5 Penghantaran Makanan Terbaik di Pulau Pinang

5 Penghantaran Makanan Terbaik di Pulau Pinang | Dalam keadaan kita sedang berdepan dengan lockdown sana sini, masih ada cara bagaimana untuk kita dapatkan makanan kegemaran masing-masing. Tak kira berada di negeri mana, masing-masing mempunyai pelbagai servis penghantaran makanan terbaik, ini termasuklah dengan negeri Pulau Pinang.

Tak kira dimanakah lokasi anda sedang berada, kita boleh cari maklumat berkaitan penghantaran makanan secara online. Untuk food delivery penang, di sini ada beberapa cadangan yang sesuai. Namun, harus diingat, sebelum buat pesanan pastikan dengan status Halalnya dulu. 


5 Penghantaran Makanan Terbaik di Pulau Pinang

1. Home Cooked Lunch Box

5 Penghantaran Makanan Terbaik di Pulau Pinang

Makanan yang ditawarkan oleh mereka disediakan oleh chef utama yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam menyediakan makanan buatan sendiri yang sihat dan mewah. Home Cooked Lunch Box sangat memberi tumpuan kepada kualiti makanan. 

Kotak makan tengah hari mereka disediakan bagi memastikan kualiti makanan yang dibuat terkawal. Menu mereka berubah pada setiap hari supaya pelanggan tidak akan bosan dengan makanan mereka.


2. Delivery Monster

5 Penghantaran Makanan Terbaik di Pulau Pinang

Delivery Monster memisahkan dirinya daripada yang lain dengan konsepnya yang unik. Delivery Monster menawarkan lebih daripada 500 jenis pilihan makanan. Sebutkan sahaja makanan yang anda inginkan dan mereka akan menghantarnya ke depan pintu rumah anda. 

Jika anda sangat menggemari Mee Hokkien Jalan Presgrave tetapi hari sedang hujan, hubungi saja pihak Delivery Monster dan mereka akan mendapatkannya untuk anda. Ianya sangat mudah. Daripada menghabiskan banyak masa dan wang di restoran, anda boleh mendapatkan makanan penjaja kegemaran anda dengan lebih mudah dan pastinya lebih murah.


3. Eat Fit 

5 Penghantaran Makanan Terbaik di Pulau Pinang

Sebagai syarikat penyediaan makanan bersertifikat HALAL yang pertama di Malaysia, anda semestinya sudah tahu tentang potensi Eat Fit. Mereka memberikan pengalaman makanan yang unik kepada anda dengan dengan menyediakan makanan sejuk beku sehingga anda dapat menyediakan bekalan makanan sepanjang minggu di dalam peti sejuk anda. 

Jangan salah anggap dengan berfikir bahawa bahan dan rasa makanan tidak enak, mereka tidak sesekali menggunakan bahan pengawet dan sentiasa menjaga kualiti makanan dengan menggunakan mesin khas. Setelah pesanan dibuat, mereka akan mengira kalori dan nutrien makro untuk anda supaya anda tahu makanan mana yang paling sesuai buat anda, disebabkan itulah ia dipanggil “Eat Fit”.


4. Confinement Food Delivery

5 Penghantaran Makanan Terbaik di Pulau Pinang

Sedang mencari makanan dalam pantang? Jangan terkejut kerana di Pulau Pinang memang ada pihak yang khusus menyediakan makanan dalam pantang untuk ibu-ibu baru lepas bersalin dan mereka adalah Confinement Care Malaysia. 

Confinement Care Malaysia turut mempunyai pengasuh untuk menguruskan anda dan bayi. Anda boleh memilih di antara pengasuh yang ada untuk datang ke rumah dan menyediakan makanan secara panas-panas atau jika ingin buat pesanan makanan secara online untuk penghantaran juga boleh. Apa yang paling menarik ialah mereka mempunyai makanan berpantang untuk setiap warna kulit, termasuk juga makanan Halal. 


5. Foodpanda

5 Penghantaran Makanan Terbaik di Pulau Pinang

Tidak kira ianya sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam, foodpanda akan sentiasa menyampaikan makanan pilihan anda ke depan pintu rumah anda. Foodpanda ini beroperasi di enam bandar yang berbeza di Malaysia. Mereka menawarkan pelbagai pilihan sehingga lebih kurang 700 restoran daripada pelbagai jenis masakan. 

Melalui Foodpanda, bermacam jenis makanan ada dipamerkan. Sebagai pengguna kita hanya perlu memilih dan membuat pesanan. Nak cuba menu-menu masakan baru juga ada. Makanan barat, makanan melayu, makanan cina, makanan segera, semuanya ada di website utama Foodpanda.






Post a Comment

4 Comments

  1. kat kawasan saya ada foodpanda dan grab food aje... itupun tak banyak pilihan kat sini

    ReplyDelete
  2. tengok makanan malam-malam tergugat jugak ni

    ReplyDelete