Teringin Nak Makan Makanan Ala Thai? Jom Singgah Chapayom di I City Mall Shah Alam

Teringin Nak Makan Makanan Ala Thai? Jom Singgah Chapayom di I City Mall Shah Alam | Percutian kami sekeluarga ke Thailand pada tahun lepas adalah momen yang terindah dan tak dapat dilupakan terutama makanannya. Bila belek balik gambar-gambar lama, aish sedapnya makanan tu semua tapi nak bercuti ke sana lagi kena la tunggu tabung travel tu penuh dulu. Nak tunggu karnival makanan Thailand belum ada bayangnya lagi di kawasan kinah ni. Baru-baru ni borak dengan kawan lama, kinah tanya dia tempat makan makanan ala Thai yang best di kawasan Lembah Klang ni, dengan pantasnya dia jawab Chapayom di I City Mall Shah Alam.


Teringin Nak Makan Makanan Ala Thai? Jom Singgah Chapayom di I City Mall Shah Alam

Chapayom, Chapayom Malaysia, Chapayom Thai Street Food, Chapayom I City Shah Alam
Teringin Nak Makan Makanan Ala Thai? Jom Singgah Chapayom di I City Mall Shah Alam

Dah tahu kat mana, kinah ajak la Yop ke sana. Kiranya jalan-jalan cari makan la ni. Sekali sekala belanja bini haha. Sampai je ke sini, strategik betul tempatnya. Korang yang dah penat shopping kat mall tu, bolehlah singgah ke Chapayom dulu basahkan tekak dan isi perut dulu sebelum balik hehe.

Apa yang Best di Chapayom I City Mall Shah Alam 

Mesti korang nak tahu menu yang best di Chapayom ni kan. Pertama sekali kitorang pilih air dulu, haus dah ni. Pilihan kinah semestinya Thai Milk Green Tea. Yop pulak dia pilih Thai Milk Rose Tea. Thahirah dia share je dengan kitorang haha. Kalau korang nak tahu, minuman yang ada di Chapayom ni begitu popular di negara Thailand tau. Kalau korang nak yang ada topping, boleh je, ikut la citarasa korang. Macam kami ni kitorang pilih yang ada puding. Serius sedap. Nak kata manis sangat pun tak, tawar pun tak. Kiranya sesedap rasa dan kena dengan tekak kitorang.

Chapayom, Chapayom Malaysia, Chapayom Thai Street Food, Chapayom I City Shah Alam
Teringin Nak Makan Makanan Ala Thai? Jom Singgah Chapayom di I City Mall Shah Alam

Lepas order air, kami order makanan pulak. Kebetulan kat luar masa tu tengah hujan lebat, memang sesuai sangat la kami order makanan yang panas-panas dan pedas ni. Jadi, kami sepakat untuk makan Mee Tom Yum. Walaupun rasa agak pedas, tapi sedap. Memang kena dengan tekak kami ni ha. Yop yang jarang nak makan makanan pedas macam ni, sampai menghirup kuah tom yum tu tau. Faham sendiri la ye hehe. Presentation mee tom yum ni pun menarik. Di dalamya ada crab stick dan juga fish ball. 

Chapayom, Chapayom Malaysia, Chapayom Thai Street Food, Chapayom I City Shah Alam
Teringin Nak Makan Makanan Ala Thai? Jom Singgah Chapayom di I City Mall Shah Alam

Memang layan makan mee tom yum ni. Nanti bila-bila nak pergi lagi la. Selain mee tom yum, Somtum Mangga korang jangan lupa untuk mencubanya tau. Gabungan dengan udang kering, kacang yang telah ditumbuk, masam-masam manis lemak hirisan mangga dan tomato memang terbaik. Makan meratah macam tu je pun dah sedap dah. Serius sedap.

Chapayom, Chapayom Malaysia, Chapayom Thai Street Food, Chapayom I City Shah Alam
Teringin Nak Makan Makanan Ala Thai? Jom Singgah Chapayom di I City Mall Shah Alam

Selesai makan Mee ToM Yum, kami memilih pulut mangga sebagai pencuci mulut. Selalunya kalau makan pulut, cuma pulut putih tu je kan. Tapi di Chapayom ni, warna pulutnya ada warna pink dengan biru. Unik pulak, rasa dia pun manis hehe. Mangga dia pun elok manis nyummm dimakan bersama dengan santan. Kalau pulut tu lebih lembut lagi mesti sedap.

Chapayom, Chapayom Malaysia, Chapayom Thai Street Food, Chapayom I City Shah Alam
Teringin Nak Makan Makanan Ala Thai? Jom Singgah Chapayom di I City Mall Shah Alam

Oh ye, selain pulut mangga, kami juga order pulut nangka. Hat ni kami tak pernah lagi cuba di Thailand sebab tu kami order jugak. Dah alang-alang sampai ke sini kan. Gabungan pulut dan nangka tu memang letops hehe, angin ke tidak itu belakang kira. Janji perut kenyang. Jangan lupa makan dengan santan, baru sedap.

Chapayom, Chapayom Malaysia, Chapayom Thai Street Food, Chapayom I City Shah Alam
Teringin Nak Makan Makanan Ala Thai? Jom Singgah Chapayom di I City Mall Shah Alam

Perut pun dah kenyang, kami pun berkemas untuk beransur. Korang yang tinggal di area Shah Alam ataupun memang ada plan nak ke Shah Alam bolehlah singgah ke Chapayom ni. Oh ye, sempena pembukaan Chapayom di sini, ada promosi buy 1 free 1 tau. Rugi la korang tak singgah sini. Kami dah sudah....

Chapayom, Chapayom Malaysia, Chapayom Thai Street Food, Chapayom I City Shah Alam
Teringin Nak Makan Makanan Ala Thai? Jom Singgah Chapayom di I City Mall Shah Alam

Korang yang nak tahu lebih lanjut lagi mengenai Chapayom boleh layari Facebook dan Instagram mereka



Post a Comment

5 Comments

  1. belum terjumpa lagi chapayom ni..menarik juga kan menu yang ada..green tea of course sedap

    ReplyDelete
  2. Hi guys! I am truly excited to have discovered this excellent piece of writing! Even when the stomach is full, we can always pack more.

    ReplyDelete
  3. Teringin jgk la akk nak makan makanan ala2 thai ni..nak pi sana tak tau bila, nasib baik kat shah alam ada, boleh la ajak cik abg akk pg nanti, yq kinah share cni

    ReplyDelete
  4. Macam nice ja makanan dia .. Especially green tea tu 😋😋

    ReplyDelete
  5. menarik betul menu dan promosi dia..

    ReplyDelete