam-macam cara kita cuba nak tarik minat dia untuk makan. Bila kinah nampak yang Thahirah ni suka sangat makan kentang, ting ting idea mari masakkan untuknya sesuatu yang berasaskan kentang. Hmmm simple sangat je resepi ni, ni pun kinah olah sikit supaya kena dengan tekak Thahirah. 

Cucur kentang simple ni sesuai sangat untuk kanak-kanak. Tapi kalau orang besar pun nak makan boleh je, bolehlah mencicah dengan sos. Korang yang takde idea nak masak apa untuk breakfast atau minum petang bolehlah cuba.


Resepi Cucur Kentang Simple Ikut Bahan Yang Ada Di Dapur

Resepi Cucur Kentang Simple Ikut Bahan Yang Ada Di Dapur
Resepi Cucur Kentang Simple Ikut Bahan Yang Ada Di Dapur

Cucur Kentang Simple

Bahan-bahan
250 gram tepung gandum
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 biji ubi kentang - kupas dan potong dadu kecil 
Secekak daun kucai atau daun sup - potong pendek
1/2 sudu kecil garam
Secubit gula
200 ml air - lebih kurang
Sedikit air panas
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Satukan tepung gandum dengan daun sup (kinah guna daun sup sebab itu je ada kat rumah), kentang, gula dan garam. 

Gaul sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau adunan tu sehingga rata. 

Kemudian masukkan sedikit air panas dan kacau adunan. Jangan kacau terlalu sebati supaya tepung tu tak tepu. 

Panaskan minyak dan pastikan ianya betul betul panas sebelum digoreng cucur sehingga garing. Jika mahu cantik, gunakan jari untuk masukkan adunan dalam kuali. Jika tidak, boleh juga gunakan sudu. 

Dah siap, bolehlah dihidangkan dengan sambal cuka. Kebetulan dalam peti ais tu ada lebihan sos dimsum masa beli aritu. Cicah saje ler. 

Kata Kunci / Tag
Cucur Kentang, Cucur Kentang Simple

Post a Comment

9 Comments

  1. wau sedapnyaaa..nk cuba buatlah! :D

    ReplyDelete
  2. Saya sgt suka cucur.. Almost every week buat..haha..sy suka letak taugeh + kucai + kentang.. Sedapnyaa cicah sos cili..mkn pagi atau ptg

    ReplyDelete
  3. Delicious to eat!

    Take a look also and be interested to purchase my displayed acrylic paintings to you with the following titles and url or links.

    https://artloftasia.com/products/mixed-berries-with-caramel-sauce

    https://artloftasia.com/products/henderson-wave

    https://artloftasia.com/products/the-suntec-mall-fountain-of-wealth

    ReplyDelete
  4. my favorite cucur kentang! hahaha sodappp walaupun simple kan. tambah dengan ikan bilis, memang torbaek! hehehe.

    jemput join segmen blog kc kak kinah :D
    http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/segmen-9-juta-special-bloglist.html

    ReplyDelete
  5. okey, resipi yg simple..nnti k.fiezz nak try...

    ReplyDelete
  6. aaa ni cucur fav ni tapi nak membuatnya malas haha

    ReplyDelete
  7. Isteri penrnah buah cucur kencang memang sedap makan.

    ReplyDelete
  8. Kalau Sha suka kentang tu dihiris memanjang.. Sedap nie buat minum petang..

    ReplyDelete
  9. Dalam banyak2 resepi.. resepi ni yang tertarik menarik… nyam2

    ReplyDelete