Pengalaman Walk In Cucuk Vaksin di PPV Dewan Komuniti Serendah | Kalau ikutkan 16 Julai 2021 lepas kinah dah vaksin untuk dos pertama. Tapi disebabkan tangguh tarikh tersebut kena la menunggu. Jadi, malas nak menunggu untuk dapatkan vaksin kinah pergi je walk in. Malas dah nak tunggu tarikh baru dari My Sejahtera tu. Katanya 30 hari dari tempoh tarikh kita cancel, tapi sampai ke sudah tak dapat. Dekat sebulan kot.
Yop kata dari tunggu entah bila tarikh baru tu, sedangkan jiran sekeliling dah full dose. Naya makcik ni ha. Kebanyakan kedai area sini dah mula benarkan full dose je boleh masuk. Naya betul. Memang kena cepat dapatkan vaksin.
Kebetulan PPV yang boleh walk in tu memang satu jalan tempat kerja Yop, dia dah siap tanya dah pada anggota Rela yang jaga di situ. Bukak pukul berapa semua. Pada mula PPV dibuka untuk walk in, agak sesak jugak la. Jadi, kinah malas nak beratur panjang. Seminggu kemudian yop pesan, "esok pagi siap² la ye pergi cucuk". Ahhh sudah main terjah yang sis malas ni. Katanya PPV dah tak ramai dah macam dulu.
Mesti korang nak tahu kenapa kinah terpaksa cancel tarikh sebelum ni kan. Sebenarnya, pada tarikh tu yop kena kuarantin kerana ada kontak rapat, tapi tiada gejala la. Mujurlah pada masa tu kinah belum confirmkan lagi tarikh tersebut. Sepatutnya la kan, dalam apps mySejahtera tu, kena tambah reason kuarantin baru la betul. Ni nak tak nak terpaksa la pilih tak sihat.
Alhamdulillah, keputusan ujian swab test yop adalah negatif. Risau jugak, misalan result dia sebaliknya, tak memasal kami pun pakai gelang pink eksklusif tu.
Berbalik semula mengenai pengalaman pergi walk in vaksin. Macam biasa la, yang hantar tu my driver la sapa lagi dengan diiringi my askar 2 ketui tu. Nak tinggal budak-budak tu masing -masing tak boleh diharapkan lagi. Jadi angkut je la. Bertabah la anak-anak bangun pagi ikut ibu pergi vaksin.
Lepas sarapan, terus gerak ke PPV. Jarak rumah dengan PPV ni nak kata jauh takde la jauh mana kalau ikut jalan short cut lebih kurang 20 minit kot. Kinah sampai sana lebih kurang pukul 8.00 pagi dan pada masa tu keadaan masih dalam terkawal dan tak ramai pun yang pergi walk in padahal hari Sabtu.
Bila masuk je ke pintu utama, kami diarahkan untuk scan MySejahtera dulu. Mana yang walk in kami di arahkan untuk ke bawah khemah tepi padang dahulu. Mujurlah masih ada tempat duduk yang kosong lagi.
Beberapa minit kemudian, datang seorang anggota Rela untuk bagi taklimat, apa yang perlu ada dan perlu di bawa. Mujurlah kinah bawak siap-siap bil elektrik rumah ni sebabnya kad pengenalan kinah masih alamat kampung. Selepas MySejahtera kami diperiksa dan lengkap serta diberi nombor giliran, kami diarahkan bergerak ke khemah di hadapan dewan untuk isi borang pula.
Di sana, kami masih duduk seperti di khemah tepi padang tadi. Kami diarahkan duduk dan hanya tunggu nama dipanggil untuk isi borang. Tak lama mana pun menunggu rasanya. Settle je isi borang, barisan yang kinah duduk di minta masuk ke dewan. Pada masa tu debornya tak payah cerita la.
Pada stesen 1, kami diberi penerangan secara ringkas mengenai vaksin. Jika setuju boleh tandatangan disaksikan oleh pegawai farmasi. Stesen 2 pula, untuk daftar di MySejahtera. Sekejap je, dia hanya mintak telefon kita yang berdaftar dengan MySejahtera. Stesen 3 pula, kita serah borang pada sukarelawan bertugas dan kita akan tunggu sebentar untuk dibawa ke stesen untuk cucuk.
Zap zap terus kena cucuk. Sekejap ja rupanya. Lama sebab ikut turn haha. Takpe satu pengalaman. Balik dari vaksin memang ngantuk sangat. Mujur la apaknya ada boleh jaga diorang tu. Malam tu pulak tangan dah start sakit. Sebelum tidur telan panadol extend. Bangun pagi esoknya dah tak sakit sangat dah.
4 hb September nanti baru cucuk dose ke 2. Harapnya dose ke 2 nanti ok la.
4 Comments
alhamdulillah Kinah, kita ikhtiar in shaa allah
ReplyDeletealhamdulillah..dh setel dos pertama,kinah..tunggu ke-2 pulak nanti. efek akak lepas vaksin, masa dos pertama sakit tangan. yang dos kedua, alhamdulillah tak ada apa2...
ReplyDeleteAlhamdulillah . Semua urusan dipermudahkan .
ReplyDeleteAbe kie tunggu dos kedua pd 1 sept ni..
ReplyDelete