Lindungi Kulit Dari Sinaran UV Dengan Sunscreen Daily Defender Dan Sunblox Keluaran Nuvit

Lindungi Kulit Dari Sinaran UV Dengan Sunscreen Daily Defender Dan Minuman Sunblox Keluaran Nuvit | Walaupun kini kita masih berada dalam fasa PKPB, ada juga diantara kita yang telah mula bekerja seperti biasa, dan ada juga yang masih bekerja dari rumah saja. Bagi mereka yang telah mula bekerja, mereka seringkali terdedah dengan sinaran ultraviolet (uv) yang mana jika dibiarkan terdedah secara berlebihan akan merosakkan kulit. Tambahan pula keadaan cuaca sekarang ni yang tak menentu, perlindungan untuk kulit seperti sunblock atau sunscreen adalah sangat penting ye.

Apa Itu Sinaran Ultraviolet (UV)

Bagi memahami dengan lebih jelas lagi mengenai sinaran ultraviolet ni, kinah ada rujuk dengan wikipedia apa itu sinaran ultraviolet. Sinaran ultraviolet atau sinar ultraungu atau lebih tepat lagi ultralembayung merupakan sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek dari cahaya nampak. Panjang gelombang untuk sinar uv adalah antara 200-400 nm, dan bertenaga dari 3 ev hingga 124 ev. 

Terdapat tiga rantau spektrum pada sinaran masuk UV. Ia diklasifikasikan sebagai UVA (320 - 400 nm), UVB (290 - 320 nm) dan UVC (100 – 280 nm). Gelombang rantau spektrum yang lebih pendek, UVC, boleh diabaikan pada permukaan bumi memandangkan ia paling diserap oleh ozon di stratosfera. Justeru, kandungan utama sinaran UV yang sampai ke permukaan bumi adalah UVA dan UVB, dengan jumlah yang lebih kecil. 

Apabila cahaya matahari menembusi atmosfera bumi, kesemua UVC dan lebih kurang 90% UVB diserap oleh ozon, wap air, oksigen dan karbon dioksida. UVA amat kurang diserap oleh atmosfera. Oleh yang demikian, sinaran UV yang sampai ke permukaan Bumi kebanyakannya terdiri daripada UVA dan sejumlah kecil komponen UVB. Paras sinaran UV biasanya dipengaruhi oleh 3 faktor utama iaitu ketinggian matahari, latitud dan juga altitud. 


Bahaya Sinaran UV Kepada Kulit

Sinaran Ultraviolet, sinaran UV, bahaya sinaran UV kepada manusia, sunscreen, daily defender by Nuvit, Sunblox by Nuvit

Bunyi macam sedap je dengar sinaran uv ni, tapi korang kena tau betapa bahayanya sinaran ultraviolet jika terdedah terlalu lama tanpa sebarang perlindungan. Lagi teruk, lapisan ozon kini semakin hari semakin nipis disebabkan perbuatan manusia itu sendiri. 

Antara bahaya sinaran uv kepada kulit kita ialah: 

1. Sunburn dan Penuaan Kulit

Penuaan kulit pra-matang, sunburn atau erythema (kemerahan kulit) merupakan kesan-kesan yang seringkali berlaku akibat terdedah kepada sinaran UV. Pendedahan yang berpanjangan akan memberi kemudaratan serta membawa kerosakan kronik yang serius. 

2. Kanser Kulit Bukan Jenis Melanoma

Kanser kulit bukan jenis melanoma seperti karsinoma sel basal dan karsinoma sel squamous adalah kesan kronik sinaran uv yang boleh dirawat melalui pembedahan saja. Walaupun jarang membawa maut, ianya boleh menyebabkan kesakitan dan kecacatan kerana kebiasaannya kerosakan ni berlaku di bahagian kawasan badan yang lebih terdedah seperti telinga, muka, leher dan lengan.

3. Melanoma Malignan

Merupakan kanser paling dasyat dan juga punca utama kepada kematian akibat kanser kulit. Individu yang berkulit cerah, rambut berwarna merah atau cerah serta ambang erythema yang rendah selepas terdedah secara berterusan dengan sinaran uv lebih cenderung kepada kanser kronik ini.

4. Mata

Mata adalah sebahagian anggota badan yang sensitif dan bahagian yang sering terdedah dalam badan kita. Pendedahan sinaran UV terlalu lama boleh menyebabkan kesan seperti photo-keratitis dan photo-konjunctivitis, radang bola mata, dan kelopak mata. Walaupun kesan kedua-dua keadaan ni boleh diubah, ianya memberi komplikasi yang begitu menyakitkan.

Katarak turut terjadi akibat pendedahan cahaya matahari dan sinaran uv yang keterlaluan. Katarak juga boleh menyebabkan mata kita menjadi buta pada peringkat yang kronik.

5. Sistem Imun 

Terdapat kajian (tidak pasti daripada mana sumber) menunjukkan bahawa pendedahan sinaran uv boleh mengurangkan sistem pertahanan badan kita terhadap tumor kulit. Sistem pertahanan yang semakin merosot boleh meningkatkan jangkitan virus, bakteria, dan sebagainya disamping mengurangkan keberkesanan vaksin.

Hah rupanya banyak juga kesan sinaran uv ni kepada kita jika terdedah terlalu lama. Selama ni, kita pandang remeh je akan hal sebegini. Selepas ini, pastikan sebelum keluar rumah, pastikan diri kita telah dilindungi terlebih dahulu. 


Bagaimana Lindungi Kulit Dari Sinaran UV Yang Berbahaya

Sinaran Ultraviolet, sinaran UV, bahaya sinaran UV kepada manusia, sunscreen, daily defender by Nuvit, Sunblox by Nuvit

Bagaimana nak lindungi kulit dari sinaran uv ni? 

1. Pakai Pakaian Yang Sesuai

Pemilihan pakaian yang sesuai ketika berada di luar rumah ni penting tau. Seeloknya pilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik tenunan kerana ianya lebih sesuai untuk dipakai di bawah cahaya matahari. Selain tu, pakai pakaian yang berwarna gelap berbanding cerah. Jangan lupa bawa topi bersama bagi melindungi rambut daripada terik cahaya matahari.

2. Guna Cermin Mata Hitam

Jangan lupa bawa cermin mata hitam bersama ye apabila berada di luar. Pakai cermin mata hitam ni bukan saja nampak bergaya saja, malah ianya mampu melindungi mata dan kulit disekitar mata kita daripada rosak. 


3. Guna Sunscreen Pada Bahagian Badan yang Terdedah

Kinah yakin ramai diantara kita yang mengabaikan penggunaan sunscreen ni sebab rasa leceh nak guna tambah bila duduk di rumah je, buat apa nak pakai. Betul tak? Sebenarnya tanggapan tu salah tau sebab sinaran uv ni tetap juga boleh masuk dalam rumah melalui tingkap ataupun pintu.

Lindungi Kulit Dari Sinaran UV Dengan Sunscreen Daily Defender Dan Sunblox Keluaran Nuvit 

Sebelum mula PKP ni selalu bawak Thahirah keluar pergi main di taman, kekadang tu teman dia main dengan kawan-kawannya di luar rumah setiap petang. Jadi, sebelum lepaskan dia keluar bermain di luar kinah akan pastikan Thahirah pakai sunscreen terlebih dahulu. Walaupun sekarang ni PKPB dan aktiviti luar masih terbatas, kami tetap menggunakan sunscreen sebagai perlindungan.

Oh ye, baru-baru ni kinah diperkenalkan dengan produk khusus untuk perlindungan kulit ni tau. Apa yang menariknya produk ni bukannya satu tapi dua produk khusus perlindungan kulit dari sinaran uv iaitu sunscreen Daily Defender dan Minuman Kesihatan Sunblox keluaran Nuvit.

Nuvit Daily Defender SPF50+***(Lightweight Moisturising Sunscreen)

Korang yang tengah survey nak cari sunscreen yang tak berminyak dan tak melekit, Nuvit Daily Defender la jawapannya. Nuvit Daily Defender ni dengan SPF50+ dapat membantu melindungi kulit kita daripada sinaran cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit kita dan kesannya kinah dah cerita panjang lebar di atas tadi. Korang tak perlu risau dengan Nuvit Daily Defender ni, ianya selamat digunakan, lembut, tidak mengandungi alkohol, tidak mengandungi paraben dan bebas wangian. Apa yang pasti, ianya sesuai untuk semua jenis kulit.

Sinaran Ultraviolet, sinaran UV, bahaya sinaran UV kepada manusia, sunscreen, daily defender by Nuvit, Sunblox by Nuvit

Kelebihan Menggunakan Nuvit Daily Defender SPF50+***

Sebenarnya banyak kelebihan yang kita dapat bila kita konsisten menggunakan Nuvit Daily Defender SPF50+*** ni tau. Antaranya ialah
  • Dapat membantu mengurangkan kesan garis halus dan kedutan di wajah
  • Dapat membantu mencerahkan tona kulit yang tak sekata
  • Dapat membantu atau mengurangkan risiko menghidap kanser kulit

Cara Menggunakan Nuvit Daily Defender SPF50+***

Cara menggunakan krim perlindungan ni mudah je. Hanya sapu di kawasan yang sering terdedah seperti di kawasan tangan, dan muka terutamanya (elakkan sapu di kawasan mata)

Minuman Kesihatan Nuvit Sunblox

Sinaran Ultraviolet, sinaran UV, bahaya sinaran UV kepada manusia, sunscreen, daily defender by Nuvit, Sunblox by Nuvit
Nuvit Sunblox
Selain perlindungan luaran, dalaman pun jangan dilupakan. Selepas menggunakan Nuvit Daily Defender Sunscreen sebagai perlindungan sinaran UV dari luaran, boleh amalkan minuman kesihatan Sunblox dari Nuvit. Banyak kelebihan yang diperoleh apabila mengamalkan minuman Sunblox ini.

Nuvit Sunblox merupakan minuman kesihatan yang berperisa oren dan lemon yang mengandungi vitamin c, kolagen Tripeptide dan Nutrosun. Gabungan ketiga-tiga bahan ini dapat membantu melindungi dan memperbaiki kulit kita daripada kesan terbakar akibat panas matahari (sunburn) dan membantu mengurangkan masalah penuaan kulit.

Ramuan yang Digunakan Di Dalam Minuman Kesihatan Nuvit Sunblox

Kolagen ikan, Oligosakarida, Serbuk Oren, Vitamin C, NutroxSun™, Serbuk Lemon dan Ekstrak Polypodium Leucotomos.

Bahan Utama - NutroxSun™ adalah ramuan photoprotective eksklusif oral berdasarkan tumbuhan. Mengandungi dua bahan anti-oksidatif dan anti-radang, ekstrak Citrus dan ekstrak Rosemary. Dengan gabungan kedua-dua bahan ini, dapat membantu menghalang penuaan foto dengan menghalang pembentukan spesies oksigen radikal (ROS) dalam kulit. 

Kelebihan Mengamalkan Minuman Kesihatan Nuvit Sunblox

1. Mengurangkan kesan selaran matahari - NutroxSun™ dan Polypodium Leucotomos dapat mengurangkan kemerahan dan kegelapan kulit setelah terdedah kepada matahari.

2. Mengurangkan penuaan kulit - NutroxSun™ mengimbangi penjanaan spesies oksigen reaktif yang disebabkan oleh radiasi UV yang akan menyebabkan penuaan kulit pramatang.

3. Mengekalkan keanjalan kulit - Kandungan kolagen di dalam minuman Nuvit Sunblox dapat meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan.

4. Mengurangkan kerosakan kulit - Pendedahan kepada sinaran cahaya matahari boleh menyebabkan apoptosis sel, kerosakan DNA dan tumor kulit. Antioksidan seperti Vitamin C, NutroxSun™ dan Polypodium Leucotomos boleh membantu mencegah kerosakan kulit yang disebabkan oleh UV.

Cara Bancuh Minuman Kesihatan Nuvit Sunblox

Hanya campurkan 1 sachet dengan 180ml air bersuhu bilik, kemudian kacau campuran tadi sehingga larut. Korang digalakkan untuk mengambil Nuvit Sunblox hanya sekali sehari saja dan jangan lupa minum air kosong dengan mencukupi.

Gentle Reminder
Penggunaan Nuvit Sunblox dan juga pelindung matahari menawarkan perlindungan yang lengkap untuk kulit di bawah pendedahan matahari yang panjang.

Untuk dapatkan lebih maklumat mengenai kedua-dua produk perlindungan sinaran UV ni, bolehlah layari

Website : 

Facebook:


Post a Comment

2 Comments

  1. akak pun guna nuvit sunscreen ni. setakat ni mmg yg terbaik sebab tak melekit, tak berminyak. Selalu akak tak berapa suka guna sunblock sebab kebanyakan berminyak. Tak selesa nak guna. tapi dengan nuvit ni, suka sangat..

    ReplyDelete
  2. kena jaga kulit kita kan. jahat sinaran UV ni kalau terdedah berlebihan

    ReplyDelete