Hari Pertama Thahirah Ke Sekolah | News feed Facebook hari ni penuh dengan cerita hari pertama anak-anak ke sekolah. Kinah pun tak terkecuali untuk kongsi gambar Thahirah semasa di sekolah. Alhamdulillah, pada hari pertama ni takde lagi drama. Tak tau la nanti. Harapnya semangat dia tu sampai hujung tahun la.
Malam sebelumnya dah pesan pada dia supaya bangun awal. Memang awal dia bangun. Cuma bila suruh mandi tu dia macam nak elak. Tapi bila pujuk elok, dia ok dan terus bersiap. Disebabkan sekolah tak jauh pun dari rumah, kinah hantar dia jalan kaki je. Ok la boleh excercise hehe. Sepatutnya hari first ni ayah dia pun nak ikut, tapi disebabkan ada kes di tempat kerja, jadi lambat sikit.
Masa sampai sekolah, punya dia excited. "Yeay dah sampai sekolah kakak". Lepas hantar dia, intai sekejap tepi tingkap. Rupanya masa tu dia tengah sarapan. Selera betul dia makan. Bila suruh makan kat rumah, tak nak pulak dia. Seronok la tu ada kawan-kawan. Bila nampak dia ok je kat sekolah, kami berdua pun balik dan pergi sarapan dulu. Kemudian nak pergi tempah baju pulak untuk kenduri sepupu bulan Februari nanti. Sekali sekala pergi dating haha.
Masa on the way nak pergi tempah baju dapat mesej dari cikgu di Whatsapp group sekolah. Bagitahu hari ni anak-anak balik awal. Sepatutnya waktu persekolahan tamat pada pukul 12.00 tengahari.
Sempat jugakla cikgu hantar gambar semasa Thahirah kat sekolah.
Lepas hantar baju berdesup kami pergi ke sekolah semula.
Sampai sekolah, waktu persekolahan akan tamat dalam beberapa minit lagi. Ibu bapa pun dah ramai yang datang. Bila cukup masa pagar dibuka. Tengok Thahirah sebelah pakai stokin sebelah tak hahaha. Alahai anak. Rupanya stokin sebelah lagi ada dalam beg sekolah. Hari pertama sekolah kan, macam-macam hal. Mujurlah takde barang yang hilang. Good girl. Pandai jaga barang sendiri dan kenal mana satu barang sendiri.
Tak tau la hari-hari yang akan datang, harap terus kekal la ye. Besar dah anak ibu.
6 Comments
Wah..Thahirah dh masuk tadika la...mesti seronok dia kan..
ReplyDeleteamboii seronoh dia g sekolah ye... alhamdulillah thahirah hebat tak menangis...
ReplyDeleteAlhamdulillah thahirah dah school... :)
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Senyum ceria dia, comey sangat 😍
ReplyDeleteBagusnya thahirah. Suka pergi school ye. Pandai makan semua. Semoga jadi anak yg berjaya duNia akhirat
ReplyDeletebijak ni anak ni nanti...
ReplyDelete