Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson| Lama betul tak pergi bercuti, kali terakhir pergi bercuti ke Thailand dan Singapura pada tahun 2018. Kemudian tak pergi ke mana-mana dah sebab yop susah nak dapat cuti selepas pindah di tempat kerja baru. Kalau pergi berjalan pun, hanyalah disebabkan ada urusan di luar daerah. Di tambah pula dengan wabak pandemik yang melanda negara kita sejak setahun yang lalu, memang duduk terperap di rumah je la tak ke mana.

Kami ni tak kisah tak pergi bercuti pun, tapi kesian dekat Thahirah la. Selalu sangat bertanya bila lah nak bawak dia mandi laut seperti sebelum ni. Kita bukan tak nak bawa, cuma masa dan keadaan yang tak sesuai buat masa ni. Tambah pula dengan adanya Lulu, imunisasinya masih lemah. Bila dah kerap kali tanya, kita ni pun faham la dia dah mula rasa bosan dan kalau kita berada di tempat dia pun, kita akan alami perasaan yang sama jugak.

Jadi, disebabkan kami ni pun dah lama tak merasa vitamin "sea" dan Thahirah duk tanya bila nak pergi mandi laut, ada la juga plan lepas boleh merentas negeri nanti cadangnya nak la bawak kakak bercuti ke tepi laut untuk tunaikan hajat si kakak Thahirah ni. Lagipun, sektor pelancongan pun dah mula dibuka semula. Jadi, selepas perbincangan, staycation kami kali ni ke Port Dickson. Lama betui tak jalan-jalan ke sana.


Pemilihan Hotel Untuk Penginapan

Seperti biasa bila kita dah plan nak pergi bercuti, perkara utama yang kita perlu cari semestinya hotel untuk menginap di sana. Walaupun sekarang ni masih lagi dalam PKP, boleh je kita senarai dulu hotel yang menjadi pilihan. Apa yang penting, hotel tu mesti dekat dengan tepi pantai. Kata nak vitamin "sea" kena la cari tempat yang dekat dengan laut.

Selepas google hotel Port Dickson di tepi pantai, akhirnya kinah jumpa jugak hotel yang boleh kami menginap sepanjang berada  di sana nanti dan semestinya hotel ni betul-betul dekat dengan laut. Nak tahu hotel apa yang menjadi pilihan? Semestinya Lexis Hibiscus Port Dikcson


Mengapa Lexis Hibiscus Port Dickson Menjadi Pilihan

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Credit to : lexis.my

Dah lama teringin nak ke sini sebenarnya selepas kinah baca beberapa review kawan-kawan yang pernah menginap di sini. Keunikan susun atur bilik Lexis Hibiscus seperti kelopak bunga raya dan setiap biliknya dilengkapi dengan kolam mandi menjadikan percutian kami kali ni betul-betul orang kata "curlas gitew". Lagipun bukannya selalu nak berjimba bagai macam ni. Kata nak bercuti kan. Kalaulah si kakak tahu pasal ni, dialah orang pertama yang excited sekali. 

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Credit to : lexushibiscuspd.com

Mana taknya, setiap bilik ada private pool, mau dia nak berkubang je dalam tu. Dah alang-alang nak bercuti ni, nampaknya kena la ambik bilik yang menghadap seaview, sambil berkubang dalam kolam dengan anak-anak boleh menikmati pemandangan laut, kot ada rezeki boleh tengok matahari terbit esok paginya aci dak?

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Credit to : lexishibiscuspd.com

Ditambah pula, Lexis Hibiscus Port Dickson telah menerima dua rekod dunia Guiness World of Records iaitu most overwater villa in a single resort dan most swimming pool in a resort sejak tahun 2016 lagi. Fuhhhh bertambah excited la kami nak ke sana.

Seperti biasa, tugas kinah semestinya akan buat research terlebih dahulu segala kemudahan yang ada di sini supaya bila dah sampai ke sana nanti, senang kami nak rancang aktiviti apa yang nak dibuat terlebih dahulu sama ada indoor ataupun outdoor. Nanti pergi menonong saja, dah bazir masa kat sana. Masa itu emas tau..

Rupanya banyak kemudahan dan aktviti yang ada di Lexis Hibiscus ni. Antaranya ialah menyediakan perkhidmatan buggy bagi memudahkan pergerakan tetamu dari lobi ke tempat penginapan. Itu sangat bagus, tak payah la kita bersusah payah nak berjalan kaki nak hangkut beg, dengan pikul anak lagi. Kalau dapat bilik yang jauh, pecah lemak uiii. 

Selain itu, bagi yang meminati aktiviti outdoor, turut disediakan jet ski, banana boat mahupun berkayak. Hat ni mungkin tak berapa sesuai nak bawak dua orang askar ni kang mak paknya sibuk berkayak sapa nak jaga budak-budak ni. Tapi takpe la ada lagi aktiviti lain yang sesuai untuk kami sekeluarga.

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Credit to : lexishibiscuspd.com

Jika ingin aktiviti santai bersama keluarga, turut disediakan basikal. Hah nanti boleh sewa basikal bawak kakak pusing-pusing kat dalam tu  Lama sangat aih tak bawak basikal ni. Ehh, boleh lagi ke nak kayuh gerek tu haha. Takpe kita cuba dulu ye, tak cuba mana la tahu kan. Itupun, kalau cuaca mengizinkan. 

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Credit to:  lexishibiscuspd.com

Kalau tak boleh, nampaknya kena bawak kakak main di tempat permainan kanak-kanak la. Tapi musim Covid ni, tak pasti la pulak boleh ke tidak main kat situ.

Perancangan Pergi Bercuti Ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Credit to : sunahsukasakura.com

Kalau tak boleh main di taman permainan tu, boleh bawak kakak melepak di Hibiscus Walk yang mana kita perlu berjalan kaki menuju ke pantai di resort ni. Mmm mesti best kan sambil berjalan tu bolehla tangkap gambar buat kenangan. Dah penat berjalan, confirm lapar, di Hibiscus Walk ada macam-macam jenis makanan yang boleh kita nikmati. Sejenis perut yang lapar pada waktu malam, nampaknya kena tapau la makanan siap-siap ni. Hmm, macam banyak pulak aktiviti yang boleh kita buat kat sini, rasanya tak cukup sehari nak explore semua dalam tu. 

Kiranya memang lengkap segala kemudahan dan aktiviti yang ada di sini. Memang berbaloi la jika korang ada plan nak bercuti di sini. Lexis Hibiscus, mu tunggu kami datang ye.



Post a Comment

3 Comments