Resipi Rendang Daging: Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah Bersama Ayam Brand! | 1 Syawal akan menjelang tiba dan rendang sudah pasti akan menjadi antara juadah utama di hari raya nanti. Rendang ni enak dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau roti. Kalau kinah, semestinya makan rendang dengan nasi impit air tangan mak kinah. Hmm rindunya..
Rendang merupakan hidangan daging bersantan yang begitu kaya dengan rempah ratusnya. Ianya dimasak perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga dikeringkan. Bagi rakyat Malaysia, rendang adalah juadah istimewa setara dengan masakan ibu di rumah.
Kepelbagaian Rasa dan Tekstur Rendang
Setiap negeri di Malaysia mempunyai versi rendangnya tersendiri, seperti di negeri Perak dengan Rendang Tok, Kelantan dengan Kerutuk, Pahang dengan Opor dan Johor dengan Rendang Ayam Johor. Bukan itu sahaja, setiap keluarga juga mempunyai resipi istimewa masing-masing dalam membuat rendang.
Rendang Bagi Yang Baru Mencuba
Bagi yang baru hendak mencuba memasak rendang, bagaimna menghasilkan rendang yang enak dan digemari keluarga serta rakan taulan?
Sebenarnya, apa yang membuatkan sesuatu rendang itu enak adalah empat komponen iaitu rempah ratus, pes, daging dan bahan asasnya iaitu santan kelapa berkrim.
Bagi membantu menghasilkan juadah yang setara dengan masakan ibu dan mencipta tradisi rendang korang sendiri, Ayam Brand™ telah menghasilkan satu resipi rendang khas bagi yang baru mencuba memasak rendang. Resipi yang disediakan ni korang boleh ubah sesuai dengan peningkatan skill yang korang ada untuk masak rendang ni. Jadikan resipi korang lebih unik dengan mencuba gabungan rempah ratus, ramuan pes dan daging kegemaran (daging lembu, ayam, itik, kambing) yang berbeza. Juga jangan lupa menggunakan santan kelapa yang terbaik.
Bagi menghasilkan rendang yang sedap dan unik semestinya menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand. Ketulenan dan kualitinya yang kaya berkrim benar-benar membuatkan kerja menjadi mudah. Produk Ayam Brand kini dijual dalam tiga pilihan iaitu Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45% kurang lemak) dan Coconut Milk Super Light (75% kurang lemak berbanding Ayam Brand Coconut Milk). Terpulanglah pada korang nak guna yang mana. Korang boleh dapatkan lebih banyak lagi resipi di Resipi Ramadan dan Hari Raya Ayam Brand™
Resipi Rendang Daging
Tempoh memasak: 2 jam
Hidangan: 8 Orang
Bahan-bahan yang diperlukan
Rempah
3 bunga cengkih
3 bunga lawang
3 buah pelaga
2 asam jawa
5 daun limau purut dihiris halus
8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan)
1 batang kayu manis
1 sudu besar gula melaka secukup rasa
Garam secukup rasa
Pes (kisar halus)
2.5cm lengkuas, dihiris
3 batang serai, akar sahaja, dihiris
7 ulas bawang putih, dihiris
6 bawang merah, dihiris
2.5cm halia, dihiris
12 cili kering, dibuang biji dan dihiris
Daging
1kg daging lembu, dipotong kiub
Santan Kelapa
1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda
Minyak untuk menggoreng
1 cawan air
Kisar bahan pes menggunakan blender.
Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah.
Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih.
Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.
Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka.
Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah.
Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering.
Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan.
Apakah Resipi Istimewa Rendang Anda
Hadiah-hadiah menarik menanti korang! Masak rendang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand dan upload ke Instagram ataupun Facebook. Tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook dan jangan lupa gunakan hashtag #beRAYAmbrand dan biar semua orang tahu ‘Apa Rahsia Rendang Anda’. Peraduan ini bermula pada 6 April dan berakhir pada 31 Mei dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!
3 Comments
Sedapnya rendang makan time berbuka kan, lebih sedap masak dengan ayam brand tu...Sis pun dah mencubanya...so apa rahsia rendang anda pula? Hehehehe
ReplyDeleteIbu ni memang masak sedap..syukuri nikmat
ReplyDeletetime time nak berbuka ni ternampak pulak rendang aduiii
ReplyDelete