Jalan-Jalan Mencari Langos Di Bota Kanan Perak | Sejak PM umumkan dah boleh merentas antara negeri, tempat pertama yang kami tuju semestinya balik rumah mak ayah dulu. Lama tak dapat balik jumpa deme disebabkan Covid-19 ni ha. Thahirah pun dah bisimg bila boleh balik rumah opah. Alhamdulillah, dapat juga balik. Lepas balik rumah mak, pada minggu hadapannya pulak kami kembali ke Perak semula tapi dengan misi mencari Langos yang semakin popular selepas kisahnya ditayangkan di Majalah 3.
Asalnya kinah memang dah lupa pasal Langos tu. Entah macam mana muncul pulak dalam satu page di Fb, tag kat Yop kemudian hujung minggu tu diajaknya kita mencari Langos. Dari Hulu Selangor ke Bota Kanan kalau ikut google maps tu dalam sejam atau dua jam jugakla dan ikut juga berapa km korang pecut. Dah jalan kampung, tak payahlah nak bawak laju. Keadaan jalan pun ada yang tak ok. Bahaya.....
Sebelum kami bertolak, kami whatsapp dulu, tanya sama ada mereka berniaga ataupun tidak, nanti kalau main terjah je tak berniaga pulak, kempunan kite nak makan Langos. Nak tahu location diorang berniaga, betul-betul depan jalan. Korang guna google maps je. InsyaAllah jumpa.
Sangat mudah la nak cari. Masa kami sampai tu, punyalah panjang beratur, masing-masing tak nak lepaskan peluang untuk mecuba Langos yang viral tu.
Macam biasa, tukang yang membelinya semestinya Yop. Iyela dah panjang gitu beraturnya, takkan la dia nak biarkan bini dia makin sarat ni beli sendiri hahaha. So, dah dia menyanggup nak beratur, terima kasih yer bang.
Setelah sekian lama beratur, akhirnya dapat juga Langos yang diidamkan sekali dengan Cendol Nyakor dibelinya. Yop kalau dia beli dan ada tester, dia laju je nak cuba.
Langos Sour Cream Cheese
Langos Bawang Putih Minyak Zaiton
Cendol Nyakor |
Akhirnya Yop grab 3 keping Langos Sour Cream Cheese dan 2 keping Langos Bawang Putih Minyak Zaiton. Selain 2 perisa ni, ada juga perisa lain seperti sekaya power, coklat leleh, dan sambal bilis rangup. Dah orang beli perisa tu kite bedal je hahah.
Korang yang nak tahu langos tu rasa macam mana, rasa dia macam cakoi. Cuma beza langos dengan cakoi, cakoi kita makan sekali dengan sekaya je ataupun kinah selalu makan macam tu je. Tapi langos ni kita boleh makan dengan pelbagai perisa seperti yang kinah cerita tadi. Kinah suka dengan Langos Sour Cream Cheese tu. Puas hati makan.
Korang yang teringin nak cuba Langos ni boleh ke Bota Kanan, deme ni buka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja di hadapan rumah mereka di alamat Batu 14, 3/4 Kg Telok Bakong, Bota Kanan, Perak
Waktu perniagaan dari pukul 3.00pm sehingga 6.30pm.
Untuk maklumat lanjut mengenai langos, korang boleh whatsapp nombor ni 0195676689
10 Comments
Macam sedap nampaknya..berbaloi beratur panjang
ReplyDeleteKalau turun Bota nanti boleh cuba Langos ni. Kinah recommend cuba yang sour cream cheese tu cikgu badar.
Deleteuiii..beratur panjang. akak ada tengok gak masa tv3 tayang pasal langos ni. tapi nak mencari ni, kalau kebetulan nak ke bota kanan boleh la cari. saja2 nak pi, mr hubby akak tak baper nak rajin. hehe.
ReplyDeleteHehe kinah pun tak berapa rajin sebenarnya kak fiez. Ni pun alang-alang nak turun ke Taiping kitorang lencong dulu ke Bota hahah
DeleteEntahle kak diana. Kinah pun tak pernah lagi try makan cakoi dengan kuah kacang. Boleh try nanti ni hehe
ReplyDeleteKalau di JB, ada kedai cakoi viral yg jual macam2 flavor untuk cakoi, agaknya kalau soh dia tarnsform jadi langos, mesti jadi yek
ReplyDeleteapa dia langos tu ye.. mama kena try ni
ReplyDeleteharap makanan ini dijual di kelantan gak. nak try gak la....
ReplyDeleteTak pernah pula tahu nie.. tp mmg nampak sedap lah
ReplyDeleteSedapnya nampak cendol tu..terliur
ReplyDelete