Resipi Ayam Cendawan Shitake Masak Kicap Pedas

Resipi Ayam Cendawan Shitake Masak Kicap Pedas  | Bila suruh yop beli barang dapur, ada jer bahan yang takde dalam list dia beli. Baru-baru ni dia beli cendawan shitake. Bila tanya nak masak apa dengan cendawan shitake ni. Jawapan yang selalu dia bagi, "masak je ape-ape". Korang rasa, adakah itu jawapan yang sepatutnya kinah dengar. Phewwww, bila dah bagi jawapan gitu, kena cari di google la jawabnya nak masak apa dengan cendawan shitake selain mii sizling ni. 

Dah jenis perut dan tekak makan nasi, kena masak lauk la gini jawabnya untuk orang tu.

Scroll punya scroll resipi cendawan shitake akhirnya kinah terjumpa satu resipi dekat satu blog cookpad, macam menarik untuk dicuba. Tapi disebabkan hanya cendawan shitake je yang ada, kinah derhaka la sikit resipi beliau tu. Kalau ikut resipi asal, bukan cendawan shitake je yang diguna, cendawan butang dan cendawan kering pun ada sekali.

Tanpa buang masa jom la kita tengok apa bahan yang digunakan untuk resipi ayam cendawan shitake masak kicap versi kinah.


Resipi Ayam Cendawan Shitake Masak Kicap Pedas

Maaf la ye, ini je gambar yang sempat kinah ambik sebab panggilan seruan dari si kecik dah memanggil. Tak senonoh betul ambik gambar kuali legend sekali dengan sudip tu. Ampunnnn!!

Resipi Ayam Cendawan Shitake Masak Kicap Pedas
Resipi Ayam Cendawan Shitake Masak Kicap Pedas


Bahan utama yang diperlukan ialah

12 ketul ayam
6 biji cendawan shitake (perlu dihiris)
7 ulas bawang putih (dicincang kasar)
5 inci halia (dihiris)
5 biji cili kering (dipotong serong dan direndam dengan air panas)
1 cawan air
3 sudu besar sos tiram (kinah guna jenama Mahsuri)
2 sudu besar kicap manis pedas Mahsuri (Bukan duta produk Mahsuri yer haha)
1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun ketumbar untuk ditabur apabil sudah masak nanti

Langkah-langkah

1. Panaskan minyak terlebih dahulu. Kemudian masukkan halia dengan bawang putih yang kita cincang tadi hingga naik bau. Setelah itu, masukkan cili kering yang telah dipotong dan direndam tadi dan kacau sebentar.

2.  Selepas itu, masukkan ayam dan kacau rata. Setelah itu, masukkan air, sos tiram, kicap manis pedas dan kacau rata sehingga ayam itu hampir masak. 

3. Pada masa ni, dah boleh masukkan cendawan shitake yang telah dihirs tadi. 

4. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa ye dan bancuhan tepung jagung tadi (tujuan nak pekatkan kuah tu). Kacau la sehingga sebati dan tutup api dapur tu.

5. Kalau korang nak berkuah macam kinah tu, boleh je tambah sikit air. Ikut la selera korang macam mana. Bila dah siap jangan lupa tabur daun ketumbar tu. 

Hmm sedapnya bau. Serius, rasa dia sedap sangat ditambah dengan cendawan shitake makan pula dengan nasi panas, memang menambah. 

Ok lah, itu je la resipi yang kinah nak kongsi dengan korang. Kalau ada masa free, kinah kongsi lagi. Selamat mencuba yer.

Post a Comment

5 Comments

  1. Letak cendawan shitake rasa sedap juga kan .

    ReplyDelete
  2. boleh cuba nnt..fav cendawan ni

    ReplyDelete
  3. cendawan shitake ni dia kena ikut jugak resepi apa yang sesuai kan kinah. adoi kalo akak sebelum beli ni dah fikir siap2 nak masak apa.. tapi apapun sedap nampak tu kinah..

    ReplyDelete