Patutlah Kuih Raya Dari Cookies Vibe Ni Sedap, Rupanya.......

Puas Hati Betul Beli Kuih Raya Sedap Dari Cookies Vibe | Bila belek kalendar, nampaknya dah tak lama dah kita semua akan menyambut bulan Ramadhan. Sekejap sangat masa berlalu. Seperti biasa, apabila bulan ramadhan kian menjelma, secara tak langsung kita akan menyiapkan semua persiapan untuk menyambut bulan Syawal pulak. Pada masa ni, paling sibuk sekali tak lain dan tak bukan ialah kaum wanita la dan antara yang wajib dalam senarai persiapan raya semestinya kuih raya, tapi tahun ni nak buat kuih apa pula?, hmm nak buat berapa jenis kuih raya? 

Aiii macam macam lagi la dalam fikiran mak mak ni kan. 

Kuih raya merupakan kuih yang menjadi tradisi dan wajib ada di atas meja hidangan selain ketupat, rendang, lemang, lontong. Namun begitu, bukan semuanya ada masa untuk buat kuih raya terutamanya ibu-ibu yang berkerjaya. Lagi nak uruskan hal rumahtangga, anak pula mintak perhatian, rumah pula tak kemas lagi. Memang tak sempat la mak mak ni nak baking kuih raya. Jadi, bagi memudahkan dan menjimatkan masa, kebanyakan antara mereka memilih untuk membeli kuih raya saja, lebih mudah dan tak payah pening kepala dah. Tunjuk je nak kuih apa hehhe.

Sebut soal nak beli kuih raya, korang tahu ke nak beli biskut raya sedap di mana? Tempat biasa beli dah tak open order dah ataupun order dah full. Halah mana pulak nak beli biskut raya ni. Hmmm sedikit hampa kan tak dapat nak order kuih raya sedap yang biasa kita order tu kan.

Patutlah Kuih Raya Dari Cookies Vibe Ni Sedap, Rupanya.......

Haaaaa follow kinah rapat rapat ye, kinah nak kongsi dengan korang kat mana korang boleh dapatkan premium cookies seperti yang biasa korang beli, bagi kinah la Cookies Vibe ni kinah paling puas hati tau sebabnya mereka menggunakan 100% pure butter jenama Anchor. Siapa yang tak kenal dengan jenama yang terkenal dari negara New Zealand tu. Coklat yang digunakan pun menggunakan jenama bukan kaleng kaleng ya, jenama Beryls lagi. 


Memang Puas Hati Beli Biskut Raya dari Cookies Vibe Ni

Haaaa kenapa kinah kata puas hati beli biskut raya dari Cookies Vibe ni? Seperti mana kinah beritahu pengenalan di atas, bahan-bahan yang mereka menggunakan adalah jenama yang premium, hmm patulah sedap. Selain tu, kuih raya yang dihasilkan semestinya HALAL dan merupakan 100% produk muslim. Satu lagi kan, biskut diorang ni langsung tak kedekut bahan. Dengarnya, untuk koleksi biskut raya tahun 2021 ni akan ada 35 jenis biskut beserta snack untuk korang pilih dan nikmati bersama keluarga. Uiiiii banyak pilihan ni.

Satu lagi, kalau korang nak tahu kinah terima keempat-empat kuih dan snack ni melalui kiriman pos tau. Korang sendiri boleh tengok keadaan kuih raya kinah macam mana. Masih elok terletak kuih-kuih tu semua. Terbaiklah Cookies Vibe ni.

Kalau korang tanya biskut apa yang best di Cookies Vibe. Haaa ini antara Top 10 biskut raya premium yang sering menjadi pilihan pelanggan mereka. Antaranya ialah Ombak Rindu, Malatops Crispy, Chocolate Heaven, Nutty Basket, Almond Chocobar, Royale Cadbury, Black Pistachio, Hazelnut Latte, Velvet Ohana, dan Crispy Rainbow (Biskut Lidah Kucing)

Buat penggemar cornflakes cookies, korang boleh mencuba biskut Malatops Crispy, Ombak Rindu, Cashew Butterscotch, Hazelnut Latte, Cornflakes Bites, dan Cashew Teacakes. Kesemua biskut ni ada cornflakes di dalamnya. 

Kalau korang nak tengok bagaimana biskut tu, di bawah ni kinah dah combine 6 jenis biskut dari website Cookies Vibe jadi 1 gambar untuk tatapan mata korang tu. 


Patutlah Kuih Raya Dari Cookies Vibe Ni Sedap, Rupanya.......


Adehhhh rambang mata mak nak pilih biskut yang mana ni...... Semuanya nampak sedap belaka.



Biskut Raya Cookies Vibe Yang Menjadi Pilihan 

Kinah yang menaip ni pun, dah kecur air liur teringin kan semua biskut tu. Jadi, kinah pun cuba la order beberapa kuih dulu. Kekononnya nak merasa, at last terus jatuh cinta sebab sedap sangat la. Thahirah pun suka dengan cookies dari Cookies Vibe ni tau. Mulut dia tak habis habis kata "sedapnya biskut ni ibu". Nampaknya dia sorang je la yang hadap cookies ibu huwaaa.

Patutlah Kuih Raya Dari Cookies Vibe Ni Sedap, Rupanya.......

Cookies yang menjadi rebutan kami berdua di rumah ni semestinya Chocolate Heaven. Dah nama pun heaven, memang ini lah yang paling laku di rumah ni. Hmm nampaknya kena order lagi la jawabnya lepas ni. Korang tengoklah sendiri rupa dia, macam mana la Thahirah tu tak terpikat, penuh dengan kacang dan disaluti dengan coklat Beryls. Hmmm rasanya memang sedap. Puas hati la makannya.

Patutlah Kuih Raya Dari Cookies Vibe Ni Sedap, Rupanya.......

Kuih raya kedua yang menjadi pilihan kinah ialah Black Pistachio. Hat ni kinah sorok dari Thahirah, kalau tak dengan biskut ni jugak la licin di makannya tanpa pengetahuan ibu dia. Bagi dia makan yang tu dulu hehehe

Patutlah Kuih Raya Dari Cookies Vibe Ni Sedap, Rupanya.......

Kuih raya ketiga pula hat ni special sikit. Tapi bukanlah menjadi rebutan kami berdua, sebab Thahirah tak berapa layan biskut ni. Selamat kuih saye heheh. Tapi si ayahnya pulak minat dengan biskut Pea Pods ni. Mujurlah banyak kuantiti biskut ni dan biskut ni tiap kali tonton movie, inilah makanan kudap-kudap kami berdua. 

Patutlah Kuih Raya Dari Cookies Vibe Ni Sedap, Rupanya.......

Paling akhir sekali ni kinah confirm, korang mesti suka dengan mini popia ni. Walaupun namanya mini popia, tapi dia punya agak besar jugak la. Memang puas makan dengan rasa intinya pedas sedikit. Hat ni memang sekejap je la tahannya. Sedap krup krap tak sedar dah tinggal setengah balang.


Review Kinah Setelah Mencuba Biskut Raya Dari Cookies Vibe

Mesti korang nak tahu kan sedap ke tidak  biskut raya  dari Cookies  Vibe ni kan?

Jawapan kinah, mestilah sedap uiii. Kinah ni kalau makan kuih raya tengok jugak jenis. Tapi kuih raya yang ni, memang tak berhenti kinah kunyah sampai tak sedar tinggal sikit je. Menyesal pulak order sikit je. Korang pun cubalah order sebalang dua, rasa dulu macam mana. Cookies banyak ni sekejap ke settle sambil tonton televisyen.



Bagaimana Nak Order Biskut Raya Cookies Vibe

Kinah yakin, korang confirm dah terliur tengok biskut kinah tu kan. Nak order ke? Boleh je, korang boleh order terus di website rasmi mereka dan segala penghantaran akan dibuat melalui pos mengikut rate yang terkini atau bagi yang tinggal di kawasan Lembah Klang, mereka akan guna khidmat MrSpeedy.

Takut biskut rosak? Alhamdulillah biskut kinah sampai dalam.keadaanasih elok camtik terleBoleh order dengan agen yang berhampiran dengan kawasan korang, jadi senang la nak pick up kuih raya korang tu nanti. By the way, sekarang ni agen mereka dah ada di seluruh negeri termasuklah Singapura dan Brunei. Best la gitu, korang tak payah pening dah. Oh ye, korang juga dah boleh mula buat pre order untuk kuih raya yang korang nak dan soal bayaran pula korang boleh bayar secara ansuran. Nak tahu pakej cookies korang kena terjah website Cookies Vibe. Ada yang kinah tengok, dengan harga serendah RM55.00 sebulan korang boleh dapat 6 jenis kuih. 

Cukuplah kan 6 jenis kuih atas meja tu, disamping dengan makanan lain hehe

Haaa ada yang nak teringin nak tambah pendapatan ke?

Rezeki korang, sekarang ni pengambilan menjadi agen telah dibuka untuk seluruh Malaysia, bagi yang berminat, korang boleh terus daftar sebagai #VibersFamily di website mereka.

Bagi yang tinggal beredekatan dengan Lembah Klang, korang boleh terus walk in showroom Cookies Vibe di Tingkat 1, Flexis, One South, Seri Kembangan Selangor.

Waktu operasi mereka dari 10.00 am hingga 6.00 pm (Selasa - Sabtu)

Untuk Maklumat lebih lanjut dan lihat sebarang promosi korang boleh terus layari

Hotline: 011 657 00101
Address: Cookies Vibe, U1-19, FLEXIS, ONE SOUTH, SERI KEMBANGAN, 43300 SELANGOR
Twitter / Tik Tok: @cookiesvibe
Email: cookiesvibeinfo@gmail.com

Hashtags

#Cookiesvibe #vibersfamily #cookiespremium2021 #kuihraya2021


Post a Comment

3 Comments