Kumpul Point Di Petpet Club

Kumpul Point Di Petpet Club | Sejak dah ada anak kecik sorang lagi, lampin pakai buang semestinya ada dalam list setiap kali nak restock barang dalam rumah. Lampin pakai buang yang menjadi pilihan kinah untuk kegunaan Lulu Nafisah sekarang ialah PetPet. 


Kalau sebelum ni kinah pakaikan Lulu jenama Genki, tapi disebabkan Lulu semakin bambam, lampin pakai buang Genki saiz S dah tak sesuai dengannya sebab cutting Genki ni kecik nak tak nak kena belikannya saiz lain tapi saiz yang sesuai dengannya tak banyak pulak pieces dalam tu. 


Jadi nak cut cost kite beralih ke jenama lain mujurlah Lulu takde masalah dengan PetPet ni.  


Kumpul Point Di Petpet Club


Baru-baru ni kinah beli diapers PetPet di Shopee. Dah musim Covid ni, Shopee je la tempat kinah shopping barang-barang terutama barang untuk anak-anak. 


Selain harganya yang jauh lebih murah dari pasaran, masa membeli pun tidak terhad. Tambah ada anak kecik ni, time malam je la kinah sempat belek Shopee haha. 


Kebetulan masa tu ada sale kinah rembat la PetPet saiz S E Mega Deal ni. Macam tak percaya, dengan 160 pieces ni kinah dapat harga RM48.90 je. 


Jimat duit apak ko nak haha.


Sampai je diapers ni baru kinah perasan pada kotak tu ada kod. 


Rupanya kod tu untuk kumpul point. Oooo baru tahu, rupanya PetPet ni ada PetPet Club. 


Tak tau la pulak selama ni.  Sebelum ni kumpul point dengan drypers je. 


Kinah pun tak tunggu lama dah terus je daftar PetPet Club dan terus masukkan kod yang diberi mengikut arahan. Mana yang baru nak join PetPet Club tu jom la kita sign up. 


Benefit yang kita dapat bila join kelab ni kita boleh tebus pampers PetPet, selain tu ada jugak baucer AEON, baucer TF, dan Speedmart. Untung jugak kumpul point ni.


Oh ya bagi yang beli by pack, korang boleh cari kod tu di sebelah dalam plastik.


Ada kod kat situ, nanti korang masukkan je dalam column yang disediakan di PetPet Club tu. Mudah je kan. 


So lepas ni, setiap kali beli pampers jangan buang plastik tu dulu ye. Rasa rugi pulak plastik newborn Lulu dah buang masa dia admit ward aritu.


Post a Comment

6 Comments

  1. ohh baru tahu..ni sesuai tuk mommies2 yg suka shopping online ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli kedai biasa pun boleh jugak Litah, cuma nanti key in je kod tu hehe.

      Delete
  2. teringat dulu-dulu anak kak ana pun membesar dengan lampin pet pet ni Kinah ada lagi ye jenama ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi kak ana.Lama jugak ye brand petpet ni ye kak ana kiranya dari zaman kaklong dengan adik

      Delete
  3. ooo baru tahu ada kelab. ingatkan drypers sahaja yang boleh tebus point.
    tapi drypers ni kalau yang premiumm tu saja boleh redeem point, kalau yang classic tu memang tak dapt nak tebus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kinah pun baru tau kak pip pasal petpet club ni. Jomlah sign up petpet club pulak kak pip.

      Delete