Senarai Home Bakers Terbaik Yang Setanding Dengan Kedai Kek | Bulan Disember adalah bulan kelahiran Yop. Jadi, kinah dah mula riki riki nak cari kedai kek yang sedap di kawasan rumah ni. Tapi setelah puas survey, takde pulak kedai kek yang menepati citarasa yang kinah nak plus kinah nak yang lain dari yang lain. Nak sambut birthday big boss yang dah banyak berkorban mencari sesuap nasi untuk keluarga kecil kami, kena la buat special sikit. Nak buat sendiri tu boleh je tapi kinah tak berapa mahir pulak nak mendeko kek. Atas cadangan kawan-kawan diorang mintak kinah cari home bakers je.
Setelah puas kinah goggle untuk cari home bakers terbaik dan halal di Lembah Klang ni, akhirnya jumpa jugak home bakers yang kinah cari selama ni. Bagi korang yang mencari home bakers, kinah ada senaraikan 7 home bakers terbaik yang setanding dengan kedai kek yang terkenal. Moga-moga di antara yang tersenarai ni adalah pilihan terbaik untuk korang.
Senarai Home Bakers Terbaik Yang Setanding Dengan Kedai Kek
1. Lyna Said - Home Bakers
|
foto : @chors_choice (Instagram) |
Home bakers petama yang menjadi top 7 kinah ialah Lyna Said. Bukak je instagram feed beliau, kinah dah mula rambang mata nak pilih kek yang macam mana. Lagipun kek yang dihasilkan oleh beliau kebanyakkannya bertemakan buah-buahan tropika. Korang yang ingin membuat tempahan kek bertemakan buah-buahan bolehlah contact sis Lyna ni. Selain buah-buahan, beliau turut mengambil tempahan cheese cake, lotus biscoff, dan pelbagai lagi. Terpulanglah kepada korang nak buat pilihan kek mengikut citarasa dan tema pada majlis itu nanti.
Selain kek, korang juga boleh membuat tempahan sardinepuff, chicken resoles, creampuff dan banyak lagi. Jika berminat nak membuat tempahan boleh halo halo beliau ye.
2. Carla Cakery
|
foto : @carlacakery (Instagram) |
Bagi peminat kek coklat pula, apabila korang scroll IG feed pemilik instagram Carla Cakery akan membuatkan korang tergoda dengan kilauan kek coklat hasil tangan beliau. Daripada nak tempah kek untuk orang lain, tertempah untuk diri sendiri pulak hihi. Selain mengambil tempahan kek, beliau juga mengambil tempahan biskut seperti Nuttella Button Cookies, dengarnya ini antara "the best seller". Hah dessert box pun ada jugak tau. Aish kinah yang tengok ni pun teringin nak order seketui dua.
3. leeyana_houseofdessert
|
foto : @leeyana_houseofdessert (Instagram) |
Korang yang tengah survey home bakers yang berdekatan dengan Hulu Langat bolehlah membuat tempahan dengan beliau. Antara home bakers yang berpengalaman kerana terlibat dengan dunia baking ni sejak tahun 2014 lagi. Blink blink mata ni haa bila melihat warna warni kek hasil kreativti beliau. Beruntungnya orang Hulu Langat dapat merasa air tangan beliau.
4. Pah The Baker
|
foto : @pahthebaker |
Comelnya nama Pah The Baker ni, beliau bukan sebarangan baker ye. Kebanyakan kek beliau bertemakan bunga. Cantik jugak. Korang yang berminat untuk dapatkan kek dan dessert yang sedap boleh halo Pah The Baker. Nak tahu lebih lanjut mengenai Pah The Baker, harga kek, jenis kek yang ada boleh layari website mereka. Kinah dah tengok website mereka, ada pelbagai jenis kek yang boleh korang pilih seperti Pandan Gula Melaka, Vanilla Bean Cake dan kek kahwin pun korang boleh tempah tau bermula dengan harga RM250.00.
5. Emma's Delicious Bakery
|
foto : @emma_delicious_bakery |
Alo sweetnya kinah tengok kek dari Emma's Delicious Bakery ni. Rasa sayang pulak nak makan kek yang comel dan cantik ni. Kreatif betul tangan yang menghias kek tersebut. Korang bila tengok hasil kek beliau sebelum ni pasti akan kagum. Kalau kinah buat sendiri memang tak akan jadi dan cantik seperti Emma's Bakery ni. Ibu-ibu yang nak tempah kek hari jadi untuk anak-anak, atau sebarang majlis boleh je roger dengan beliau ye. Mana yang jauh tu, mereka juga ada buat delivery.
6. Ernie Pastry
|
foto : @erniepastry (Instagram) |
Halah halah cutenya kek dari Ernie Pastry ni. Korang bila usha IG feed Ernie Pastry pasti akan tak berhenti scroll sebab semua kek yang dihasilkan tersangatlah cute. Ada satu tu tema kartun Schin Chan. Comel betul. Oh ye, sempena grand opening promotion katanya, korang akan menikmati diskaun sebanyak 10% bagi kek 5 hingga 7 inchi saja. Nak tahu promosi tersebut dengan lebih lanjut korang boleh follow IG erniepastry.
7. Dinemo Bakery
|
foto : @dinemohomemadebakery (Instagram) |
Orang Rawang dan kawasan sekitarnya kalau nak cari home bakers yang terbaik di Rawang haaa ini lah dia. Kinah pun baru tahu mengenai home bakers ni. Next time jika ada apa-apa majlis bolehlah tempah dengan beliau saja. Deko kek pun cantik sangat. Anak-anak mesti suka. Korang yang berminat nak buat tempahan bolehlah direct message mereka dengan mereka ye.
Haa bagaimana dengan senarai home bakers terbaik yang kinah senaraikan di atas? Best tak?. Kesemuanya tu adalah home bakers yang berpengalaman serta mempunyai peminat mereka sendiri. Kinah pun tergoda dengan hasil kreativiti mereka tu.
Namun begitu, kita semua mempunyai pilihan dan citarasa yang berbeza. Mungkin ada diantara bakers yang kinah senarai tu bukan pilihan korang dan ada juga yang tak kisah pun dengan mana mana home bakers pun. Jika majlis tu adalah majlis tak dirancang, nak tak nak kena la beli di kedai kek, ataupun kalau tak sempat nak ke kedai ,
order food je la jawabnya. Korang pun tak rushing dan boleh buat persiapan lain.
8 Comments
betul.. tak yah nk pening2 kepala.. order je online habis citer :D
ReplyDeleteTQ untuk maklumat ni..boleh tempah untuk majlis pembukaan kedai aircond secondhand suami saya minggu depan
ReplyDeleteGambar kek dinemo bakery macam mainan tanah liat.
ReplyDeletesedap2 belaka tgk gmbr tu....suka dessert
ReplyDeleteWah semua nampak sedap je setaraf kedai kek walaupun home bakers
ReplyDeleteWow, keknya nampak memukau.. Rasa macam sayang plak nak makan kek yang comel-comel nie...
ReplyDeletesedapnyerrr gambar2 kek kat atas :)
ReplyDeleteMenarik! terima kasih sediakan listing ni. senang cari kek untuk anniversary
ReplyDelete