Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur | Jika ada perancangan nak pergi bercuti ke Kuala Lumpur tapi tak tahu nak makan di mana. Hah ini dia kinah nak kongsi dengan korang tempat makan yang best di Kuala Lumpur, nak tahu di mana? Luckin Kopi Jalan Panggong jawapannya. Pertama kali kinah ke sini, wowww ramai juga orang yang serbu Luckin Kopi ni. Dalam hati kinah, mesti sedap makanan kat sini.
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur
Masuk je ke dalam Luckin Kopi, makk aii cantik betul dekorasi kedai yang berkonsepkan kopitiam ni. Siapa yang tengah hunting tempat makan yang best di Kuala Lumpur dan tempat yang sesuai nak bergambar sambil makan Luckin Kopi la tempatnya. Nak mencari Luckin Kopi ni tak susah mana, jika korang biasa dengar Pasar Seni, hahhh dekat sangat dah tu. Nak mudah betul-betul di hadapan parking MRT Pasar Seni.
Maksud Disebalik Nama Luckin Kopi
Mungkin ada yang tertanya-tanya Luckin tu apa maksudnya. Perkataan Luckin diambil daripada perkataan Cina iaitu tuah dan kegembiraan. Harapan pemilik restoran ini semoga semua pelanggannya berpuas hati dan gembira apabila menjamu selera serta menikmati kopinya yang kaw di sini.
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur |
Siapa sangka bangunan dua tingkat yang diberi nafas baru berkonsepkan kopitiam hipster sedikit sebanyak memberikan satu pengalaman yang menarik buat kami sekeluarga.
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur |
Mana taknya, Luckin Kopi satu-satunya kedai makan yang kinah pergi menggunakan sistem nombor giliran mengikut bilangan ahli dan meja makan kita ditentukan mengikut bilangan ahli yang hadir. Sistem giliran ni digunakan pada waktu puncak saja la. Bukan waktu puncak ok je rasanya.
Variasi Makanan Di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur |
Selain itu, bagi yang suka bergambar, ada juga sudut bergambar dibahagian belakang kaunter. Cantik jugak tempatnya. Kinah cuma ambik gambar je, nak selfie ramai pulak yang nak bergambar.
Menu Menarik Di Luckin Kopi
Mesti korang dah tak sabar nak tahu menu menarik yang ada di Luckin Kopi ni kan. Heheh sabar ye, kalau diikutkan nak cuba semua makanan, tapi faham-faham je la ada hadnya jugak hehe. Kinah ada berita baik kepada mereka yang suka makan petai. Kalau korang nak tahu, antara menu yang menarik perhatian kinah ialah Pasta Petai. Haaaa jangan korang ingat petai ni, selalu orang buat jeruk, buat sambal, buat ulam je tau. Sekali pasta petai pun ada. Nak cuba ngam ke tidak pasta petai tu, kena la datang ke sini dulu. Meh kinah belanja gambar pasta petai.
Pasta Petai |
Amacam mengancam tak pasta petai tu? Memang sedap dan puas hati makan pasta ni. Oh ye ada satu lagi pasta yang bakal menggegar jiwa terutamanya kaki seafood tu. Ni ha sawadee pasta namanya. Nama menu dia ala-ala Thai. Serius sawadee pasta memang kinah rekomen. Rasa dia masam sikit tapi takdela masam sangat. Just nice orang putih kata.
Sawadee Pasta |
Kenyang makan pasta jom kita tengok menu lain pula, bagi yang nak makan yang heavy. Korang boleh cuba nasi lemak sambal sotong dia. Sambal sotong dia sedap tau. Rugi siapa tak cuba sambal sotong dia.
Nasi Lemak Sotong |
Ada satu lagi nasi lemak, tapi kinah terlupa pulak nak ambik gambar nasi lemak petai tu. Sambal petai dia sedap, memang ada umphhhh. Oh ye, kalau korang teringin nak makan mee, korang boleh cuba Indo Mee, selalunya Indo Mee kita makan kosong macam tu je. Tapi Indo Mee di Luckin Kopi ni pun boleh tahan sedap jugak.
Indo Mee |
Tak nak makan Indo Mee, takpe jangan risau. Mee siam kan ada. Uniknya di Luckin Kopi ni, korang boleh pilih side dish yang korang nak makan. Sebagai contoh mee siam ni la. Mee siam korang makan bersama dengan rendang ayam. Memang tak toleh lain dah.
Mee Siam |
Jika teringin nak makan ala western, korang boleh cuba Cheesy Chicken Fries, terbayang sampai sekarang weh. Uniknya, korang nak makan baru panaskan cheese tu ye. Semasa kendalikan api tu, hati-hati ye.
Cheesy Chicken Rice |
Untuk kanak-kanak, korang boleh order french fries. Gabungan sos cili dan sos bawang putih memang kena. Kinah pun tumpang sekaki makan french fries Thahirah ni ha. Banyak jugak portion fries ni.
French Fries |
Hah ada satu lagi sebelum kinah lupa, Hainanese Chicken Chop, jangan lupa salted egg tu juga ye. Tu regu dia memang tak boleh nak kata apa la sebab sedap.
Hainanese Chicken Chop |
Bagi yang ingin mencari tempat sarapan best di Kuala Lumpur, bolehlah mencuba Set Luckin Toast sambil minum kopi. Kopi dia memang pekat dan likat.
Set Luckin Toast |
Selain pekena set luckin toast, apa kata korang cuba Petai Bun. Boleh tahan juga rasanya, bun dia pun lembut je. Dimakan dengan sambal petai. Menggila makan bun dengan sambal petai, kemudian minum pulak kopi perghh. Perfect orang kata.
Petai Bun |
Sejujurnya, ini kali pertama kinah makan Chee chong fun. Walaupun nampak simple dan kosong saja, tapi rasa dia not bad.
Chee Chong Fun |
Dah settle semua makanan, jangan dilupa pencuci mulutnya pulak. Korang yang datang nak santai-santai dan spend time dengan keluarga, jangan lupa order rojak. Sedap kuah rojak dia. Kacang dia memang tak kedekut serius cakap. Ais batu campur pulak sesedap rasa, aksesori abc tu oun banyak. Meriah sungguh.
Rojak |
Ais Batu Campur |
Macam mana best kan menu yang ada di Luckin Kopi. Kalau diikutkan banyak lagi menu, tapi cukuplah setakat ni. Hah dah tahu kan tempat makan best di Kuala Lumpur, jangan lupa ajak kawan-kawan makan sekali di sini dan pasti korang akan ke sini lagi untuk menikmati segala jenis menu yang ada di sini.
Alamat
Luckin Kopi
14 Jalan Panggong,
5000 Kuala Lumpur
Waktu Perniagaan
7.00 am -9.00 pm
8 Comments
ALAMAK..NAMPAK MACAM SEDAP JER NI...BOLEH CUBA NANTI SEBAB PLAN NAK BAWAK DANIA LEPAK KL
ReplyDeleteMemang sedap kak SA. Bolehlah masuk dalam list nanti.
Deletealamak, suruh dia pindah kat JB boleh tak??
ReplyDeleteCantiknya restoran Luckin ni! Unik jugak ada pasta petai haha menu dia nampak sedap sangat!
ReplyDeleteTak sangka petai boleh jadi variasi dalam macam-macam menu..
ReplyDeleteSemua menu nampak sedap tau Kinah..
ReplyDeleteMenarik dekorasi cafe dengan food plating ni. ala vintage rustic sikit kan. menu pun nampak sedap sedap semuanya
ReplyDeleteDekorasi yang menarik dan selesa.. Menu pun pelbagai.. Ada rezeki, bolehlah mencuba..
ReplyDelete