Rangkaian Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Mengandungi Prebiotik & Calamine Untuk Tingkatkan Kesihatan Kulit Wajah | Holaa semua. Bagi korang yang ada masalah kulit kering, kulit sensitif ni kinah tau begitu susah nak cari skincare yang sesuai dengan keadaan kulit kita. Nak cuba sebarang produk local jauh sekali. Bukannya apa, bimbang kulit akan menjadi semakin teruk. Ni hah, kinah nak kongsi dengan korang satu produk local tetapi jenama ni memang well known dan dah lama bertapak dbumi Malaysia ni. Produk tersebut ialah Cosmoderm.
Siapa yang tak kenal dengan jenama ni. Rata-rata pengguna sekarang telah ramai beralih ke produk Cosmoderm kerana kualitinya yang tak perlu lagi diragui dan kebanyakan produk Cosmoderm ni sesuai bagi semua jenis kulit dan begitu juga dengan produk Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced yang terbaharu ni.
|
Rangkaian Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Mengandungi Prebiotik & Calamine Untuk Tingkatkan Kesihatan Kulit Wajah |
Kalau korang nak tahu, produk Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced warna pink ni baru saja dilancarkan pada bulan Januari lepas. Ianya didatangkan dengan kotak yang begitu cantik, warna pinkish membuatkan kinah lebih teruja nak mencuba produk Cosmoderm yang terbaharu ni
Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced
Kalau yang pernah mengikuti kinah sebelum ni, korang mesti perasan kinah pernah share mengenai set Cosmoderm Tea Tree Oil bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat. Tapi, untuk kali ni kinah nak kongsi set Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced pula.
Kinah yakin, ramai yang teruja nak tahu mengenai produk cosmoderm yang terbaru ni kan. Bagi mereka yang inginkan kulit kelihatan sihat inilah dia set skincare yang sesuai untuk korang guna dan ianya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Jangan ingat produk ni warna pink, hanya untuk golongan wanita saja tau, orang lelaki pun boleh guna jugak ye.
Apa yang membuatkan kinah lebih teruja nak mencuba set Cosmoderm Skin Perfect Balanced ni dengarnya ianya mengandungi Prebiotik dan Calamine untuk kecantikan wajah kita. Ehh biar betul ni kedua-dua bahan tersebut dapat membantu merawat wajah kita?
Prebiotik dan Calamine? Biasa dengarkan...
Prebiotik
Prebiotik yang seringkali kita dengar biasanya membantu proses penghadaman kita supaya ianya lancar. Tapi, bagaimana pula prebiotik ni bertindak pada wajah kita pula. Sebenarnya fungsinya adalah sama saja, cuma prebiotik di dalam Skin Lab ni telah diformulasi khusus untuk membantu mengimbangi kondusi kulit wajah kita.
Calamine
Calamine pula memang tak asing lagi bagi mereka yang sering mengalami kegatalan dan kerengsaan di bahagian kulit. Kebiasaannya calamine ni dalam bentuk krim ataupun losyen. Calamine yang terdapat di dalam Cosmoderm terbaharu ni juga berfungsi untuk menenangkan keradangan kulit, kegatalan pada kulit, mengurangkan kulit berminyak serta membantu mengurangkan kesan sunburn.
Di dalam set Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced ni terdapat 4 item iaitu
- Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Foaming Cleanser
- Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Toning Lotion
- Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Soothing WOW Cream
- Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Mineral Sun Milk SPF25PA++
Hanya 4 Langkah Mudah Untuk Kulit Lebih Sihat Dengan Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced
# 1. Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Foaming Cleanser
|
Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Foaming Cleanser |
Langkah pertama bagi rutin penjagaan wajah semestinya membersihkan wajah terlebih dahulu dari segala kotoran yang melekat pada wajah kita dengan menggunakan pembersih yang sesuai dengan keadaan kulit kita seperti pembersih wajah Perfect Blanced Foaming Cleanser ni. Foaming cleanser ini kalau korang nak tahu ianya bebas paraben, artifial colorant, fragrance, dan SLS/SLES. Jadi, bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif tu amatlah sesuai dengan foaming cleanser ni.
Foaming cleanser ni boleh digunakan sama ada pada waktu siang atau pun pada waktu malam yang mana pembersih muka ini boleh membersih secara mendalam dengan membersihkan kotoran dan cela serta dapat membantu mengurangkan penghasilan minyak berlebihan pada wajah kita, mengurangkan kemerahan pada kulit serta meningkatkan fungsi kulit untuk menyerap segala nutrien.
Cara penggunaan
Hanya picit sedikit pembersih ke tapak tangan yang telah dibasahkan. Kemudian ratakan pembersih tersebut ke seluruh muka, pada masa ni jangan lupa massage sedikit muka kita tu. Setelah itu, bilas wajah dengan menggunakan air yang bersih.
# 2. Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Toning Lotion
|
Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Toning Lotion |
Langkah kedua dalam rutin harian penjagaan wajah ialah dengan penggunaan penyegar wajah atau dengan lebih mesra dipanggil toner. Kinah tahu, ramai sebenarnya yang skip akan langkah ni. Tapi kalau nak kulit kita sihat, kenalah pakai toning lotion ni. Seperti pembersih wajah, toning lotion ini juga adalah bebas paraben, fragrance, dan artifial colorant.
Kalau korang nak tahu, toning lotion ni begitu istimewa yang mana korang tak perlu nak titis toning lotion ni ke atas cotton face, korang boleh terus apply ke wajah kita. Toning lotion ini diformulasi dengan calamine dan 20,000ppm prebiotik yang mana ianya dapat membantu melegakan kemerahan, meningkatkan kelembapan, serta meningkatkan pertahanan semula jadi dengan mengekalkan keseimbangan kulit.
Cara Penggunaan
Goncang terlebih dahulu toning lotion ni. Setelah itu, titiskan toning lotion ke atas tapak tangan. Kemudian sapu rata ke seluruh wajah dan dap dap saja supaya toning lotion ini benar-benar meresap ke dalam kulit.
# 3. Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Soothing WOW Cream
|
Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Soothing WOW Cream |
Seterusnya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering boleh cuba Soothing WOW Cream ni. Formulasi prebiotik dan calamine pekat di dalamnya dapat membantu menenangkan dan melegakan kulit dengan penggunaan secara konsisten. Soothing WOW Cream ni sesuai digunakan sama ada pada waktu siang dan malam.
Cara Penggunaan
Picitkan krim ke telapak tangan, kemudian sapu rata ke seluruh wajah dan bahagian leher.
# 4. Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Mineral Sun Milk SPF25PA++
|
Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Mineral Sun Milk SPF25PA++ |
Setelah siap langkah ke tiga, jangan lupa sebelum keluar rumah tu make sure wajah kita telah dilindungi dengan Cosmoderm Skin Lab Perfect Balaced Mineral Sun Milk SPF25PA++ terlebih dahulu terutamanya bagi mereka yang sering terdedah dengan cahaya matahari setiap hari. Mengapa kita diwajibkan menggunakan Mineral Sun Milk ni? Kalau korang nak tahu, mineral sun milk ni dapat membantu dan melindungi kulit daripada sinaran uv yang merbahaya di luar sana yang boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Kiranya macam suncreen jugak la mineral sun milk ni. Tambah pula cuaca sekarang ni agak panas, lagi la wajib korang apply mineral sun milk ni. Kata sayang kulit kan, so jangan la buat buat lupa ek.
Review Kinah Selepas Menggunakan Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced
Bagi korang yang masih ragu-ragu dengan cosmoderm skin Lab ni, sila buang perasaan tu jauh-jauh. Kinah sendiri dah guna pada kulit kinah sendiri ternyata set skin lab ni betul-betul dapat membantu mengurangkan kerengsaan pada kulit. Apa yang bestnya, kulit kita pun glowing tau dan langsung takde apa-apa masalah yang timbul selepas kinah menggunakaannya.
Di Mana Boleh Dapatkan Rangkaian Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Ni
Best betul bila ada satu set skincare yang betul-betul serasi dengan kulit kinah ni. Bagi yang tertanya tanya di mana boleh dapatkan kesemua rangkaian produk Cosmoderm ni, korang boleh dapatkan terus di semua rangkaian farmasi Watson, Guardian, Aeon Wellness di seluruh Malaysia ataupun bagi mereka yang selalu beli online, boleh terus ke
www.cosmoderm.com.my atau di
Shopee Cosmoderm Offical Store.
2 Comments
assalamualaikum
ReplyDeleteselamat pagi
semoga semua urusan dipermudahkan
Mcm best je. berapa total satu set tu ?
ReplyDelete