Bawak Thahirah Main Layang-Layang di Taman Metropolitan Kepong

Bawak Thahirah Main Layang-Layang di Taman Metropolitan Kepong | Dah lama Thahirah request nak layang-layang. Nak buat sendiri memang boleh, tapi bahan utamanya, buluh pulak takde. Jadi, kami tangguhkan dulu hasratnya nak buat layang-layang. Kebetulan balik dari UTC Pudu, nak bawak Thahirah main ke Taman Tasik Perdana tu, tapi tutup pulak sebab ada pembinaan kat situ. Yop kata kita cari tempat lain. 
Bawak Thahirah Main Layang-Layang di Taman Metropolitan Kepong
Bawak Thahirah Main Layang-Layang di Taman Metropolitan Kepong
Akhirnya hari Khamis hari tu sampai juga kami ke Taman Layang-Layang @ Taman Metropolitan Kepong. Luas jugak ye tempatnya, tapi kami tak explore habis pun. Kami ke sini nak bawak Thahirah main layang-layang je. Dah itu yang dia nak. Mungkin next time boleh ke sini lagi untuk explore.
Bawak Thahirah Main Layang-Layang di Taman Metropolitan Kepong
Bawak Thahirah Main Layang-Layang di Taman Metropolitan Kepong
Sampai je ke Taman Layang-Layang Kepong tu, Thahirah dah mula rambang mata nak pilih layang-layang yang mana. Last dia pilih The Little Pony, dalam RM8.00 jugak la harganya. Ok la harga tu.

Masa mula kami nak naikkan layang-layang, angin tak ada lagi. Dalam 10 minit kemudian baru la ada angin. Bila layang-layang naik, seronok betul dia. Kita yang tua ni pun teruja sebab dah lama tak main haha.
Bawak Thahirah Main Layang-Layang di Taman Metropolitan Kepong
Bawak Thahirah Main Layang-Layang di Taman Metropolitan Kepong
Agak lama jugak kami kat situ. Setengah jam kemudian kami gerak balik rumah sebab dah mendung. Sampai je kat rumah, geng main Thahirah dah ramai depan rumah, apa lagi diorang sambung main kat depan rumah tu. Thahirah siap ajak kawan-kawan dia main layang-layang. Faham-faham je la, kawasan perumahan ni angin pun sekejap ada sekejap takde.

Anak-anak main, kami mak-mak pun borak la. Jiran kinah kata kat kedai Eco rupanya ada jual layang-layang hmm kalau tau ada jual kat sana tak payah la beli kat taman tu haha. Takpela yang penting janji pada Thahirah dah ditunaikan.




Post a Comment

4 Comments

  1. smlm tengok ada orang tu beli layang2 bukan main besar kat Ninso

    ReplyDelete
  2. memang best main layang2 ni. kalau dulu-dulu, bleh main kat bendang time angin kuat. hehe

    ReplyDelete
  3. syoknya Thahirah main layang2 tuu dan seronok dapat riadah sambil keluar peluh

    ReplyDelete
  4. Wahh dah lama tak main layang layang. Takde skill orang kata hahaha

    ReplyDelete