Majlis Hi-Tea Bersama Media Di The Beauty Expert Academy Spa Cheras | Kalau korang perasan di Instagram kinah, kinah ada upload beberapa keping gambar ketika kinah menghadiri sesi minum petang bersama media bloggers di The Beauty Expert Academy Spa Cheras atau dalam bahasa Inggeris nya Hi-Tea With Media Bloggers. So far pada hari tu, majlis berlangsung dengan jayanya tau.
Majlis Hi-Tea Bersama Media Di The Beauty Expert Academy Spa Cheras
Majlis Hi-Tea Bersama Media Di The Beauty Expert Academy Spa Cheras |
Kalau korang masih ingat lagi kinah pernah buat facial di spa terbaik di Cheras ni tau. Kalau korang nak baca pengalaman kinah dengan Aesthetic Spa terbaik di Kuala Lumpur ni bolehlah baca di The Beauty Expert Academy Spa Paling Best di Cheras
Berbalik semula kepada majlis Hi-Tea yang diadakan pada 9 Februari 2020 yang lepas, tujuan majlis Hi-Tea ini diadakan adalah bertujuan untuk menguar-uarkan lagi servis dan perkhidmatan yang disediakan oleh The Beauty Expert Academy Spa Cheras. Selain tu, ada la beberapa aktiviti yang disediakan untuk kami. Kiranya hari tu just for fun.
Majlis Hi-Tea Bersama Media Di The Beauty Expert Academy Spa Cheras |
Majlis Hi-Tea Bersama Media Di The Beauty Expert Academy Spa Cheras |
Majlis Hi-Tea Bersama Media Di The Beauty Expert Academy Spa Cheras |
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah sesi soal jawab bersama Puan Mastura, ada slot fun game, potong kek dan paling kinah tak lupa ada sesi tutorial terapi tangan dengan menggunakan garam bukit dan air mawar. Memang rasa happening sangat pada hari tu dengan kami mengenakan busana tema Black & Gold.
Oh ye, selain aktiviti yang fun, ada jugak slot perkongsian mengenai produk info dan servis yang ada di sini. Mesti korang teruja nak tahu produk dan servis yang ada di spa terbaik di Cheras ni kan. Hehe sabar ye...
Sejarah Ringkas The Beauty Expert Academy Spa Cheras
Majlis Hi-Tea Bersama Media Di The Beauty Expert Academy Spa Cheras |
Jika korang berminat untuk belajar mengenai kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran seperti Aesthetic and spa theraphy bolehlah datang ke The Beauty Expert Spa Cheras ni dan korang akan dibimbing sepenuhnya secara teori dan praktikal oleh Puan Mastura sendiri.
Servis Popular di The Beauty Expert Academy Spa Cheras
Mesti korang excited nak tahu servis yang popular di The Beauty Expert Academy Spa Cheras kan kan.Sebelum kinah cerita servis yang popular di spa terbaik di Cheras ni, kalau korang nak tahu mereka menyediakan servis Aesthetic dan Tradisional Spa. Buat pengetahuan semua, Aesthethic adalah servis perawatan dan penjagaan muka yang mana mereka menggunakan teknologi terkini dalam perawatan muka.
Manakala tradisional spa lebih kepada terapi badan, kaki, dan tangan seperti mandi bunga, mandian aura, skrub dan juga mask badan. Apa yang menarik dengan spa ni ianya merupakan Aesthetic Spa #1 Tanpa Injection tau. Walaupun tidak menggunakan sebarang injection namun hasil rawatan di spa ni setanding dengan hasil injection malah lebih baik dari tu.
Antara servis yang mendapat permintaan tinggi di The Beauty Expert Academy Spa Cheras ialah Sulam Bedak Kristal, Phyto-White, Bio-Dermagun, Placentex, Micronano Oxygen, Boost Uplifting, Lift Up eye treatment, Fat Busting treatmemt dan Hot Derox Blanket. Selain tu, korang boleh je buat facial treatment, body treatment, postnatal service, bridal spa package (untuk bakal pengantin) mandian badan dan foot treatment. Banyak pilihan bukan..
Rawatan Sulam Bedak
Jom kinah cerita serba ringkas mengenai sulam bedak kristal. Ada yang dah tau, dan ada juga yang belum tahu mengenai apa itu sulam bedak. Kalau korang nak tahu, rawatan sulam bedak mampu membuatkan kulit wajah kita nampak lebih cerah dan sekata selepas buat rawatan dengan serta merta. Kesan sulam bedak yang semi kekal ini mampu bertahan selama 2 hingga 3 bulan tau.Apa yang penting sulam bedak yang dijalankan di Aesthetic Spa terbaik di Kuala Lumpur ni tidak menggunakan sebarang injection sebaliknya permukaan kulit akan dipolish secara halus tanpa menyakitkan dan tiada pendarahan. So, korang yang ada plan untuk buat sulam bedak bolehlah guna khidmat servis sulam bedak di Cheras ni. Selepas buat rawatan sulam bedak ni, ada pantang larang selepas sulam bedak. Kebiasaannya, kita diingatkan untuk tidak menggunakan sebarang skincare untuk beberapa hari.
Rawatan Bio-Dermagun
Manakala rawatan bio-dermagun pula melibatkan Crystal Tytanium transdermal yang tidak menyakitkan dari Asid hyaluronik, vitamin, enzim dan amino acid akan meresap ke dalam kulit untuk memastikan sel-sel kulit terhidrat dan terpelihara serta memulihkan tona dan juga keanjalan kulit muka.Rawatan Placentex
Kalau korang nak tahu, rawatan placentex ni baru saja masuk ke spa terbaik di Cheras ni tau. Walaupun baru saja diperkenalkan di spa ni, rawatan ni menerima permintaan yang sangat tinggi dalam kalangan pelanggan tau. Hmm apa dia rawatan placentex ni ye? Buat pengetahuan semua, rawatan placentex ini menggunakan DNA SALMON untuk merawat sehingga ke akar umbi kulit wajah korang disamping membaikpulih sel kulit yang rosak dan tidak baik.Setakat tu saja kinah nak cerita mengenai servis yang terdapat di Aesthetic Spa terbaik di Kuala Lumpur ni. Kalau diikutkan sebenarnya ada lagi servis dan perkhidmatan yang ada di sini. Tapi tak best la nak cerita semua kat sini, korang kena la pergi sendiri ke spa ni.
Majlis Hi-Tea Bersama Media Di The Beauty Expert Academy Spa Cheras |
Majlis Hi-Tea Bersama Media Di The Beauty Expert Academy Spa Cheras |
Jika korang nak tahu lebih lanjut mengenai servis, perkhidmatan dan produk Royal Q Asia korang boleh layari laman sosial mereka iaitu Facebook dan Instagram. Atau nak lagi mudah terus saja ke The Beauty Expert Spa Cheras di No 14 B, Jalan Suadani ½. Bandar Tun Hussien Onn, 43200 Cheras Kuala Lumpur
3 Comments
happy time
ReplyDeleteeh !! eh !! saya di situ.. hee~ terbayang nasi lemak haritu wak.. lapar kite..
ReplyDeleteMacam-macam rawatan ada. harga pun berpatutan. TQ share
ReplyDelete