myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan Ready To Eat Inspirasi Dari Negara Jepun | Siapa yang tak kenal dengan kedai rangkaian serbaneka myNEWS, kinah kalau pergi ke Aeon Rawang selalu la singgah ke myNEWS ni. Biasalah bila ada anak kecik ni, tak beli gula-gula mesti beli air kekadang tu belek majalah. Kekadang tu bila tekak teringin nak makan yang ready to eat, nak tak nak kena singgah sebentar ke myNEWS. Ehh jangan tak tau myNEWS sekarang dah ada makanan ready to eat inspirasi dari negara Jepun tau. So lepas ni, pergi myNEWS je la. Kalau korang tak dapat nak pergi ke myNEWS, sekarang ni myNEWS dah ada delivery okeh.
myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan Ready To Eat Inspirasi Dari Negara Jepun
myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan Ready To Eat Inspirasi Dari Jepun |
Baru-baru ni kinah berkesempatan menghadiri majlis pelancaran Pusat pengeluaran makanan (FPC) ready to eat yang diinspirasi dari negara Jepun. Pusat pengeluaran makanan ini beroperasi di bawah naungan dua anak syarikatnya iaitu myNEWS Kineya Sdn. bhd. dan juga myNEWS Ryoyupan Sdn Bhd. di Kota Damansara. Apa yang penting, pusat pengeluaran makanan ni akan membekalkan makanan yang lebih segar dan berkualiti di kesemua rangkaian kedai myNEWS di seluruh Malaysia. Bestnya, lepas ni boleh beli makanan ready to eat di myNEWS je.
myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan Ready To Eat Inspirasi Dari Jepun |
Memahami keperluan dan gaya hidup rakyat di Malaysia pada masa kini, myNEWS mengambil inisiatif memperkenalkan industri makanan dengan cara tersendiri dengan kerjasama anak syarikat dari Jepun. Menurut Mr Dang Tai Luk selaku Kumpulan CEO myNEWS Holding Berhad, kepakaran dari negara Jepun diperlukan untuk menghasilkan makanan yang berkualiti dan mengikut standard negara Jepun. Kini, korang boleh menikmati makanan yang diinspirasi dari Jepun mengikut citarasa orang Malaysia.
myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan Ready To Eat Inspirasi Dari Jepun |
Pelbagai Pilihan Makanan Inspirasi Dari Jepun
Pelbagai pilihan makanan yang boleh didapati di myNEWS seperti sandwich, bento, onigiri dan roti yang dibakar dari Kafe Maru myNEWS. Makanan kegemaran orang Malaysia pun ada di Maru Cafe ni antaranya ialah nasi lemak dan kari laksa. Haritu tak sempat nak cuba menu tu. Nanti bila ada masa kinah nak cuba la makan nasi lemak di Maru Cafe ni. Aiskrim Maru Cafe pun sedap. Anak kinah suka betul dengan aiskrim tu.
myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan Ready To Eat Inspirasi Dari Jepun |
myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan Ready To Eat Inspirasi Dari Jepun |
Bila jarang makan makanan ready to eat ni, sesekali cuba ehh sedap juga sandwich dan onigiri tu. Paling kinah suka onigiri Garlic Tuna. Oh ye, selain korang boleh nikmati makanan yang sedap tu, tak lengkap kalau takde air kopi kan.
myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan Ready To Eat Inspirasi Dari Jepun |
Korang boleh cuba guna mesin kopi ni. Tapi kena layan diri la. Korang boleh pilih nak kopi apa, latte, cappucino ataupun coklat. Boleh pilih ikut citarasa masing-masing. Kinah sekarang dah tak boleh nak minum kopi, nanti sakit kepala. Jadi, air coklat la menjadi pilihan. Selain minuman panas, minuman sejuk pun ada di Maru Cafe ni.
Lokasi Pusat Pengeluaran Makanan myNEWS
Mungkin ada yang tertanya, di mana lokasi pusat pengeluaran. Kalau nak tahu pusat pengeluaran makanan myNEWS terletak di Kota Damansara dan telah mula beroperasi secara komersial pada bulan Jun 2019. Sehingga kini pusat pengeluaran dapat menampung sehingga 600 cawangan myNEWS di seluruh Malaysia melalui 2 kilang pembuatan yang didorong oleh Gourment Kineya Co Ltd dan Ryoyu Baking Co Ltd, merupakan pemimpin dan pakar dalam industri pemakanan di Jepun.
myNEWS Lancarkan myNEWS Dash
myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan Ready To Eat Inspirasi Dari Jepun |
Selain pelancaran pusat pengeluaran makanan (FPC), pada hari itu juga myNEWS turut melancarkan myNEWS Dash iaitu servis penghantaran makanan terus ke pintu rumah korang. Kalau malas nak keluar, rojer je myNEWS Dash nanti sampai la mereka dengan makanan korang.
Untuk dapatkan keterangan lebih lanjut mengenai produk makanan berinspirasikan menu Ready-To-Eat Jepun serta myNEWS DASH ni korang kena layari ke laman web rasmi myNEWS www.mynews.com.my
#myNEWS#ReadyToEat#MaruBakes #myNEWSRyoyupan#myNEWSKineya #myNEWSFPCLaunch
Untuk dapatkan keterangan lebih lanjut mengenai produk makanan berinspirasikan menu Ready-To-Eat Jepun serta myNEWS DASH ni korang kena layari ke laman web rasmi myNEWS www.mynews.com.my
#myNEWS#ReadyToEat#MaruBakes #myNEWSRyoyupan#myNEWSKineya #myNEWSFPCLaunch
7 Comments
Merata dah MyNews ni,kan..kat area umah akak pun ada gak MyNews ni..tapi tak pasan ada ke idak mknanan ready to eat ni..Nanti la try singgah..nak tgk ada ke idak?
ReplyDeleteOkay baik. Macam teringin Onigiri tu. rambang mata kalau banyak pilihan
ReplyDeleteDapat jgk la merasa makanan jepun kat cni ya, sbb nak pi jepun tau bila boleh smp..terbaik la mynews ni..tq kinah share info ni
ReplyDeletesenang nya sekarang..nak mkn tak perlu masak..sedia duit jer..haha
ReplyDeleteAkak antara pelanggan setia Mynews.com ni sebab selalu beli sarapan kat sini...semua sedap dimata akak..paling suka diorang ada jual pisang Cavendish yang segar... probiotics yang akak perlukan pun ada jual kat situ..so senang...
ReplyDeletewah bagus la siap ada servis sampai depan pintu rumah.. tengok makanan sume tu terliur pulak ;D
ReplyDeletehans suka gila roti maru bakes dkt myNEWS
ReplyDeletesedap!