Honey Hub Life Elixir Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Sakit Sendi

Honey Hub Life Elixir Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Sakit Sendi | Madu, semua orang tahu akan khasiat madu. Tapi awas ye, tak semua madu yang ada di pasaran tu tulen tau. So, sebelum nak beli madu tu pastikan madu tu original dulu baru beli. Baru-baru ni, kinah ada terbaca di facebook mengenai Honey Hub. Kinah tertarik dengan salah satu produk mereka iaitu Honey Hub Life Elixir yang dikatakan dapat membantu mereka yang mengalami masalah sakit sendi dan pinggul. Tak salah kan nak mencuba hihi.

Honey Hub Life Elixir Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Sakit Sendi

Honey Hub, Honey Hub Life Elixir, Honey Hub Life Elixir untuk kurangkan sakit sendi, cara nak kurangkan sakit sendi
Honey Hub Life Elixir Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Sakit Sendi
Kinah pun tak tunggu dah sebab ibu jari ni sakit saja.  Dah pergi urut pun, masih sakit lagi. Kinah sendiri tak tahu entah mana silapnya. Sebab tu kinah nak sangat cuba produk Honey Hub Life Elixir ni. Mana la tahu boleh kurangkan sakit ibu jari ni. Dah berumur katakan, mula lah sakit sana sini.

Kandungan Honey Hub Life Elixir

Kalau korang nak tahu kandungan Honey Hub Life Elixir ni merupakan campuran madu tualang serta herba semula jadi yang begitu banyak khasiatnya seperti American Ginseng, Astragalus, Black Curmin dan pelbagai lagi herba lain antaranya kunyit. Nampak  warnanya kuning kan. Memang pekat rasa herbanya, tapi korang jangan risau. Rasanya masih lagi ok untuk dimakan hehe.

Sebelum kita pergi lebih jauh, kinah nak cerita sedikit mengenai madu ni. Untuk pengetahuan korang, madu yang ada dipasaran sebenarnya ada gred tau. Harganya pun berbeza mengikut jenis gred. Jadi, lepas ni kalau ada orang offer dengan korang madu dengan harga yang murah, confirm gred madu tu pun orang sekarang kata beshe beshe aje. So, jangan mudah terpedaya ye.

Mengapa setiap madu ada gred?

Kalau korang nak tahu, madu ni sebenarnya ada banyak jenis, ada madu tualang, madu kelulut, madu gunung dan pelbagai lagi jenis madu yang ada di pasaran. Kesemua madu ni ada yang diternak di ladang, diusahakan secara komersil, dan ada juga madu yang telah diproses semula. Sedangkan madu liar juga mempunyai gred tertentu seperti

Gred D - kadar kelembapan 25% ke atas
Gred C - kadar kelembapan 22% 
Gred B - kadar kelembapan 20.5% ke atas
Gred A - kadar kelembapan 20% ke bawah 
Madu Premium - kadar kelembapan di bawah 18% 
Honey Hub, Honey Hub Life Elixir, Honey Hub Life Elixir untuk kurangkan sakit sendi, cara nak kurangkan sakit sendi
Honey Hub Life Elixir Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Sakit Sendi
Semestinya Honey Hub menggunakan 100% Madu Premium Asli ye dan ujian  Makmal juga telah dijalankan oleh UNIPEQ UKM.

Honey Hub Life Elixir Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Sendi dan Sakit Lutut

Teksturnya pulak, korang boleh nampak ianya agak berserat dan tak cair. Jadi, sebelum korang nak makan tu, kacau dulu ye. JANGAN guna sudu besi ye, guna saja sudu plastik. Bimbang bila guna sudu besi, khasiat madu tu akan hilang.
Honey Hub, Honey Hub Life Elixir, Honey Hub Life Elixir untuk kurangkan sakit sendi, cara nak kurangkan sakit sendi
Honey Hub Life Elixir Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Sakit Sendi
Honey Hub Life Elixir ni didatangkan di dalam bentuk bekas kaca. Nampak eksklusif packaging dia. Cuma satu kinah nak pesan kalau nak bukak penutup bekas kaca ni kali pertama, jangan goncang ke apa tau dulu, nanti dia punya isi dalam tu terkeluar. Nanti habis berkencah dapur korang. Make sure tekan dahulu penutup botol dibahagian tengah tu. Tak tekan jadi macam kinah la hehe.

Sebut pasal harga, harga sebotol Honey Hub Life Elixir ni adalah RM209.00 bagi 700ml. Agak mahal harganya tapi khasiatnya sangat bagus.

Cara Pengambilan Honey Hub Life Elixir

Pengambilan Honey Hub Life Elixir ni pun ada caranya. Kalau ambil tak ikut cara, korang tak akan dapat khasiatnya. Jadi, ikuti cara pengambilan Honey Hub Life Elixir dengan betul.

1. Honey Hub Life Elixir perlu diambil 2 kali sehari iaitu, 1 sudu sebelum sarapan dan juga 1 sudu sebelum tidur.

2. JANGAN sesekali menggunakan sudu logam, dikhuatiri khasiatnya akan hilang.

3. Tak perlu dicampur dengan air ataupun dibancuh. Ambil terus menggunakan sudu plastik dari dalam botol.

4. Elakkan makan atau minuman sejuk selepas pengambilan Honey Hub Life Elixir.

Pengalaman Kinah Selepas Amalkan Honey Hub Life Ellixir

Honey Hub, Honey Hub Life Elixir, Honey Hub Life Elixir untuk kurangkan sakit sendi, cara nak kurangkan sakit sendi
Honey Hub Life Elixir Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Sakit Sendi
Alhamdulillah, tujuan kinah nak cuba Honey Hub Life Elixir ni sebenarnya nak cuba kurangkan masalah ibu jari kinah ni. Puas dah berurut, tapi masih sakit juga. Nak bengkokkan sikit ibu jari tu pun, boleh terasa ngilunya. Lepas beberapa kali makan Life Elixir ni, ada perubahan. Ibu jari pun dah boleh bengkok dengan sempurna dan dah tak sakit lagi. Puas hati jugakla dengan Honey Hub Life Elixir ni. Korang yang ada rasa sengal sendi dan ada masalah sakit lutut boleh cuba atau boleh juga hadiahkan pada mak dan ayah di kampung. Mesti mereka akan suka.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
https://www.facebook.com/honeyexpert



Post a Comment

7 Comments

  1. sekali imbas rasa dia macam ulam pulak, sedap

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah bagus ada produk macam ni. semoga membantu lebih ramai yg memerlukan ^_^

    ReplyDelete
  3. sekali tgk mcm rupa rempah...
    tapi kebaikan dia bagus...

    ReplyDelete
  4. It's wonderful that you are getting thoughts from this post as well as from our dialogue made at this place.

    ReplyDelete
  5. saya memang suka madu..

    selalu dapat madu yang kurang ori..

    mumgkin kerana memikirkan harga yang murah

    ReplyDelete
  6. mesti sedap! suka makan madu sebab rasa manis tu yg sedap

    ReplyDelete