Vits Lancar Kempen Bantuan Derma Pakaian Perlindungan Diri (PPE) Untuk Hospital Kuala Lumpur

Vits Lancar Kempen Bantuan Derma Pakaian Perlindungan Diri (PPE) Untuk Hospital Kuala Lumpur | Vit Makanan merupakan pengeluar dan pengilang jenama Vits yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 baru-baru ini telah mengambil inisiatif murni bagi bersama-sama membantu menangani masalah Covid 19 yang telah melanda Malaysia dan merebak secara globalnya ke seluruh negara.

Bantuan Covid-19, Vit Makanan, Vits Noodle, Aglio Olio, Bolognese

Semenjak 18 Mac di mana bermulanya Yab Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia memutuskan perintah kawalan pergerakkan (PKP), Vit Makanan telah merangka pelan bagi membantu golongan masyarakat sebagai tanda menyumbang semula kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vits ini semenjak 1975 sehingga kini.

Bantuan Covid-19, Vit Makanan, Vits Noodle, Aglio Olio, Bolognese

Bantuan Covid-19, Vit Makanan, Vits Noodle, Aglio Olio, Bolognese

Bantuan Covid-19, Vit Makanan, Vits Noodle, Aglio Olio, Bolognese

Antaranya dengan memberi agihan makanan kepada pasukan ‘frontliners” “roadblock’, balai polis, balai bomba dan juga pusat kawalan Covid 19 di Hospital Kuala Lumpur.

Selain dari itu juga Vit Makanan telah menubuhkah program bantuan makanan untuk warga emas di seluruh Malaysia. Semenjak 18 Mac 2020 sehingga kini seramai 500 warga emas telah menerima bantuan makanan ini, di mana mereka ini tidak mampu untuk keluar di atas faktor kesihatan, uzur dan sebagainya.

Bantuan Covid-19, Vit Makanan, Vits Noodle, Aglio Olio, Bolognese

Bantuan Covid-19, Vit Makanan, Vits Noodle, Aglio Olio, Bolognese

Selain dari memfokuskan kepada warga emas serta barisan hadapan “frontliners” dengan bantuan makanan, Vit Makanan juga telah menyumbang sejumlah pakaian PPE untuk Covid Team Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Vit Makanan sendiri, Malaysia Noodlesman atau Mr YT Lai kepada bahagian Farmasi Hospital Kuala Lumpur untuk pasukan gerakan Covid19. Ini merupakan penghantaran yang pertama dari kami dimana, kami telah memesan sejumlah “isolation gown” dari pembekal untuk penghantaran bantuan kedua yang dijangka siap pada minggu hadapan kerana keperluan mereka adalah 20 000 helai “isolation gown’ sebulan, kata Mr YT Lai.

Vits juga menjemput orang ramai untuk sama-sama menyokong program murni ini dengan menghasilkan produk makanan menu terbaru Vits Italian Mi Goreng perisa Bolognese dan Aglio Olio. Hasil jualan dari produk ini akan didermakan terus kepada pembelian “Isolation gown” dan akan didermakan kepada pasukan gerakan Covid19 Hospital Kuala Lumpur. Vits berharap agar rakyat Malaysia sama-sama dapat membantu dalam gerakan membanteras virus berbahaya ini.

VITS ITALIAN MI GORENG BOLOGNESE & AGLIO OLIO

Bantuan Covid-19, Vit Makanan, Vits Noodle, Aglio Olio, Bolognese

Mi Goreng Bolognese ini adalah hasil mi goreng yang diilhamkan oleh menu klasik Itali. Memperkenalkan mi goreng bolognese yang dibuat dari buah tomato segar minyak zaitun premium dan campuran kemangi asli menambah aura masakan Itali. Bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli.

Bantuan Covid-19, Vit Makanan, Vits Noodle, Aglio Olio, Bolognese

Mi Goreng Aglio Olio Itali adalah hasil gabungan mi goreng dari menu klasik Itali. Memperkenalkan Aglio Olio goreng Vit yang terbuat dari minyak zaitun premium dan campuran ramuan dan rempah asli. Selain campuran ini, kami menyediakan campuran bawang putih, cabai dan daun pasli tambahan untuk menambah aura masakan Itali. bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli.

Untuk bersama-sama membeli dan menderma untuk program ini, klik link di bawah.

https://shopee.com.my/Vits-Italian-Mi-Goreng-Bolognese-Pack
https://shopee.com.my/Vits-Italian-Mi-Goreng-Aglio-Olio-Pack

Bantuan Covid-19, Vit Makanan, Vits Noodle, Aglio Olio, Bolognese

Post a Comment

2 Comments

  1. Assalamualaikum. Wow bagusnya inisiatif ni. Ramai juga yag terputus bekalan bahan sejak PKP ni.

    ReplyDelete