Panduan Terbaik Untuk Memulakan Kedai Dalam Talian | Dengan keadaan ekonomi negara kita yang tidak menentu ketika ini, kinah yakin ramai dalam kalangan peniaga tidak mahu mengambil risiko untuk menyewa tapak, atau rumah kedai untuk menjalankan perniagaan mereka. Jadi, bagi meneruskan perniagaan tanpa premis dengan zaman teknologi pun dah semakin canggih, ramai peniaga kini telah beralih perniagaan menerusi kedai dalam talian. Lagipun, ketika ini perniagaan dalam talian telah menjadi pilihan ramai kerana lebih cepat, mudah dan mejimatkan masa tambah dengan negara kita masih berjuang memutuskan rantaian Covid-19 ketika ni.
Walaupun dengar "terms" perniagaan dalam talian itu nampak mudah, jika tidak kena dengan caranya perniagaan itu tidak akan berjaya. Hmm buat penat je setting bagai tapi tiada hasil. Kepada mereka yang benar-benar ingin beralih menjalankan perniagaan dalam talian, pertama sekali kinah mintak korang buat research terlebih dahulu supaya perniagaan yang korang jalankan itu benar-benar memberi pulangan kepada korang. Takut nanti, 'yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran'. Kalau boleh tak nak la macam tu kan.
Kebetulan tengah ada masa terluang ni, kinah nak kongsi la dengan korang semua beberapa panduan terbaik untuk memulakan kedai dalam talian. Semoga perkongsian ini dapat membantu korang sebelum memulakan perniagaan online ye.
Panduan Terbaik Untuk Memulakan Kedai Dalam Talian |
5 Panduan Terbaik Untuk Memulakan Kedai Dalam Talian
1. Ikut Kehendak Pasaran
Kalau korang perasan la ye, rata-rata peniaga online sekarang ni kebanyakannya fokus kepada produk yang lebih kurang sama dengan peniaga lain. Apa yang membezakannya hanyalah jenama saja. Jadi, bila dah ramai yang jual produk lebih kurang sama, secara tak langsung akan adanya persaingan. Bila adanya persaingan dan satu pihak lagi punya marketing dan strategi yang lebih baik daripada korang, akhirnya produk yang korang jual tu tidak akan bertahan lama.
Sebab itulah, sebelum korang nak memulakan perniagaan terutamanya, korang kena kenal pasti terlebih dahulu, apa yang diperlukan oleh pelanggan. Kiranya korang kena buat dulu "market demand" dan bukannya ikut perasaan korang sendiri nak jual apa. Daripada situlah korang boleh kenal pasti dan dah ada target untuk pelanggan.
Bila dah tau kehendak pelanggan, daripada situ kita akan peroleh gambaran dengan lebih jelas apa yang diperlukan oleh bakal pelanggan kita. Walaupun pasarannya agak terhad tetapi permintaannya pula adalah tinggi, ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko persaingan dalam pasaran dan perniagaan korang pula akan bertahan dengan lebih lama.
2. Penerangan Produk Mestilah Menarik Dan Jelas
Panduan kedua yang perlu korang kena tahu sebelum memulakan perniagaan dalam talian ialah memberi penerangan yang lebih jelas mengenai produk yang korang jual tu. Dengan segala penerangan yang lebih jelas dan menarik itu, secara tidak langsung akan menarik minat bakal pelanggan atau prospek untuk membeli produk yang korang jual.
Bagi meyakinkan lagi bakal pelanggan korang, sertakan juga testimoni-testimoni pengguna sebelum ini yang telah berjaya dan sesekali korang buatla tawaran atau pakej-pakej yang menarik dan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Kinah yakin, ramai pembeli akan tertarik dengan tawaran menarik dari korang.
Untuk memberi penerangan yang lebih jelas dan menarik, korang perlu belajar terlebih dahulu teknik penulisan yang berkesan bagi tujuan pengiklanan atau dengan bahasa lebih mudah "copywriting". Copywriting yang berkesan akan memanipulasi emosi bakal pembeli untuk membeli produk atau servis kita. Tak pandai nak buat copywriting? Usah risau, kat luar sana ada ramai yang ambil upah untuk buat copywriting. Korang google jer.
3. Buat Website Untuk Produk
Apabila korang dah ada pasaran dan produk sendiri, korang digalakkan untuk membina satu website untuk produk korang sendiri supaya bakal-bakal pelanggan akan rasa lebih yakin dan percaya dengan produk yang korang jual tu. Kalau kinah la berada di tempat pelanggan itu sendiri, sebelum kinah membeli produk tersebut, kinah akan buat pencarian terlebih dahulu dalam talian bagi menyakinkan sama ada produk tu benar-benar wujud atau sebaliknya. Di tambah pula dengan testimoni yang ada dapat mengukuhkan lagi kepercayaan akan produk tersebut. Nampak kan kat situ betapa pentingnya korang perlu bina website ni.
Untuk menghasilkan sesebuah website, perkara pertama yang korang kena "take alert" ialah website korang tu semestinya mesra pengguna. Dalam kata lain, website korang tu mestilah compatible dengan apa jua peranti. Haaa kalau tak mesra, bakal prospek baru je bukak, tengok macam tak menarik dan menyusahkan, mereka terus tutup. Dah kurang salah satu pelanggan, korang jugak yang rugi. Kinah faham, tak semua orang ada pengetahuan untuk membina website ni. Di Malaysia ni ada banyak provider VPS Malaysia yang boleh korang hired. Korang cuma pilih je pakej mana yang sesuai dengan bajet. Sebelum korang ambik pakej tu, pastikan dulu mereka dari Malaysia VPS ye.
Jika korang cari servis buat website yang lengkap dengan harga berpatutan korang boleh je guna servis company Go Get Space ni. Mereka ada ramai pakar yang dapat membantu korang membina website seperti yang korang nak.
4. Pemasaran Melalui E-Mail
Mungkin bagi korang pemasaran melalui email ni mungkin tak masuk akal. Tapi percayalah pemasaran melalui email ni adalah cara paling berkesan tau. Kinah yakin korang semua mempunyai akaun email masing-masing. Pernah tak terima email promosi daripada mana-mana produk yang pernah korang beli sebelum ni?. Haaa itu adalah salah satu teknik dalam pemasaran bagi mempromosikan tawaran mereka sediakan untuk korang. Jadi, selepas ni pakat-pakat lah buat akaun email ye.
Untuk menggunakan pemasaran melalui e-mail ni, korang perlulah terlebih dahulu mendaftar untuk perkhidmatan email. Bagaimana nak daftar, korang boleh search saja di google.
5. Pilih Mentor Yang Sesuai
Bagi yang masih baru dalam dunia perniagaan, korang memerlukan seorang mentor bagi membantu dan membimbing korang dalam dunia perniagaan. Jika di sekolah kita memerlukan seorang guru untuk mengajar kita, begitu juga dengan dunia perniagaan. Dengan adanya mentor, kita dapat belajar selok belok dalam dunia perniagaan, apa yang perlu, apa yang tak perlu. Boleh je nak belajar melalui buku, tapi tak akan sama apabila korang bersemuka sendiri dengan mentor. Lagipun dengan segala pengalaman yang mereka ada sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan lagi bisness korang.
Kat mana nak cari mentor? Mudah je, korang boleh je hadiri mana-mana seminar yang diadakan di Malaysia ni. Dalam kelas seminar tersebut, akan didedahkan rahsia-rahsia bisness mereka amalkan, segala pengalaman yang mereka ada. Jadi, galilah seberapa banyak mungkin ilmu yang dicurahkan bagi memulakan bisness korang.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, untuk mencapai sesuatu kejayaan bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak onak dan duri yang perlu kita tempuhi sebelum kita berjaya. Ambik peluang jika ada. Jika kita rajin berusaha dan ikut segala tips berniaga online yang diberikan, Insya Allah kejayaan yang kita harapkan itu akan berada di dalam genggaman kita.
0 Comments