Layan Movie The Curious Case Of Benjamin Semasa MCO

Layan Movie The Curious Case Of Benjamin Semasa MCO | Bosan sampai tak tahu nak buat apa dengan PKP yang entah bila nak habis pun tak tau. Sampai tak tahu nak buat apa dah, jadi tiap malam bila yop cuti kami akan menonton movie. Tak kisah la apa jenis movie. Kekadang layan hindustan, hollywood, Thailand, Jepun.. Ehhh macam-macam la movie.

Layan Movie The Curious Case Of Benjamin Semasa MCO
Credit to: theringer

Kebanyakan movie yang kami tonton, yop yang pilih, kinah tukang tengok je, kekadang movie yang tengok kinah balik. Biasa la tu kah kah kah. Movie pilihan yop pada kali ni bertemakan hollywood dan yang berlakon pun bukan kaleng kaleng. Tajuk movie tersebut ialah The Curious Case Of Benjamin Button. Bagi kinah la, movie ni sangat menarik jalan ceritanya berbanding movie lain yang banyak mengarut tapi ada je yang ok. Berbeza dengan movie Benjamin Button ni. Rupanya movie ni sebenarnya adalah kisah sebenar, cuma diolah sikit jalan ceritanya.

Mungkin ada diantara korang pernah menonton movie ni, dan mungkin ada yang dah tau jalan ceritanya. Lagipun movie ni pun dah lama. Kalau tak silap tahun 2008 ditayangkan. Masa tu kinah, baru tingkatan 6 kalau tak silap la. Cerita lama. Tapi, tak mengapa la, mungkin ada yang tak tau lagi cerita ni kan.

The Curious Case Of Benjamin Button mengisahkan kanak-kanak lelaki, Benjamin Button lakonan Brad Pitt selepas dilahirkan wajahnya dan fizikalnya seperti orang tua. Pelikkan, kebiasaannya bayi yang baru dilahirkan comel, tapi Benjamin Button sebaliknya. Ini menyebabkan ayahnya tidak dapat menerima hakikat yang anaknya sebegitu. Ibunya pula, meninggal dunia selepas melahirkan Benjamin. Sedihnya dengan kisah hidup Benjamin ni.

Disebabkan sedih, dan rasa terkejut dengan keadaan anaknya itu, ayahnya bertindak cuba membunuhnya dengan membuangnya di tepi laut tapi tak boleh disebabkan ada polis kebetulan lalu di situ menghalangnya. Ayahnya berjaya melarikan diri bersama bayinya. Akhirnya selepas penat melarikan diri dari polis, bayi malang tersebut ditinggalkan di atas tangga pusat jagaan orang tua bersama beberapa keping duit. 

Disebabkan rasa kasihan dengan baby tersebut, penjaga rumah tersebut, Quinee dan suaminya bertindak mengambil dan menjaganya sebagai anak angkat. Walaupun pada mulanya ada konflik dengan kehadiran Benjamin di situ, tapi Quinee tetap dengan pendiriannya untuk menjaga Benjamin. Kehidupan Benjamin di sana sangat bahagia. Tatkala di usianya 6 tahun, kalau kanak-kanak normal boleh main dan berlari bersama teman seusia tapi Benjamin hanya mampu duduk dan menonton saja di atas kerusi rodanya.

Layan Movie The Curious Case Of Benjamin Semasa MCO

Jangan korang terkejut, apabila Benjamin meningkat remaja, Benjamin hanya bertongkat saja dan khidmat kerusi roda tak diperlukan lagi. Maksudnya di sini, semakin Benjamin meningkat usia, dia akan kelihatan muda. Bayangkan ehh, dari kanak-kanak hanya berkerusi roda, tak boleh berjalan tapi bila dah dewasa hanya bertongkat saja. Terbalik dengan realiti kan.. tapi itu lah hakikatnya kehidupan Benjamin tau. 

Walaupun Benjamin ditinggalkan oleh ayah kandungnya, ayahnya ada juga mengambil tahu mengenai anaknya tu. Selalu dia tengok dan perhatikan anaknya tu dari jauh. Sebab dia masih ingat pesanan isterinya supaya terima Benjamin walau apa keadaan sekalipun. 

Semakin Benjamin berumur, semakin muda, dan hansem. Serius..... Dari berkerusi roda, boleh bawak motor. Kuasa Allah kan, siapa yang tau dan menjadi lumrah, setiap makhluk di bumi ni diciptakan berpasangan. Benjamin pun tak terkecuali. Di usia 30 an, Benjamin telah bertemu dengan cinta hatinya, Daisy, seorang penari dan Daisy merupakan salah seorang cucu yang pernah tinggal di pusat jagaan tersebut.

Benjamin dan Daisy bercinta sama seperti pasangan lain. Tapi tak pasti pulak diorang tu berkahwin ke tidak, diorang hidup pun macam pasangan berkahwin. Sehinggalah satu hari Daisy disahkan hamil. Mereka memang sangat bahagia dan gembira dengan berita kehamilan Daisy. Selepas beberapa tahun kelahiran anak mereka, Benjamin mula sedar akan hakikat dirinya itu. Paling kinah ingat sekali ayat dia "tiada yang kekal abadi".

Dia rasa, dia tak nak menyusahkan Daisy apabila nanti dia akan menjadi kanak-kanak semula, Benjamin bawa diri ke negara India. Sebelum dia tinggalkan Daisy dan anaknya, dia telah menjual segala harta yang telah dtinggalkan oleh ayahnya dan serahkan kepada Daisy dan anaknya.

Part paling sedih, apabila Benjamin meninggal dunia dipangkuan Daisy. Masing-masing sebenarnya dah tua tapi fizikal mereka berbeza. Masa tu, Benjamin menjadi baby semula tapi baby yang tersangat comel. Part tu tumpah jugak air mata ni. Rasa penuh emosi pengakhiran cerita tersebut.

Rasanya dalam 2 jam jugak la kitorang melayan movie ni. Kinah yang selalu tumpas bila melayan movie, tapi movie kali ni kinah tengok habis tau. Korang yang dah tak tau nak tonton cerita apa, search je movie ni.


Post a Comment

2 Comments