Rupanya Banyak Je Game Zaman Dahulu di Solitaire.org | Kinah tau ramai yang suka main game kan? Tak kisah la apa jenis game yang korang main sekali pun ianya tetap namanya game. Tambah masa PKP aritu, lebih banyak masa terluang selepas siapkan kerja pejabat dan kerja rumah. Jadi, main game adalah aktiviti paling best untuk mengisi masa lapang serta tempat melepaskan stress setelah penat bekerja seharian walaupun bekerja dari rumah je. Ehh ada lagi ke yang masih bekerja dari rumah lagi?
Selalunya korang suka main game apa ek?
Kalau tanya kinah, pelbagai jenis game online dan offline kinah main, itupun bila ada masa terluang je la. Selain main game sudoku, game legends solitaire turut menjadi pilihan kinah. Korang pernah tak dengar nama game solitaire? Ala game susun kad tu.
Game Susun Kad
Kalau tak silap kinah, setiap PC atau laptop zaman dulu memang dah termasuk sekali dengan game solitaire ni. Kinah masih ingat lagi masa mula-mula mak beli komputer. Kalau tak silap pada masa tu tahun 90 an. Pada masa tu game solitaire ni pun bukannya pakai internet pada masa tu. Jadi, lenjan je la game solitaire tu. Beza dengan game sekarang kebanyakannya game online.
Masa mula kenal game solitaire ni, perkara utama yang menjadi persoalan kinah ialah solitaire ni "game judi ke?". Iyelah kan game dia ada kad joker tu semua.
Tapi game solitaire ni bukan game judi pun dan bukannya ada sebarang pertaruhan. Bagi kinah game ni hanya suka-suka saja di samping ianya membantu melatih kita untuk berfikir secara "critical thinking".
Kinah bila main game solitaire spider ni kekadang tu stress jugak kenapa la aku cepat sangat klik yang tu. Sedangkan ada lagi slot yang sama dan nombor yang sama. At last dah sampai jalan buntu, kinah klik new game dan main semula hahaha. Aish kenapa la rasa susah sedangakn kinah ambik yang easy je. Lepastu, tak pernah menang pun sebab malas nak baca instruction game. Itulah kinah pada masa dulu.
Game Cari Benda Tersembunyi
Selain game solitaire ni, ada satu jenis game bagi kinah memang rare pada zaman kinah belajar dulu iaitu game cari benda tersembunyi. Ada yang susah, ada yang senang. Tapi game cari benda tersembunyi The Palace Hotel solitare.org ni tak la susah mana sebab kinah pilih yang easy. Sekejap je dah jumpa setakat yang kinah main la. Best jugak sesekali main game ni. Lagi mencabar kalau kita diminta mencari berdasarkan perkataan bukan berdasarkan kepada gambar. Pada masa tu, baru kita tahu tahap bahasa inggeris kita macam mana kan.
Korang kalau nak yang lebih advance, boleh pilih game lain. Pandai-pandai la korang pilih ye, takut korang yang rambang mata nanti.
Game Play Candy House Match 3
Haaa siapa sini peminat game candy crush, mesti korang dah sampai level tertinggi kan. Kinah ada je main game tu dulu, tapi dah uninstall sebab ruang phone ni tak la besar mana. Lepastu banyak apps kinah terpaksa install untuk keperluan kerja. Nak tak nak kena la korbankan game best ni. Tapi mujurlah game di solitaire.org ni ada je game seakan dengan candy crush iaitu candy house match dan paling best tak payah pening memikirkan masalah ruang phone yang terhad sebabnya di sini kita boleh je main tanpa perlu install ke dalam phone. Best tak best?
Satu lagi, game ni apabila kita buka game ni dia akan tanya sama ada nak continue game yang dulu, atau pun korang nak mulakan game yang baru. Mesti la nak sambung game kan. Dah penat main game sampai level 20 takkan nak mula balik level 1, tak gitu?.
Sebenarnya, banyak lagi game yang menarik di solitaire.org ni. Korang rajin-rajin la explore. Lagipun iklan yang anoyying pun takde. Jadi kita boleh fokus dengan game je nanti.
Selamat bermain!!!
2 Comments
Salam ziarah..menarik juga game, cuma kita kena jaga diri disiplin kan diri..semoga terhindar dari terleka seronok main game .Aamin
ReplyDeleteDulu-dulu memang suka main solitaire ni..haha..memang boleh terleka! :P
ReplyDelete