Mudah Rupanya Nak Beli Movie Di Astro Best Ni Guna Whatsapp Je| Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari cuti macam ni memang ada plan nak pergi ke tempat itu, tempat ini. Tapi bila mengenangkan keadaan cuaca yang tak menentu ni, nampaknya kena duduk dekat rumah je la. Bila dah duduk rumah ni apa lagi mengadap tv je la. Ada jugak yop ajak pergi tengok wayang, memandangkan Thahirah ni jarang tengok wayang, kang dia bosan pulak. Jadi, kinah belikan je la movie di Astro Best. Kebetulan kat Astro Best ni tengah banyak movie kartun kita tengok je la kat tv.
Mudah Rupanya Nak Beli Movie Di Astro Best Ni Guna Whatsapp Je
Mudah Rupanya Nak Beli Movie Di Astro Best Ni Guna Whatsapp Je |
Bila tak biasa membeli movie di Astro Best ni, mulalah start google macam mana nak beli. First time kot beli movie ni walaupun dah 4 tahun guna Astro. Bila godek-godek la mudah rupanya nak beli movie di astro best ni, guna whatsapp je. Kalau diikutkan kita boleh je sms, tapi memandangkan ada option whatsapp yang percuma buat apa nak guna sms yang berbayar tu haha.
Cara Beli Movie Di Astro Best
Cara nak beli movie di astro Best ni mudah aje sebenarnya, korang pergi ke channel 481 untuk membuat sebarang pembelian. Korang boleh pilih nak movie yang mana. Macam kinah, Thahirah pilih Toy Story 4.
Harga untuk Toy Story 4 RM10.00 untuk 2 hari. Harga ni tak termasuk service tax ye.
Mudah Rupanya Nak Beli Movie Di Astro Best Ni Guna Whatsapp Je |
Okeh dah pilih dah kan nak movie yang mana? Dah pilih korang tekan je OK. Nanti akan keluar macam di bawah ni tau.
Mudah Rupanya Nak Beli Movie Di Astro Best Ni Guna Whatsapp Je |
Bila dah keluar macam ni, korang pilih sama ada nak guna SMS atau Whatsapp. Seperti kinah cerita di atas tadi, kinah pilih whatsapp je. Lebih mudah. Kalau korang pilih whatsapp, warna pink tu mesti lah berada di label Whatsapp. Kemudian korang tekan OK. Bila tekan OK akan keluar macam ni pulak.
Mudah Rupanya Nak Beli Movie Di Astro Best Ni Guna Whatsapp Je |
Sekarang bukak smartphone korang, bukak aplikasi whatsapp dan hantar kod yang diberi ke 0395433838. Macam movie pilihan kinah kena masukkan TOS4. Sekejap je diorang akan reply whatsapp korang tu. Nanti diorang akan bagi direction yang seterusnya.
Mudah Rupanya Nak Beli Movie Di Astro Best Ni Guna Whatsapp Je |
Masa ni, pihak astro akan mintak no smartcard korang. Pada masa ni la korang boleh refer balik di Tv, ada dia bagi nombor tu di bahagian atas. Taip no smartcard tu dan send. Setelah itu, pihak astro akan hantar nama pemilik nombor smartcard tu. Pada masa ni, pastikan nama dan no smartcard tu betul ye.
Mudah Rupanya Nak Beli Movie Di Astro Best Ni Guna Whatsapp Je |
Dah confirm semua, taip je 1 dan send. Pihak astro pun akan balas pembelian kita dah berjaya dan kita boleh tengok dah movie yang kita beli dalam tempoh 10 minit. Tapi tak sampai 10 minit pun, bukak je channel tu terus ada dah. Harga yang dikenakan RM10.60. RM0.60 tu caj servis huhu dan akan dimasukkan ke dalam bil yang akan datang. Biasalah kan.
Hahhhh macam mana jimatkan duit tiket. Tak payah dah nak pergi wayang musim cuti ni. Jom le kita layan movie ni sampai muntah. Nampaknya lepas ni boleh le beli lagi. Selamat menonton.
10 Comments
Zaman ada astro dlu rajin jugak la beli movie..
ReplyDeleteskrg dah x pakai astro dah..
Ramai dah tak pakai astro ye. Hmm ada perancangan nak terminate, tapi nanti dulu la hihi
Deletemajunya! tak ada astro pulak..okay gak kan boleh beli by whatsapp je.senang kerja
ReplyDeletekak ana dah tak ada astro dah Kinah hehe tonton Playtv Unifi je laa nii :) dulu masa ada astro anak2 rajin subscribe gak :)
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian..good sharing
ReplyDeleteAkk dh x ada astro dah, klu dak senang ja kan bli movie kat astro..mmg jimat
ReplyDeleteeh lagi senang guna whatsApp je kan. boleh cuba lps ni.
ReplyDeleteCanggih dah skrg. guna whattsap pun boleh
ReplyDeletebaguslah kalau begitu.
ReplyDeleteboleh lepak kat rumah sahaja
dah makin mudah ye sekarang..
ReplyDelete