6 Khasiat Kurma Ajwa Asli Madinah Atau Kurma Nabi Keluaran Rihura

6 Khasiat Kurma Ajwa Asli Madinah Atau Kurma Nabi Keluaran Rihura | Setiap kali bulan Ramadhan tiba, kinah akan cari stok kurma untuk berbuka puasa. Entah kenapa tahun ni, tetiba tekak nak cuba makan kurma ajwa pulak. Nak keluar pada masa PKP ni memang tak la. Sebab nak pergi kedai pun berbaris panjang yamg amat semata-mata nak beli kurma je, memang surrender la.

Kurma ajwa, kurma ajwa asli madinah, khasiat kurma ajwa, pembekal kurma ajwa, kurma ajwa rihura

Sepertimana yang kita semua tahu, kurma merupakan makanan sunnah yang biasa kita amalkan ketika bersahur dan berbuka puasa kerana ianya dapat membekalkan tenaga sepanjang hari kita berpuasa. Apa yang uniknya dengan kurma ajwa atau lebih dikenali sebagai kurma nabi ni ianya begitu banyak manfaat jika dibandingkan dengan kurma yang lain. Jadi, tak hairanlah kurma ajwa mendapat permintaan yang tinggi di seluruh dunia.


Ciri-Ciri Pada Kurma Ajwa

Kalau korang nak kenal pasti kurma ajwa ni macam mana, kurma ajwa ni warnanya coklat gelap seperti warna hitam, isinya pula tebal dan bersaiz kecil. Selain tu, kurma ajwa ni mempunyai tekstur yang lembut, berair serta tak terlalu manis berbanding dengan kurma yang lain. Disebabkan tak terlalu manis la, kinah beria-ia nak kurma ajwa ni. Kinah kan kantoi masa minum air gula aritu. Jadi, kita carila kurma yang kurang manis. Ada terbaca satu artikel, daripada mana kinah tak ingat, wanita yang sedang mengandung elok amalkan kurma ajwa ni.


Khasiat dan Kelebihan Yang Ada Pada Kurma Ajwa 

Kurma ajwa asli madinah, kurma ajwa, kurma nabi, khasiat kurma ajwa asli, khasiat kurma nabi, kurma.ajwa asli rihura

1. Khasiat kepada ibu yang sedang hamil dan menyusukan anak

Sepertimana yang kinah bagitahu di atas, kurma ajwa sangat bagus diamalkan pada wanita yang sedang hamil serta ibu yang menyusukan anak.  Bagi ibu yang sedang hamil, kurma ajwa dikatakan dapat membantu mencegah anemia kerana kurma ajwa mengandungi zat besi yang tinggi.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Journal of Environmental & Analytical Toxicology mendapati bahawa kurma ajwa juga membantu meningkatkan pengeluaran susu badan dan  melindungi tubuh ibu-ibu daripada penyakit dan jangkitan. 

2. Melancarkan sistem penghadaman

Setiap kali pada bulan puasa, pastinya kita akan mengalami masalah penghadaman seperti sembelit kerana waktu makan kita telah berubah serta kekurangan air pada siang hari. Disebabkan itu, kita begitu digalakkan untuk mengamalkan kurma ajwa terutama pada bulan puasa ni kerana dipercayai kandungan serat yang dijumpai pada kurma ajwa dapat melancarkan sistem pencernaan seterusnya membolehkan usus kita berfungsi dengan lebih baik.

3. Sesuai diamalkan bagi pesakit diabetis

Mereka yang menghidap diabetis atau kencing manis amat sesuai mengamalkan kurma ajwa ni kerana kandungan gula di dalamnya hanyalah monosakarida iaitu komposisi gula yang tak perlu diuraikan lagi. Jadi, sesuai sangatlah bagi mereka yang menghidap diabetis tahap 2. 

4. Membantu Meningkatkan Kesuburan

Buat pengetahuan semua, kurma ajwa ni juga dapat meningkatkan kesuburan tak kira la lelaki mahupun wanita yang mana kandungan hormon botosin dapat meningkatkan kesihatan rahim wanita. Manakala, bagi lelaki pula dapat meningkatkan kualiti sperma yang mana kurma tersebut mengandungi estradiol dan flanavoid dalam kuantiti yang banyak.

5. Melindungi daripada jangkitan

Kurma ajwa ni kalau korang nak tahu mengandungi flanavoid dan glycoside yang dapat membekalkan antioksidan kepada badan kita. Antioksidan ini lah yang akan membantu melindungi badan kita daripada sebarang jangkitan penyakit, meningkatkan kesihatan jantung serta bersifat anti-kanser. 

Oh ye, kurma ajwa juga kaya dengan zat magnesium iaitu mineral untuk zat anti-radang yang tertinggi setanding dengan ubat-ubatan seperti aspirin dan juga ibuprofen.


6. Mengurangkan Tekanan Darah

Bagi mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, apa kata cuba dahulu kurma ajwa ni. Dipercayai kurma ajwa kaya dengan kandungan magnesium yang mana jika diamalkan dapat membantu menurunkan tekanan darah tu.


Harga Semasa Kurma Ajwa

Kurma ajwa asli madinah, kurma ajwa, kurma nabi, khasiat kurma ajwa asli, khasiat kurma nabi, kurma.ajwa asli rihura

Disebabkan kurma ajwa kini mendapat permintaan yang tinggi di seluruh negara terutama di bulan Ramadhan, harganya boleh mencecah lebih RM100.00. Tapi, ianya bergantung jugak pada gred kualiti kurma ajwa tersebut. Tapi, kalau korang jumpa harga kurma ajwa jauh lebih murah, lebih baik berhati-hati kerana bimbang kurma tersebut adalah tiruan ataupun telah dicampur dengan kurma lain.


Kurma ajwa asli madinah, kurma ajwa, kurma nabi, khasiat kurma ajwa asli, khasiat kurma nabi, kurma.ajwa asli rihura

Hmm lepas ni tak payah nak risau dengan kurma ajwa tiruan bagai sebabnya korang boleh dapatkan kurma ajwa asli Madinah keluaran Rihura. Kinah dah try dah kurma ajwa asli madinah Rihura ni tau. Saiznya lebih besar, sedap dan mengeyangkan. Dah nak habis dah satu bungkus tu. Memang puas hati la sapa yang beli kurma ajwa asli Madinah Rihura ni.

Jika kita amalkan kurma ajwa asli Madinah ni, pelbagai khasiat yang akan kita peroleh. Antaranya ialah
  1. Hindari segala jenis penyakit dan racun (jadikan amalan makan ajwa ini) 
  2. Tingkatkan tenaga sepanjang hari bekerja
  3. Sesuai utk ibu mengandung, wanita ikhtiar hamil 
  4. Banyakkan susu badan
  5. Suburkan kaum lelaki
  6. Kuatkan rambut, tulang dan gigi
  7. Lebatkan rambut anak
  8. Meransang pertumbuhan minda dan otak
  9. Anak lebih cerdas dan bijak
  10. Menghalang racun dalam badan
  11. Mengeluarkan santau, sihir, penyakit misteri, buatan orang dari tubuh
  12. Melancarkan sistem pencernaan dan lawas
  13. Penuhi nutrisi tubuh badan (kuatkan antibodi)
  14. Meningkatkan stamina utk ibu mengandung bersalin

Korang yang nak cuba kurma ajwa asli Madinah Rihura ni, bolehlah pilih ikut kuantiti yang korang nak.

Kurma ajwa asli madinah, kurma ajwa, kurma nabi, khasiat kurma ajwa asli, khasiat kurma nabi, kurma.ajwa asli rihura

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kurma ajwa asli Madinah keluaran Rihura, boleh layari ke Facebook page Rihura official atau boleh whatsapp terus ke nombor 

Post a Comment

6 Comments

  1. Suka kurma ajwa. lembut dan tak manis.

    ReplyDelete
  2. Kurma paling sedap nie.. kalau berbuka puasa tak kena ajwa rse tak lengkap je

    ReplyDelete
  3. Sekali-sekala ada beli kurma nabi sbb kualitinya bagus. Cuma harga tu mahal la. Bln posa lps abe kie dpt empat kotak kurma hasil pemberian NGO n wakil rakyat. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. SELAMAT HARI RAYA!!! menarikla :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. wah, banyaknya kebaikan kurma madinah ni. paling best boleh lancarkan sistem penghadaman, no more sembelit ni kalau makan kurma ni. suka suka.

    ReplyDelete