Kaki Kanan Dan Kiri Dah Mula Bengkak Semasa Mengandung, Apa Yang Perlu kita Buat

Kaki Kanan Dan Kiri Dah Mula Bengkak Semasa Mengandnung, Apa Yang Perlu kita Buat | Semasa menyiapkan tugasan akhir sebelum serah diri, tiba-tiba kaki sebelah kiri ni macam gatal dan rasa macam tebal. Gatal dia gatal yang agak luar biasa. Masa tu kinah cuma anggap ala gatal biasa-biasa je. Kaki kanan terus sental kaki kiri yang gatal tu.

Terdetik di hati nak tengok apesal la kaki ni makin lama gatal, sekali tengok alamak kaki dah mula bengkak. Selama kinah mengandung ni tak pernah lagi kaki ni bengkak tau. Ni baru kali pertama okeh. Masa mengandungkan Thahirah pun takde kejadian kaki bengkak gini. Jadinya pulak pada waktu malam.

Nak tak nak kena la mintak tolong pada yop untuk sapu ubat. Nak sapu sendiri, faham-faham je la. Dah tak sampai. Hanya sapu je minyak pada kaki yang bengkak tu, takde urut pun. Sambil menyiapkan kerja tu, kinah pun googgle punca kaki ni bengkak.

Kaki bengkak, kaki bengkak semasa mengandung, punca kaki bengkak, tips kurangkan bengkak di kaki

Hasil pencarian di google, kaki bengkak semasa mengandung ni adalah normal dan ianya biasa terjadi pada trimester ketiga. Ohh patutlah kaki ni bengkak.


Antara Punca Kaki Bengkak Semasa Mengandung

Di dalam badan kita, terdapat salur darah yang dipanggil infena verior cava. Salur darah ni terletak dibahagian kanan badan kita. Apabila terdapat tekanan dibahagian tersebut, peredaran darah akan menjadi lebih perlahan dan menyebabkan darah akan berkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul tu, akan memaksa air turun melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali.

Kebiasaannya, ibu-ibu yang memgandung ni akan menyimpan air yang lebih banyak daripada biasa. Sebab itulah kaki ni akan turut bengkak. Kalau korang perasan la, kaki akan bengkak lebih teruk pada waktu petang ataupun malam.

Seperti apa yang terjadi pada kinah, bengkak terjadi pada waktu malam.

Bengkak ni akan mula surut menjelang siang selepas kita bangun pada waktu pagi. Alhamdulillah, bengkak di kaki kinah pun dah mula surut ,tapi belum lagi seperti keadaan asal.


Tips Kurangkan Bengkak Di Kaki Sewaktu Mengandung


1. Minum Air Secukupnya

Kaki bengkak, kaki bengkak semasa mengandung, punca kaki bengkak, tips kurangkan bengkak di kaki

Apabila kaki dah mula bengkak, kita digalakkan untuk minum air kosong dengan mencukupi. Air kosong tau, bukan air manis ye. Tapi kebanyakan pesakit, mereka ni takut untuk minum air dengan banyak sebab akan menambahkan lagi bengkak di kaki. Sila buang andaian ni jauh-jauh ye. Seperti yang telah diterangkan di atas, badan kita ni sebenarnya mengalami dehidrasi yang teruk kerana air di dalam salur darah sudah keluar dari salur darah.

Dehidrasi dalam saluran darah akan menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan pembekuan darah mudah terjadi. Apabila perkara ini terjadi, akan mengundang masalah lain pula seperti thombosis. Lepas ni jangan takut nak minum air banyak ye.


2. Tinggikan Kaki Semasa Baring

Kaki bengkak, kaki bengkak semasa mengandung, punca kaki bengkak, tips kurangkan bengkak di kaki

Cara ni memang kinah cuba pada hari pertama kaki bengkak. Memang dapat mengurangkan masalah bengkak kaki ni.  Hanya letak kaki di atas bantal biar lebih tinggi dari paras dada. Mengapa kita digalakkan untuk tinggikan kaki semasa baring?

Tarikan graviti dapat mengurangkan pengumpulan air pada kaki seterusnya dapat membantu pengaliran darah dengan sempurna.


3. Tidur Mengiring Ke Kiri

Kaki bengkak, kaki bengkak semasa mengandung, punca kaki bengkak, tips kurangkan bengkak di kaki

Apabila baring, cuba baring mengiring ke  sebelah kiri badan. Dengan mengamalkan posisi baring seperti ni, janin tidak akan menekan salur darah inferior vena cava dan pengaliran darah ke jantung akan menjadi lebih baik.


4. Banyakkan Pergerakkan

Kaki bengkak, kaki bengkak semasa mengandung, punca kaki bengkak, tips kurangkan bengkak di kaki

Kaki dah mula bengkak, jadi kita tak boleh nak duduk saja. Jadi, selalulah bergerak ke sana ke sini. Apabila kita aktif bergerak, pengaliran darah akan mula lancar. Secara tak langsung, ia boleh mencegah pembentukan darah beku pada salur darah kaki. 


5. Compression Stockings

Kaki bengkak, kaki bengkak semasa mengandung, punca kaki bengkak, tips kurangkan bengkak di kaki

Ni bukan stoking yang biasa kita pakai tau. Compression stockings ni direka khas bagi membantu pengaliran darah pada kaki. Ia mempunyai keregangan yang tersendiri dan perlu diukur dengan tepat daripada aras paha sehinggalah tapak kaki.

Penggunaan compression stockings ni biasanya dipakai pada waktu malam semasa kita tidur supaya pengaliran darah semasa baring menjadi perlahan.


6. Kasut Yang Selesa

Kaki bengkak, kaki bengkak semasa mengandung, punca kaki bengkak, tips kurangkan bengkak di kaki

Tak faham betul kinah. Masih ada lagi wanita mengandung memakai tumit tinggi. Terseksa kita tengoknya. Dah pregnant ni sebaiknya pakailah kasut yang selesa. Ini bagi mengelakkan tekanan pada kaki terutama kaki tengah bengkak. Cantik punya pasal kaki yang sakit huhu.

Perlu ambil perhatian ye, jika bengkak agak teruk sehingga ke paras pinggang, itu adalah bahaya dan bukannya bengkak biasa tau. Apabila jadi seperti ni, seeloknya buat pemeriksaan bimbang ianya boleh jadi tanda-tanda awal pre-eclampsia.

Selepas kinah cuba beberapa tips kurangkan bengkak kaki semasa mengandung di atas, bengkak di kaki dah mula surut. Kata orang, biasalah bila dah nak bersalin ni ada je hal nya. Doakan kinah semoga dipermudahkan ye.

Sumber : Pa Ma

Post a Comment

4 Comments

  1. Angkat kaki masa tidur tu memang kena hari2 buat..sebab hari2 kaki sembab huhu

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan ya kak. InsyaAllah. Aamin. huhu

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan segala urusan. Take care :)

    ReplyDelete