Atasi Jerawat Dengan Hanya 3 Langkah Mudah Dengan Tea Tree Oil Cosmoderm

Atasi Jerawat Dengan Hanya 3 Langkah Mudah Dengan Tea Tree Oil Cosmoderm |  Jerawat..... Cerita pasal jerawat, kinah ni dulu ada la jugak masalah dengan jerawat terutamanya masa remaja dulu. Macam-macam cara, petua orang lama kinah cuba untuk mengurangkan jerawat, dan bintik hitam terutamanya di muka ni tau. Paling sadis, siap dengan pakej parut jerawat lagi sebab tangan ni gatai nak picit. 

Walaupun sekarang ni umur dah 30 an, masalah jerawat tu tetap ada tapi tak ketara seperti remaja dulu. Walaupun tak banyak, sedikit sebanyak mengganggu ditambah pula dengan kulit berminyak, memang tak selesa. Baru-baru ni kinah diperkenalkan dengan satu produk yang dapat membantu mengurangkan masalah jerawat seperti kinah alami sekarang ni. Namanya Cosmoderm Tea Tree Oil

Dah kebetulan ada sale 10.10 aritu tak salah kot nak mencuba dan kinah terus grab satu set Cosmoderm Tea Tree Oil Series sebab kulit kinah lepas bersalin ni ada la naik jerawat sikit dibahagian hidung dan muka berminyak. Mungkin disebabkan perubahan hormon barangkali (ayat nak sedapkan hati). Hahhah



Kenapa memilih Cosmoderm Tea Tree Oil sebagai rangkaian penjagaan kulit?


Sepertimana yang kita tahu, produk Cosmoderm merupakan produk penjagaan kulit keluaran tempatan dan telah mula bertapak di Malaysia sejak tahun 2001 lagi. Kiranya masuk tahun ni dah 19 tahun dah Cosmoderm ni ha. Apa yang penting, produk Cosmoderm ni adalah halal dan tak perlu la kita ragui kandungan yang digunakan. Paling best, kesemua produk dari Cosmoderm ni bebas daripada paraben dan sulfat termasuklah Tea Tree Oil ni. Jadi, bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif tu boleh sangat mencuba rangkaian produk Cosmoderm ni tau. So no worries. 

Dah alang-alang kinah kaut Cosmoderm Tea Tree Oil satu set, jadi hari ni kinah nak kongsi dengan korang 3 langkah rutin untuk mengurangkan jerawat dan kulit berminyak dengan Cosmoderm Tea Tree Oil dan korang akan dapat lihat perubahannya dalam masa hanya 3 hari saja okeh. Macam tak percaya je dengan hanya 3 langkah, jerawat akan mula pudar. 



3 Langkah Mudah Untuk Membantu Memudarkan Jerawat


Atasi Jerawat Dengan Hanya 3 Langkah Mudah Dengan Tea Tree Oil Cosmoderm


Langkah 1 : Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser

Pertama sekali bersihkan muka dengan Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser sebagai rutin pencuci harian. Kinah suka sangat dengan cleanser ni tau. Bau dia pun best. Buat pengetahuan semua, facial cleanser ni dapat membantu mengurangkan minyak berlebihan di muka serta membersihkan liang pori dan membantu merawat masalah jerawat di muka kita.


Langkah 2 : Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask

Setelah muka kita dibersihkan dengan cleanser, langkah kedua yang perlu dilakukan ialah dengan mengoleskan Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask di wajah kita. Biarkan ianya selama 15 hingga 20 minit kemudian bilas dengan air. Pada masa ni, korang akan rasa mint sejuk je pada muka. Fungsi purifying mask TTO ni dapat membantu menyerap lebihan minyak, mengeringkan jerawat serta liang pori. Cubalah memang best muka pun rasa bersih je.


Langkah 3 : Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish Gel

Seterusnya, korang boleh sapu Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish Gel. Diingatkan Anti Blemish Gel ni ada dua jenis iaitu Anti Blemish Gentle (khusus untuk kulit sensitif dan berjerawat), dan Anti Blemish X-Press (hat ni tak sesuai untuk kulit sensitif). So, pilihlah mana yang sesuai untuk jenis kulit korang ye. Kalau korang nak tahu, Anti Blemish Gel ni berfungsi untuk membantu mengurangkan jerawat, bintik hitam dan bintik putih pada wajah kita dalam tempoh 3 hingga 5 hari dan ianya bergantung juga dengan keadaan jerawat tu. 

Selain 4 produk Tea Tree Oil yang kinah cerita di atas, terdapat beberapa lagi produk dalam rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil ni seperti :


Atasi Jerawat Dengan Hanya 3 Langkah Mudah Dengan Tea Tree Oil Cosmoderm

  • Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion 
  • Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser
  • Cosmoderm Tea Tree Oil Oil Control Serum
  • Cosmoderm Tea Tree Oil Shower Gel
  • Cosmoderm Tea Tree Oil Magic Body Lotion


Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion 

Penyegar tanpa minyak ni dikatakan dapat membantu merawat jerawat, membantu memudarkan parut jerawat disamping  dan menyingkirkan sel-sel kulit mati yang ada pada wajah kita. Nak gunakannya pun mudah saja, hanya tuangkan Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion ke tisu muka kemudian sapu rata pada wajah kita.


Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser

Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser ini bertindak sebagai primer dan pelembap untuk kegunaan siang dan malam hari. Di samping itu, pelembap berasaskan air ini begitu sesuai digunakan sebagai asas make up serta perlindungan asas kepada sinaran UVA dan UVB yang akan menggelapkan dan merosakkan sel-sel kulit. Pelembap ini juga sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan kombinasi.


Cosmoderm Tea Tree Oil - Oil Control Serum

Serum berasaskan gel-water based dengan ekstrak buah dikatakan dapat membantu mengawal lebihan minyak pada wajah kita disamping membantu mengecilkan liang pori yang menjadi penyebab kepada jerawat, blackheads dan whiteheads


Cosmoderm Tea Tree Oil Shower Gel

Shower gel Tea Tree Oil boleh bertindak sebagai shower gek antibakteria yang mana dapat memberi kesegaran yang luar biasa disamping dapat membantu mengurangkan bau badan serta jerawat pada badan. Pembersihan yang lembut pada kulit mejadikan kulit kita menjadi lebih segar, licin tanpa rasa melekit. 


Cosmoderm Tea Tree Oil Magic Body Lotion

Magic Body Lotion merupakan losyen yang dapat membantu merawat bau badan, jerawat pada badan dan juga kesan terbakar akibat berjemur di bawah sinaran cahaya matahari. Ianya dapat membantu memberi kelegaan dan ketidakselesaan pada kulit. Bagi mereka yang mengalami masalah ruam, jangkitan kulat dan bakteria boleh juga  menggunakan TTO Magic Body Lotion ni. Oh ye, losyen ini juga berfungsi sebagai penghalau nyamuk serta pepijat dan ianya sesuai digunakan pelbagai lapisan umur.


Review Kinah Sepanjang Menggunakan Cosmoderm Tea Tree Oil

Alhamdulillah, macam tak percaya je jerawat boleh hilang dalam masa 3 hari saja tau. Kebetulan masa guna TTO ni naik jerawat pasir. Memang kinah ikut je 3 langkah tu, dan memang terbukti, jerawat pasir dah tak kelihatan lagi. Bila pegang je kulit, rasa licin dan minyak pada muka pun dah kurang. Kinah yang baru guna produk Cosmoderm ni dah in love sangat dengan TTO ni tau. Korang yang ada masalah jerawat tu bolehlah cuba rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil ni.

Korang yang nak mencuba rangkaian produk Cosmoderm ni boleh dapatkannya di mana-mana farmasi, kedai hospital, serta klinik di seluruh Malaysia termasuklah kedai runcit di Singapura dan Lubnan dengan harga yang berpatutan. Selain itu, korang juga boleh dapatkan kesemua produk Cosmoderm di Watsons, Guardian, dan Aeon Wellness dari harga RM13.90 hingga RM34.90 atau korang yang tak sempat nak ke farmasi tu, bolehlah beli di Shopee je.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk Cosmoderm Tea Tree Oil atau produk Cosmoderm yang lain, korang boleh terus terjah 


Website : www.cosmoderm.com.my

Instagram : https://www.instagram.com/cosmoderm

Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm

Shopee : https://www.shopee.com.my/cosmoderm


TO ACNE FREE WITHIN 3 DAYS

Post a Comment

1 Comments